[Khilafah Rasyidah] Metode Menghadapi Perang Fizikal dan Bersikap Teguh di Dalamnya (Bahagian 6/6)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 5/6)
Ternyata pemerintah Barat telah menancapkan kedua kakinya di Tanah Iraq, merampas kekayaannya, menghalalkan tanahnya, membunuh penduduknya, mencampakkan penduduk Iraq ke dalam sel-sel penjara, mengawal kebijakan-kebijakan politik dalam mengangkat dan memecat siapa saja yang dikehendaki, serta dalam pembuatan perlembagaan dan undang-undang.
Kafir Barat tentu saja akan merujuk kepada serangkaian pendustaan dan penyesatan yang dimanfaatkan dalam setiap peperangan yang dibuatnya terhadap negeri-negeri kaum muslim. Begitu pula terhadap orang-orang ikhlas di antara para pemuda umat Islam.
Hal ini memerlukan pengawasan dan monitoring mendalam terhadap apa saja yang diucapkan oleh Barat dalam menentang Daulah Islamiah. Juga memerlukan teknik penyampaian yang baik dalam mengarahkan seruan kepada bangsa-bangsa yang telah disesatkan melawan pemerintah-pemerintah imperialisnya.
Dalam hal ini tidak boleh dikatakan bahawa bangsa-bangsa Barat memiliki sikap yang sama dengan pemerintah-pemerintah mereka dalam permusuhannya kepada kaum muslim dan upayanya untuk menghancurkan umat Islam.
Ini bukan objek pembahasan pada posisi ini. Akan tetapi objek pembahasannya adalah menciptakan “perpecahan” antara bangsa-bangsa yang telah disesatkan dan pemerintah-pemerintah mereka yang didominasi para pemilik modal (kapitalis). Para kapitalis itu memperalat negeri-negeri Barat dan penduduknya demi kekayaan dan perusahaan-perusahaan mereka. Sementara itu pada akhirnya bangsa-bangsa itu tidak akan mendapatkan sesuatu, kecuali kematian dan kehancuran.
Rasul SAW dengan keahlian politiknya telah berhasil mewujudkan “perpecahan” di antara kabilah-kabilah Arab dengan Quraisy dan Yahudi. Bahkan di antara para pemimpin Quraisy, satu dengan yang lain, ketika pengepungan terhadap Madinah al-Munawwarah berlangsung berkepanjangan.
Tidak ada halangan dalam hal ini untuk membuat rencana membantah aspek demokrasi dari sisi idea dan implementasi praktikalnya. Demikian pula dari sisi idea dan perundangan yang jauh dari demokrasi—yang telah diusung oleh bangsa-bangsa Barat sebagai pemikiran dan keyakinan—sementara kita tidak meyakini demokrasi dan idea-ideanya.
Juga disampaikan seruan kepada bangsa-bangsa Barat bahawa pemerintah mereka telah menyalahi slogan-slogan, di antaranya slogan hak menentukan jalan hidup sendiri dan idea menerima pihak lain yang ditujukan untuk disebarkan di negeri-negeri lain. Hal itu dilakukan pemerintah Barat dengan mengumumkan perang terhadap suatu negara untuk mengusung ideologi yang mereka yakini dan ingin mereka implementasikan di tengah kehidupan mereka.
Dalam masalah ini tinggal satu masalah lagi, iaitu seruan kepada bangsa-bangsa Barat untuk mengkaji pemikiran Islam dengan pengkajian yang serius dan terperinci. Mengkaji asas-asas Islam (akidah), menelaah, dan mendalami bahawa akidah tersebut bersandar kepada akal, bukan bersandar kepada khurafat atau reaksi emosional seperti yang ada di dalam ideologi Barat.
Juga mengkaji hukum-hukum Islam dan pemikiran-pemikirannya yang disandarkan kepada akidah tersebut. Mengingatkan bangsa-bangsa Barat akan kebaikan-kebaikan dari pemikiran-pemikiran dan hukum-hukum Islam. Juga bahawasanya hukum dan pemikiran Islam merupakan hukum-hukum yang menyebarluaskan nilai-nillai luhur, akhlak terpuji, keistiqamahan (kelurusan) dalam semua perkara kehidupan, memerangi kemiskinan, dan mengangkat taraf hidup masyarakat sampai pada taraf kaya. Memerangi segala bentuk perampasan kekayaan, khususnya hal-hal yang berkaitan dan muncul dari politik penimbunan, riba, dan globalisasi di dalam ideologi kapitalisme.
Untuk tujuan penting ini, pelaksana urusan di dalam Daulah Khilafah akan menempuh beberapa jalan. Sebagai contoh, tetapi bukan sebagai pembatasan, adalah menyeru para pemikir (intelektual) Barat untuk mengkaji Islam secara intelektual dan disertai kesedaran. Juga menyeru sebahagian media di Barat untuk mengunjungi dan melihat dari dekat Daulah Islamiah dan kehidupan Islam secara praktikal dalam seluruh aspek.
Di antara jalan yang akan ditempuh itu adalah memanfaatkan jurnalis dan media massa untuk menyampaikan maklumat-maklumat yang jelas tentang Islam dan Daulah Islamiah dalam sebanyak mungkin Bahasa, serta menyeru bangsa-bangsa Barat untuk mengkaji maklumat-maklumat itu.
Demikian juga menyeru kaum muslim di negeri-negeri Barat, khususnya syabab Hizb untuk menjalin hubungan (contact/kontak) dengan segenap lapisan masyarakat di negara di mana mereka tinggal. Juga untuk menyampaikan semua penjelasan sesuai dengan kemampuan yang mereka miliki. Hal itu untuk menjelaskan hakikat Islam sebagai sebuah idea dan sistem hidup. Juga untuk menjelaskan hakikat Daulah Islamiah sebagai pembebas bangsa-bangsa dari keterasingan dan kesesatan yang selama ini menyelimuti mereka.
Inilah beberapa pemikiran dan pandangan yang mungkin digunakan untuk menarik dukungan dari tindakan menghancurkan Daulah Islamiah. Hal itu dengan jalan menyeru bangsa-bangsa Barat untuk menggunakan akalnya dan mendalami kebijakan-kebijakan para pemimpin dan negara mereka. Beberapa pemikiran dan pandangan ini merupakan cara-cara seruan yang baik kepada bangsa-bangsa Barat itu.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.

