[Kenyataan Media] Turkestan Timur: Cegah Siar Terkait Peristiwa Genosid ke Atas Seluruh Bangsa
Di Turkestan Timur, para ibu ditangkap, kanak-kanak dipisahkan daripada keluarga mereka, dan gadis bawah umur disterilkan… Di Turkestan Timur, sekelompok kaum sedang dibantai dan dihapuskan dalam diam-diam. (Agensi Berita Turkestan Timur, 12/9/2025)
Usaha jenayah rejim China di Turkestan Timur (wilayah Uyghur) untuk memadamkan identiti asal umat Islam di sana bukan lagi sesuatu yang tersembunyi dari sesiapa pun. Mereka menindas dan merendahkan wanita, menghalang mereka daripada berpakaian menurut ajaran Islam dan menunaikan ibadah. Mereka memisahkan anak-anak daripada keluarga mereka untuk di `cuci otak’ (brainwash), diasuh dengan budaya ateis, dan dijauhkan daripada Islam. Mereka turut mensterilkan gadis bawah umur untuk mencegah kelahiran generasi baru umat Islam.
Apa yang sedang dilakukan oleh China di Turkestan Timur merupakan bentuk perang yang tidak kurang bahayanya daripada peperangan rejim Yahudi di Gaza. Ia adalah peperangan genosid yang mengungkapkan kebencian mendalam terhadap Islam dan umat Islam; perang yang dilancarkan oleh musuh-musuh Islam di mana-mana jua.
`Perang’ China di Turkestan Timur adalah perang senyap, bertujuan memusnahkan sesuatu bangsa, melenyapkan identiti mereka, mencabut akar keturunannya, dan memesongkan mereka daripada agama mereka sehingga akhirnya terserap masuk ke dalam budaya komunis. Adapun perang entiti Yahudi pula ialah perang nyata yang menggunakan senjata dan kebuluran bagi menghapuskan garis keturunan rakyat Gaza, merampas tanah para penduduk asal, dan melaksanakan impian besar yang telah lama mereka rencanakan.
Kedua-dua perang yang dilancarkan oleh para penindas ini tidak lain hanyalah perang pemusnahan, dengan tujuan menghapuskan segala sesuatu yang berkaitan dengan Islam dan umatnya, serta menegakkan peradaban kufur yang menindas. Mereka saling mendukung dalam menumpahkan darah, mencemarkan kehormatan, serta merampas tanah dan maruah umat Islam.
Ditengah-tengah segala ketidakadilan dan penindasan ini, kita menyaksikan rakyat Gaza tetap teguh, memberi pengajaran kepada dunia tentang erti pengorbanan dan kegigihan dalam mempertahankan tanah mereka. Kita juga melihat umat Islam Uyghur tidak tergoyahkan, berdiri tegak bagaikan akar bumi yang tidak mampu dicabut oleh mana-mana naga.
Terlepas dari ketidakadilan, penindasan, dan pelanggaran yang dialami rakyat Turkestan, yang semuanya menggambarkan jenayah kejam dan perang pemusnahan — namun, rakyat Turkestan terus bertahan secara diam-diam melawan penindasan dan paksaan pihak berkuasa China yang mengugut mereka dengan pelbagai bentuk ancaman supaya meninggalkan agama mereka.
China telah mendirikan banyak kem tahanan bagi memenjarakan setiap Muslim, menyeksa mereka, dan memaksa mereka murtad meninggalkan agama mereka. Kem-kem ini digunakan untuk mencuci otak dan mengindoktrinasi mereka dengan ideologi ateis komunis, sambil mengaburi tindakan-tindakan represif rejim dan polisi kejam yang bertujuan menghapuskan seluruh bangsa. Namun, bau busuk jenayah dari tindakan keji mereka ini tidak lagi dapat disembunyikan.
Dalam Laporan Tahunan 2024 mengenai Hak Asasi Manusia yang diterbitkan pada 12 Ogos, Jabatan Luar Negeri Amerika Syarikat menegaskan kembali bahawa China terus melakukan genosid dan jenayah terhadap kemanusiaan di Turkestan Timur. Bagi menutup kebusukan dasar dan jenayahnya, China menganjurkan forum seperti “Forum Pembangunan Hak Asasi Manusia di Xinjiang” yang menyembunyikan hakikat sebenar tindakannya. Semua topik yang dibentangkan hanyalah usaha untuk menjustifikasikan pelanggaran hak asasi manusia di Turkestan Timur dan memperindahkan citra buruknya di mata dunia melalui acara-acara palsu yang bertujuan menutup realiti penindasan, memutarbelitkan kebenaran, dan memutihkan kezaliman yang dilakukannya terhadap umat Islam Uyghur.
Selama beberapa tahun, China juga telah menganjurkan pameran “warisan budaya tidak ketara” sebagai sebahagian daripada dasar untuk memperindah penjajahan terhadap Turkestan Timur serta mempromosikan dasar nasionalisme yang menjadi tonggak kepada jenayah pembunuhan etnik. Melalui pameran ini, propaganda China berusaha menyebarkan idea bahawa warisan budaya asli rakyat Turkestan Timur, termasuk bangsa Uyghur, Kazakh, dan Kyrgyz, adalah sebahagian daripada budaya China atau dibentuk di bawah pengaruhnya.
Wahai Umat Islam!
Di manakah kalian semua ketika semua ini sedang berlaku kepada anak-anak dan saudara-saudara kamu di Turkestan Timur?! Mengapa dibiarkan penghinaan dan pembisuan ini? Anak-anak dan saudara kalian tetap melawan, walaupun menghadapi kekejaman dan penindasan. Mereka berjuang dengan keimanan yang teguh dan tetap berbangga walaupun dihina oleh pihak berkuasa China. Jadi, apa lagi yang kalian tunggu untuk membantu mereka?!
Rejim kuffar yang menindas ini sedang memerangi Islam yang terpancar dalam diri umat Uyghur, berusaha menghapuskannya dan mengusirnya dari hati mereka. Namun mereka tetap tegar dan memohon pertolongan daripada saudara-saudara seagama mereka. Apa tindakan kalian, wahai umat Islam?
Wahai Para Ulama!
Saudara-saudaramu di Turkestan dibunuh hanya kerana mereka mempertahankan Islam daripada dirampas daripada mereka. Mereka adalah para ulama yang menyebarkan dan menjelaskan hukum-hakamnya. Namun China berusaha membungkam suara mereka. Di manakah kalian dalam menyebarkan risalah kebenaran ini? Adakah kalian telah berbicara tentang perang senyap yang dilancarkan China terhadap umat Islam di sana, menjelaskannya dari mimbar-mimbar dan memaklumkan kepada masyarakat umum? Adakah kalian telah menyeru tentera-tentera Muslim untuk segera mengakhiri genosid dan pembersihan etnik ini?
China mendakwa sedang memerangi keganasan, dan satu persidangan “keamanan” telah dianjurkan bertajuk “Memerangi Keganasan dan Mengekalkan Keselamatan Global dalam Situasi Baharu: Tanggungjawab Serantau dan Antarabangsa.” Namun kini nyata bahawa apa yang mereka maksudkan dengan “keganasan” ialah Islam dan segala yang melambangkan tamadun agung ini, serta usaha untuk mengembalikan kedudukannya dan memimpin manusia ke jalan keselamatan dan keadilan, sambil berusaha menghapuskan setiap jejak tamadun Barat yang rosak dan busuk itu.
Wahai Umat Islam:
Kami, Bahagian Muslimah Hizbut Tahrir, bersaksi kepada Allah (swt) bahawa kami telah menyeru kepada ahlul quwwah (orang-orang yang memegang kekuasaan dan bertanggungjawab melindungi), serta telah berkali-kali melancarkan seruan meminta pertolongan, menggesa para ulama, tentera, dan mereka yang mempunyai kuasa politik untuk mengakhiri genosid ini. Kami menegaskan bahawa hal ini hanya akan berakhir apabila wujud sebuah negara yang menyatukan umat Islam yang tercerai-berai dan menahan tangan-tangan kufar yang zalim.
Wahai Umat Islam:
Musuh-musuh kita melihat kita sebagai satu umat, dan mereka memperlakukan kita di seluruh dunia Islam sebagai musuh mereka. Mereka menghina dan membunuh anak-anak kita serta berusaha memusnahkan kita semua. Jadi, bilakah kalian akan bangkit? Bilakah darahmu akan bergolak di dalam urat nadi, dan kamu menyedari bahawa ini adalah perang untuk kelangsungan hidup? Bilakah kamu akan memahami bahawa peperangan ini adalah peperangan antara dua tamadun; tamadun Islam kita (Islam) dan tamadun Barat mereka?
Sedarlah bahawa mereka tidak akan berpuas hati dengan pembunuhan rakyat Turkestan, atau Gaza, atau Republik Afrika Tengah, mahupun mana-mana umat Islam di dunia ini. Isu ini jauh lebih mendalam. Ia adalah perang antara peradaban yang diperintahkan oleh Allah Yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, dan peradaban yang dicipta oleh manusia yang lemah dan angkuh, yang berani menentang Penciptanya dan menggubal undang-undang sendiri. Betapa jauhnya beza antara peradaban yang dibina dari asas oleh Pencipta alam semesta yang Maha Bijaksana dan tamadun yang dibina oleh hamba yang kufur dan hina!
Bahagian Muslimah
Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir

