[Khilafah Rasyidah] Pengaburan Potret Daulah Islamiah (Bahagian 2/3)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 1/3)
- Pengaburan potret Daulah Islamiah di mata Bangsa Barat.
Kita masih membicarakan jenis kedua daripada cabaran luar negeri, iaitu strategi pengaburan, penyesatan, dan perang pemikiran dalam segala bentuknya.
Pada poin sebelumnya, kami telah menyebutkan bahawa negara-negara kafir akan berusaha bersama kaki tangan mereka dari kalangan para penguasa dan kaum intelektual yang telah terpengaruh oleh tsaqafah Barat. Mereka akan berusaha untuk mengaburkan gambaran Daulah Islamiah di mata umat Islam. Ini bertujuan untuk memprovokasi umat Islam agar menentang perubahan besar yang baru.
Perkara ini tidak hanya berhenti di kalangan umat Islam sahaja dalam peperangan kotor dan hina tersebut. Pendustaan dan penyesatan pemikiran ini juga akan meluas kepada negara-negara Barat untuk memprovokasi mereka agar menentang peristiwa agung itu. Juga, untuk memobilisasi mereka agar berhadapan dengan peristiwa besar tersebut, di bawah strategi-strategi jahat negara-negara mereka.
Sesungguhnya, Barat akan mengaitkan hakikat Daulah Islamiah, aktiviti, dan tujuannya dengan pelbagai peristiwa jahat yang dilakukan oleh Amerika dan negara-negara kafir, serta mengaitkannya dengan Islam dan umat Islam. Barat akan mengerahkan segala usaha untuk menyembunyikan kebenaran tersebut dan menyesatkan umat manusia dari tujuan dan sasaran Daulah Islamiah.
Demikian pula, Barat akan mengaburkan potret Islam di mata bangsa-bangsa Barat dan menyesatkan mereka dari hakikat Islam dan tujuan-tujuannya. Barat juga akan mengaburkan potret sejarah Islam—khususnya sejarah pembebasan— dan berusaha memutar-belitkan berbagai kebenaran sejarah.
Boleh jadi ini adalah pemikiran-pemikiran penyesatan paling menonjol yang akan digunakan oleh negara-negara kafir dalam masalah ini:
- Membangkitkan semangat permusuhan dan mobilisasi dengan jalan mengembalikan beberapa potret yang telah diputarbalikkan di benak orang-orang Barat.
Di antara sejumlah perkara yang akan dilontarkan oleh orang-orang Barat untuk memprovokasi semangat permusuhan menentang Islam dan kaum muslim adalah sentimen permusuhan keagamaan. Dengan makna bahawa Islam ingin menghancurkan agama Nasrani yang ada di tengah bangsa-bangsa Barat dengan jalan memaksa manusia menggunakan kekuatan untuk meninggalkan agama Nasrani dan meyakini agama Islam.
Itulah yang akan disebarkan. Barat tidak akan melontarkan potret Islam yang hakiki bahawa Islam adalah agama yang membatalkan agama-agama samawi. Barat juga tidak akan menyatakan bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang sahih dalam hubungannya dengan Allah azza wa jalla. Sebaliknya, Barat akan mengungkapkan gambaran bahawa agama Islam memusuhi seluruh umat manusia.
Untuk tujuan pembohongan yang dibuat-buat ini, Barat akan membangkitkan kembali ingatan di benak orang-orang Barat terhadap berbagai siri perang salib di Negeri Timur atau peperangan-peperangan yang dilancarkan oleh kaum muslim di pintu-pintu Eropah Barat dan di tengah Eropah Timur. Barat akan memutar-belitkan berbagai hakikat kebenaran yang berkaitan dengan peristiwa-peristiwa itu.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.

