Site icon MuslimahHTM News

[Khilafah Rasyidah] Metode Menghadapi Perang Fizikal dan Bersikap Teguh di Dalamnya (Bahagian 5/6)

[Khilafah Rasyidah] Metode Menghadapi Perang Fizikal dan Bersikap Teguh di Dalamnya (Bahagian 5/6)

Penulis: dr. Hamdan Fahmi

 

(Sambungan dari Bahagian 4/6)

 

Terkait dengan asas, misalnya, bangsa-bangsa Barat diseru secara rasional dan berpengaruh. Dalam hal ini, dijelaskan bahawa mereka tidak menjadikan akal sebagai pemutus dalam interaksinya dengan aspek ideologi. Padahal mereka adalah bangsa-bangsa yang berakal dan mampu berfikir, inovatif dalam segala aspek sains, dan maju dalam segenap penemuan.

 

Kepada mereka, misalnya, diajukan beberapa pertanyaan. Apakah idea pemisahan agama dari kehidupan disandarkan kepada aspek rasional? Apakah sebaliknya, idea itu muncul sebagai reaksi terhadap berbagai keburukan kaum agamawan dan gereja yang memimpin pada abad pertengahan?

 

Kemudian dijelaskan kepada bangsa-bangsa itu cara idea pemisahan agama dari kehidupan (sekularisme) muncul ke pentas kehidupan di tengah masyarakat Barat. Dijelaskan bahawa idea sekularisme itu telah berseberangan dengan pemikiran rasional yang selamat. Ini kerana sesungguhnya tidak terdapat jalan tengah (kompromi) di antara dua perkara, yang satu memandang dirinya benar manakala yang lain memandangnya salah.

 

Kompromi antara kebenaran dan kesalahan dengan sangkaan adanya kebenaran, merupakan sesuatu yang secara rasional salah. Dengan ini, bangsa-bangsa di Eropah dan Amerika diarahkan pandangannya bahawa mereka adalah bangsa-bangsa yang tidak menggunakan akal sebagai pemutus dalam ideologi mereka. Padahal mereka menyucikan akal itu dalam segala hal dalam kehidupan mereka!

 

Ini terkait dengan asas yang menjadi sandaran bangsa-bangsa Barat. Adapun berkaitan dengan pemikiran yang mendominasi di tengah kehidupan mereka dalam segala perkara, baik politik, sosial, dan ekonomi, maka pandangan mereka diarahkan kepada perkara-perkara berikut:

 

1. Sesungguhnya segala hal yang dibangun di atas suatu kebatilan adalah batil. Pemikiran Barat telah dibangun di atas asas yang batil, iaitu jalan tengah (kompromi). Oleh kerananya, pemikiran Barat adalah batil dalam semua aspeknya.

 

2. Perhatian bangsa-bangsa di Eropah dan Amerika ditujukan kepada pelbagai kerosakan yang ada di hadapan mereka, seperti masalah kemiskinan. Mengenai masalah ini, beberapa persoalan telah dibangkitkan: dari mana datangnya masalah kemiskinan di Eropah dan Amerika, padahal Eropah dan Amerika adalah negara maju dalam segala aspek perekonomian?

 

Semasa menjawab persoalan tersebut, perhatian bangsa-bangsa ini tertumpu kepada fakta bahawa penyebab rakyat miskin adalah sistem (kapitalisme) yang digunakan untuk mengatur urusan perekonomian masyarakat. Jadi puncanya bukanlah kerana kekurangan kekayaan (harta).

 

3. Masyarakat diprovokasi untuk menentang sistem yang memperbolehkan seseorang–melalui penimbunan, riba, dan kerosakan lainnya—untuk memiliki kakayaan yang sangat banyak. Sementara itu, orang lain tidak mendapatkan makanan yang cukup untuk hidup dengan sewajarnya. Mereka terpaksa hidup di atas apa yang mereka temui di dalam tong-tong sampah.

 

4. Begitu juga pula perhatian masyarakat terarah kepada berbagai permasalahan sosial, seperti AIDS, jenayah terancang, masalah ubat-ubatan terlarang, pornografi, tersebarnya pelacuran, banyaknya kes perceraian, masalah anak jalanan, dan berbagai kerosakan sosial lainnya.

 

Setiap kali satu masalah dikemukakan, persoalan pasti timbul. Misalnya, ketika menjelaskan masalah AIDS, persoalan yang diajukan adalah: apa yang menjadi penyebab bencana ini yang telah menghancurkan setiap tempat tidur di negeri-negeri Berat? Bagaimana jalan keluar dari bencana besar ini? Persoalan yang sama dilontarkan dengan metode yang sama pula setiap kali memaparkan satu masalah sosial.

 

Kemudian, pandangan mereka diarahkan kepada satu hakikat yang sangat jelas, bahawa penyebab bencana yang terjadi dalam setiap masalah itu kembali kepada idea-idea kebebasan yang diadopsi dari idea sekularisme (pemisahan agama dari kehidupan) yang telah tampak jelas cacat, kesalahan, dan bahayanya.

 

Inilah beberapa contoh usaha menampakkan kerosakan idea kapitalisme dalam masalah asas-asas dan bangunan yang dibangun di atasnya.

 

Kedua, menjelaskan kerosakan politik Barat terhadap rakyat dalam segenap aspek kehidupan di muka bumi.

 

Pada hakikatnya, hal ini merupakan masalah yang penting dan mendesak dalam mendorong berbagai bangsa agar menarik diri dan tidak memberikan dukungan kepada tindakan-tindakan yang mengalirkan darah kaum muslim. Sebabnya, jika bangsa-bangsa yang ada memahami realiti dengan pemahaman yang lurus dan benar, hal itu akan mempengaruhi berbagai politik luar negeri negaranya.

 

Dahulu, terpengaruhnya masyarakat berpengaruh kuat di Amerika untuk menghentikan perang antara Amerika dengan Vietnam. Demikian pula peranan bangsa Amerika ketika makin meningkat dalam menekan pemerintah Amerika untuk menarik balik dan mengundurkan tenteranya dari bumi Iraq.

 

Dari aspek ini kami katakan, bahawa Daulah Islamiah wajib mengobarkan masalah kebijakan politik luar negeri pemerintah-pemerintah Barat, khususnya terhadap negeri-negeri kaum muslim. Dalam masalah ini difokuskan pada dua perkara penting:

 

Pertama, kebatilan tuntutan-tuntutan atau dakwaan pemerintah Barat untuk memprovokasi bangsa-bangsa Barat melawan Islam sebagai sebuah idea dan menentang kaum muslim sebagai sebuah umat dan Daulah. Islam bukanlah agama keganasan sebagaimana yang telah diopinikan secara dusta oleh pemerintah-pemerintah Barat kepada rakyatnya.

 

Kaum muslim tidak bertujuan untuk mengembalikan umat manusia ke masa lalu (keterbelakangan) seperti yang pemerintah Barat telah usahakan untuk diyakinkan kepada rakyatnya. Kaum muslim tidak lain bertujuan untuk menyelamatkan, menuntun, dan membahagiakan umat manusia.

 

Kedua, mengarahkan perhatian Barat kepada banyak keadaan tentang pendustaan pemerintah Barat kepada rakyatnya dalam perang mereka melawan Islam dan kaum muslim, khususnya di Afghanistan dan Iraq.

 

Selama serangannya terhadap Afghanistan, pemerintah Barat telah mendakwa bahawa perang itu ditujukan untuk menghancurkan kekuatan teroris. Namun kenyataannya, pemerintah Barat telah menancapkan kedua kakinya di setiap jengkal tanah Afghanistan, merampas kekayaannya, dan mengawal ketetapan-ketetapan politiknya.

 

Demikian pula pemerintah Barat telah mendakwa—dengan penuh kebohongan—bahawa mereka bertujuan mencerai-beraikan kekuatan pengganas di Iraq, serta menghancurkan program-program nuklear dan senjata pemusnah massanya. Namun akhirnya telah terbukti Iraq kosong dari semua itu.

Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.

 

#KhilafahRasyidah

Exit mobile version