[Mafahim Islamiyyah] Kedudukan Adat dalam Undang-Undang Islam (Bahagian 5/5)
Penulis: Muhammad Husain Abdullah
(Sambungan dari Bahagian 4/5)
Sesungguhnya nas-nas yang qathie dari Al-Quran dan sunnah tidak menunjukkan bahawasanya urf yang berupa aktiviti adalah salah satu sumber dari berbagai sumber perundangan dan tidak ada kaedah syarak di atasnya. Oleh itu, urf tidak boleh dijadikan dalil atas hukum-hukum syarak.
Ini dinisbatkan kepada urf yang berupa perbuatan, iaitu adat yang telah berjalan lama dalam masyarakat. Sedangkan urf yang bersifat perkataan, iaitu istilah (terminologi) dan takdir (perkiraan), maka perkaranya berbeza dengan urf yang bersifat perbuatan.
Istilah (terminologi) adalah lafaz-lafaz yang telah dibiasakan oleh manusia untuk menunjukkan kepada makna-makna selain makna-makna asal lafaz-lafaz ini yang dibuat dalam bahasa. Sebagaimana penduduk suatu negeri telah membiasakan bahawa kata ini hanya menunjukkan kepada daging unta, lembu, atau kambing, tetapi tidak menunjukkan kepada daging ikan laut atau daging burung.
Apabila ada seorang di antara mereka berkata, “Saya telah membeli daging atau memakan daging,” maka si pendengar dari sesama negerinya memahami bahawa yang dikehendaki olehnya adalah makna yang telah dibiasakan oleh penduduk negeri itu, iaitu daging unta, lembu, atau kambing.
Termasuk contoh-contoh di atas adalah sumpah seorang manusia bahawa dia tidak akan meletakkan kakinya di rumah si fulan. Makna urf bagi perkataannya itu bertentangan dengan makna masuk dengan tubuhnya, dengan berjalan atau berkenderaan. Dengan demikian, orang yang bersumpah boleh dianggap melanggar sumpahnya apabila dia masuk rumah si fulan, walaupun kakinya tidak menyentuh bumi. Namun, dia tidak melanggar sumpahnya apabila dia berdiri di luar rumah dan memanjangkan kakinya sehingga diletakkan di dalam rumah. Ini kerana dengan aktiviti ini, dia tidak dianggap sebagai orang yang memasuki rumah.
Contoh lainnya adalah kebiasaan ahli bahasa mengucapkan lafaz untuk haiwan selain manusia. Padahal lafaz dalam asal bahasanya mencakupi semua haiwan yang berjalan di atas bumi, termasuk manusia. Jadi kata ini memiliki haqiqat lughawiyah urfiyah (hakikat bahasa secara urf), yakni makna urf yang mesti dipelihara ketika menerapkan hukum-hukum syarie .
Dengan demikian apabila ada orang yang bersumpah bahawa dia tidak akan pernah memberi minum, maka dia tidak melanggar sumpahnya apabila dia memberi minum kepada manusia. Ini kerana terminologi urf telah mengeluarkan manusia dari makna lafaz dabbah.
Adapun istilah-istilah urfiyah khusus bagi pemilik setiap bidang, seperti istilah-istilah dalam ilmu usul fikih. Jadi lafaz, secara bahasa dibuat untuk menunjukkan makna penyakit. Kemudian ulama usul menjadikannya sebagai istilah untuk menunjukkan sesuatu yang ketika solat Jumaat adalah mengabaikan solat Jumaat.
Mereka juga membangkitkan hukum syarak. Mereka berkata, “Illat diharamkannya bai’ (jual-beli) telah mengharamkan berenang, menulis, bermain catur, dan lain-lain pada waktu solat Jumaat kerana diqiyaskan kepada diharamkannya bai’ kerana semua kembali dengan bai’ pada satu illat, iaitu melalaikan dari solat Jumaat. … dan mereka yang menyibukkan diri dengan berbagai ilmu seperti ilmu falak, ilmu perubatan, handarah (ukuran), nahwu, dan lain-lain telah membiasakan dengan berbagai istilah tertentu untuk setiap satu dari semuanya untuk menunjukkan makna-makna tertentu dalam ilmu-ilmu di atas.“
Adapun takdir (perkiraan/ketentuan ukuran) yang dianggap oleh sebahagian ulama termasuk bab mengambil urf, maka sebahagian nas-nas syarak telah menjadikan takdir sebagai perkara-perkara yang berbilang atau bermacam-macam, kembali kepada kebiasaan manusia, seperti takdir (ketentuan) kewangan, mas kahwin, dan nafkah. Mereka memakai dalil firman Allah SWT, “… Dan kewajipan ayah menanggung nafkah dan pakaian mereka dengan cara yang patut. …” (TMQ Al-Baqarah: 233).
Juga berdasarkan sabda Nabi SAW kepada Hindun, isteri Abu Sufyan yang melaporkan kekikiran suaminya kepada Nabi SAW, “Ambillah sesuatu yang mencukupimu serta anakmu dengan makruf.” (HR Bukhari).
Dengan demikian, takdir (perkiraan) yang Allah telah berikan kepаda ahlil khubroh (cendekiawan) dalam suatu masyarakat adalah objek hukum syarak, bukan hukum syarak. Sebabnya, makruf pada ayat di atas adalah ukuran nafkah yang diperlukan perempuan ini atau bagi perempuan itu sesuai tahap kehidupan dalam keluarganya yang berafiliasi kepada mereka.
Jadi, istilah dan takdir itu diperlukan untuk merealisasikan manath (fakta) hukum, yakni keduanya diperlukan mujtahid untuk mengetahui realiti yang akan dihukumi. Setelah itu, ia meneliti dalil-dalil syarak yang ada sangkut pautnya dengan realiti ini untuk mengeluarkan hukum syarak yang diterapkan pada realiti itu dengan terperinci.
Mengetahui realiti yang ditunjukkan oleh istilah atau takdir, syarak telah menyerahkannya kepada manusia. Sedangkan menghukumi terhadap realiti adalah menjadi kekuasaan syarak. Allah SWT berfirman, “Maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang telah diturunkan Allah.” (TMQ Al-Maidah: 48). Juga firman-Nya, “Menetapkan hukum itu hanyalah hak Allah.” (TMQ Al-An’am: 57).
Dengan demikian, apabila ada perempuan mendakwa bahawa suaminya tidak menyerahkan mas kahwin kepadanya dan dia mengajukan saksi syarie atas kebenaran dakwaannya, maka hukum syarak mewajibkan atas suami menyerahkan mas kahwin kepada perempuan itu.
Apabila suami isteri berselisih atas perkiraan mas kahwin, maka dalam menentukan jumlah perkiraan nilai mas kahwin dikembalikan kepada para ulama/yang arif. Mereka akan memperkirakan mas kahwinnya dengan mas kahwin yang sepadan (mahar mitsil) dari wanita. Jadi, memutuskan hukum itu adalah kekuasaan Allah, sedangkan mengetahui realiti adalah bidang kuasa manusia.
Sebagai akhir pembicaraan, kami merumuskan perbincangan di atas sebagai berikut:
1. Sesungguhnya hukum syarak untuk satu masalah pada seorang muslim hanya satu pada semua masa, iaitu diambil dari dalil-dalil syarak, walaupun adat istiadat dan adat kebiasaan manusia selalu berubah-ubah dari zaman ke zaman. Inilah yang menjadikan hukum berubah-ubah. Sebabnya, berubahnya adat dan seterusnya urf itu menyalahi hukum syarak yang telah tetap.
2. Sesungguhnya dalil-dalil yang telah dijadikan hujah oleh sebahagian ulama yang berkata bahawa urf itu tidak boleh dijadikan hujah dalam hukum-hukum syarak yang berkaitan dengan aktiviti yang dalilnya boleh berupa dzanni (dugaan). Jadi bagaimana dalil-dalil ini boleh meningkat menjadi burhan dan dalil atas satu sumber dari sumber-sumber undang-undang yang wajib memakai dalil qathie?
3. Sesungguhnya adat istiadat dan adat kebiasaan yang telah mendominasi masyarakat Islam pada zaman tabi’in dan setelahnya ketika negara Khilafah masih berdiri tegak, yang menerapkan hukum-hukum Islam dalam semua aspek kehidupan, adalah berupa adat istiadat dan adat kebiasaan yang memancar dari sekumpulan pemikiran, hukum, dan pemahaman Islam, tidak yang lain.
Hal yang demikian ini mendorong sebahagian fuqaha untuk merujuk (kembali) kepada adat di atas untuk mengetahui sebahagian hukum-hukum, seperti Imam Malik merujuk kepada aktiviti penduduk Madinah al-Munawwarah, iaitu orang-orang sangat berkeinginan untuk terikat dengan Islam dalam setiap perkara. Dengan demikian, hukum-hukum mereka telah sesuai dengan dalil-dalil syarak yang datang dalam kitab, sunnah, ijmak sahabat, dan qiyas.
Pada saat ini, adat istiadat dan kebiasaan yang sedang mendominasi kaum muslim benar-benar telah rosak . Majoritinya muncul sebagai implikasi diterapkannya hukum-hukum positif terhadap kaum muslim dan campur aduknya berbagai pemikiran dan pemahaman, seperti kapitalisme, sosialisme, patriotisme, nasionalisme, Islam, dan lain-lain.
Oleh kerana itu, majoriti adat istiadat dan adat kebiasaan tersebut menyalahi dan bertentangan dengan Islam. Jadi, berhukum kepada adat adalah berhukum kepada selain Islam. Hal ini adalah haram.
4. Sesungguhnya mengadopsi berbagai istilah (terminologi) dan takdir (perkiraan) dalam merealisasikan manath hukum (fakta), yakni dalam mengetahui realiti, adalah dibolehkan oleh syarak. Bahkan wajib bagi mujtahid agar dapat mengeluarkan hukum syarak secara terperinci dan sesuai dengan realitinya.
5. Sesungguhnya dakwah saat ini untuk mengambil urf (adat) sebagai sumber undang-undang Islam dan mengambil kaedah-kaedah yang keluar dari urf seperti kaedah, “Adat boleh dijadikan dasar hukum,” dan seperti kaedah, “Hukum yang ditetapkan dengan urf seperti hukum yang ditetapkan dengan nas,” adalah dakwah syubhat dan menyesatkan. Sebabnya, mengajak mengambil selain Islam dengan menganggapnya sebagai bahagian dari Islam. Padahal Allah SWT telah memperingatkan Rasul-Nya, Muhammad SAW dari fitnah-fitnah seperti itu.
Allah SWT berfirman, “…dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu.” (TMQ Al-Maidah: 49). Seruan Allah kepada Rasul-Nya ini adalah seruan kepada semua kaum muslim dan berlaku terus sampai Hari Kiamat.
Sumber: Muhammad Husain Abdullah, Mafahim Islamiyyah.
#MafahimIslamiyyah #Urf #HukumSyarak #Adat

