[Khilafah Rasyidah] Metode Menghadapi Perang Fizikal dan Bersikap Teguh di Dalamnya (Bahagian 2/6)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 1/6)
- Manuver Politik dan Pengurusan Krisis yang Baik
Manuver-manuver politik merupakan sesuatu yang paling penting dalam menentang pelbagai cabaran dari luar negara. Yang dimaksudkan dengan manuver politik yang dilakukan oleh khalifah dan para pelaksana urusan umat, serta di antara para pembantu khalifah adalah menonjolkan aktiviti, pernyataan, dan tindakan. Pada masa yang sama, ia menyembunyikan tujuan-tujuan dan sasaran-sasaran tertentu, yang mempunyai pengaruh besar dalam kejayaan mengelabui musuh. Ini terutamanya kerana negara-negara kafir mungkin dapat menggagalkan manuver politik tersebut, atau sebaliknya berhasil dikelabui.
Masalah kreativiti dan inovasi tidak mungkin dihadkan dalam perkara-perkara tertentu. Ini kerana kreativiti dan inovasi dilakukan mengikut fakta dan peristiwa yang berlaku. Namun begitu, kreativiti dan inovasi itu perlu berada dalam koridor kebenaran dan keterikatan dengan hukum-hukum Islam dalam peperangan, khususnya berkaitan dengan kaum kafir.
Untuk tujuan manuver politik ini, wajib dipilih orang-orang yang kreatif dalam masalah politik, pandangan (teori) politik, pengetahuan tentang pelbagai siasah dan strategi Barat secara khusus, serta memahami pelbagai tujuan dan sasaran Barat.
Rasulullah SAW adalah pengajar kita. Baginda telah melakukan manuver politik dengan sangat baik, iaitu dengan menonjolkan aktiviti-aktiviti tertentu. Sebaliknya, baginda SAW menyembunyikan tujuan-tujuan dan sasaran-sasaran jangka panjang. Hal ini seperti yang berlaku dalam Perjanjian Hudaibiyah.
Realiti yang jelas dari aktiviti Rasul SAW dan para sahabat adalah tatkala baginda hendak berumrah. Hal itu dilakukan dengan mengenakan pakaian ihram dan menggiring haiwan korban. Namun, hakikatnya adalah sebaliknya, di mana sasaran baginda adalah perjanjian untuk memecah koalisi atau pakatan yang terbentuk antara Quraisy dan Yahudi.
Adapun pengurusan krisis yang baik, hal itu bergantung pada kemampuan pihak yang memiliki kekuasaan atau autoriti dalam menggerakkan umat menentang kaum kafir, mengukuhkan barisan di dalam negeri, dan membangkitkan perasaan umat dalam aktiviti mobilisasi umum dengan segala deskripsi dan bentuknya.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.

