Site icon MuslimahHTM News

Peta Jalan Perdamaian Gaza adalah Alat Penjajahan Amerika

Peta Jalan Perdamaian Gaza adalah Alat Penjajahan Amerika
 
Oleh: Rahmah
 
Pengarah Forum on Islamic World Studies (FIWS), Farid Wadjdi menyatakan bahawa rancangan peta jalan perdamaian Gaza yang disebut Trump adalah sebahagian daripada strategi penjajahan Amerika.
 
“Daripada poin-poin itu kita boleh melihat bahawa peta jalan perdamaian ala Trump ini sebenarnya alat penjajahan Amerika,” ujarnya dalam saluran YouTube Syiar Malam, “Mengkritisi Proposal Trump” Rabu (8/10/2025).
 
Beliau dengan tegas mengungkapkan rancangan perdamaian ini adalah sebuah projek pengkhianatan yang dibungkus dengan istilah perdamaian dan rekonstruksi.
Menurutnya, tujuan utama rancangan ini antara lain untuk menyelamatkan entiti Zionis daripada kehancuran politik dan ketenteraan, menguatkan dominasi Amerika dan menghapuskan karakter perjuangan Islam dan perlawanan di Palestin.
Beliau membahaskan beberapa poin penting daripada rancangan perdamaian tersebut. Pertama, deradikalisasi Gaza dan program re-edukasi. Beliau mengungkapkan bahawa deradikalisasi dan zon bebas keganasan (terror free zone) ini adalah pokok daripada rancangan Donald Trump, bertujuan untuk melumpuhkan pemikiran dan perjuangan Islam.
 
“Poin ini sebenarnya di sebalik itu adalah penghapusan ideologi Islam politik kerana istilah radikalisasi ini adalah senjata ideologis yang menghapuskan prinsip perlawanan jihad dalam Islam. Manakala istilah terorisme adalah istilah yang kerap digunakan untuk mengkambing-hitamkan jihad fi sabilillah dan perlawanan kaum Muslimin terhadap penjajahan. Oleh itu, perlu kita tegaskan bahawa perjuangan umat Palestin adalah jihad fi sabilillah, bukan ekstremisme.
 
Di sisi lain, beliau mempersoalkan tiada satu pasal pun yang menyebut jenayah Israel sebagai pembunuh sedangkan pelaku jenayah yang telah menyebabkan lebih daripada 60,000 rakyat Palestin terbunuh itu adalah Zionis Yahudi.
 
Seterusnya, beliau menerangkan rekonstruksi Gaza di bawah bantuan dana antarabangsa yang dikendalikan oleh Amerika, Bank Dunia dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebenarnya adalah alat penjajahan ekonomi dan jalan menuju ketergantungan ekonomi kepada institusi kapitalis global.
 
“Dan perlu kita tegaskan, rekonstruksi tanpa kedaulatan Islam ini hanya akan menjadi penukar darah para syuhada dengan projek-projek IMF. Dan biasanya dana-dana yang banyak digunakan itu, dana-dana daripada penguasa-penguasa Arab juga iaitu sesungguhnya berasal daripada kekayaan kaum Muslimin yang merupakan milik kaum Muslimin,” jelasnya.
 
Berikutnya, beliau menuturkan bahawa pelucutan senjata Hamas dan fraksi perlawanan merupakan sebahagian daripada demiliterisasi total untuk melumpuhkan perjuangan perlawanan pembebasan tanah Palestin supaya Zionis Yahudi nanti dapat mengendalikan Palestin.
 
“Padahal di dalam Islam, kita diperintahkan untuk mempersiapkan pasukan untuk menghadapi penjajah bukan menyerahkan senjata kita. Dalam Al-Quran Allah SWT berfirman, ‘Waa’iddu lahum mas tatho’tum min quwwatin,’ yang bermaksud, siapkanlah untuk menghadapi mereka kekuatan apa sahaja yang kamu sanggupi,” bebernya.
 
Beliau meneruskan kritikannya terhadap poin yang menyebut bahawa negara-negara serantau akan menjadi penjamin agar Hamas mematuhi kesepakatan dan Gaza tidak lagi menjadi ancaman.
 
“Jadi ini luar biasa. Yang menjadi mangsa itu adalah rakyat Palestin. Tetapi negara-negara serantau diminta menjadi penjamin agar Hamas mematuhi kesepakatan dan Gaza tidak lagi menjadi ancaman. Ini selaras dengan pelbagai pernyataan daripada elit-elit politik yang mengatakan perlu menjaga keselamatan Israel. Jadi yang disentuh itu adalah keselamatan Israel yang telah membunuh dan mengusir rakyat Palestin,” tegasnya.
 
Beliau membayangkan akan ditetapkan pasukan Arab antarabangsa untuk menjaga sempadan Gaza-Israel yang hakikatnya pasukan ini sebenarnya adalah penjaga kepentingan Israel dengan wajah Arab.
 
“Jadi ini semacam pasukan Saudi di Lubnan dan koalisi Arab di Yaman yang semuanya itu dalam kawalan Amerika. Keselamatan umat Islam hanya terjamin di bawah kedaulatan Islam di mana keselamatan itu berada di tangan kaum Muslimin sendiri, bukan di bawah pasukan boneka penjajah,” tuturnya.
 
Berikutnya, beliau menyebut adanya usaha normalisasi secara berperingkat di mana negeri-negeri kaum Muslimin akan mengakui keberadaan entiti Yahudi melalui kesepakatan normalisasi selepas gencatan senjata.
 
“Negeri-negeri kaum Muslimin nanti akan menandatangani kesepakatan normalisasi selepas gencatan senjata dan jika berlaku normalisasi ini bermakna pengakuan terhadap entiti penjajah Yahudi. Maka ini sesungguhnya bukan perdamaian tetapi pengkhianatan secara keimanan (akidah),” ungkapnya.
Berkaitan transisi pemerintahan sivil, beliau mendedahkan bahawa sistem politik yang dirancang adalah sistem politik sekular yang dikendalikan oleh tokoh antarabangsa yang sebenarnya banyak melakukan pembunuhan ke atas kaum Muslimin.
 
“Jadi nanti yang akan mengendalikan Palestin itu adalah dewan perdamaian yang disebut Board of Peace yang beranggotakan Donald Trump dan tokoh antarabangsa seperti Tony Blair yang jejaknya penuh dengan jejak berdarah pembunuhan ke atas kaum Muslimin seperti yang dilakukan mereka di Iraq dan negara-negara Islam lainnya,” katanya.
 
Selain itu, dalam rancangan Trump ini terdapat dialog lintas agama untuk menanamkan nilai toleransi dan hidup berdampingan. Berkaitan hal ini, beliau menegaskan bahawa Islam tidak menerima kompromi dalam akidah dan isu-isu atau naratif satu keturunan Nabi Ibrahim AS sesungguhnya adalah legitimasi Barat untuk normalisasi dengan penjajah Yahudi.
 
“Kalau kita lihat ini merupakan agenda Barat, di mana dialog agama versi Barat itu menyamakan kebenaran Islam dengan kebatilan Yahudi dan Nasrani. Begitu juga dialog antara agama dengan naratif satu keturunan Nabi Ibrahim ini sesungguhnya adalah legitimasi untuk normalisasi dengan penjajah Yahudi,” ujarnya.
 
Dengan nada tegas beliau menyeru dan mengingatkan setiap Muslim agar menolak rancangan pengkhianatan ini dan para pendukungnya kerana menerima atau mendukungnya itu bererti bunuh diri secara politik dan dosa besar di hadapan Allah SWT.
 
“Rancangan ini bukanlah rancangan damai tetapi rancangan penghancuran total perlawanan Palestin. Tujuan utamanya adalah melucutkan senjata mujahidin, menghancurkan keberadaan ketenteraan Gaza dan memastikan penjajahan Israel terus berlanjutan,” akhirinya.
 
 
 
#Gaza #FreePalestine #SayNotoTwoStateSolution #SaveGaza #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza
 
Exit mobile version