Site icon MuslimahHTM News

[Khilafah Rasyidah] Putar belit Fakta Sejarah dan Kaedah Menghadapinya (Bahagian 2/2)

[Khilafah Rasyidah] Putar belit Fakta Sejarah dan Kaedah Menghadapinya (Bahagian 2/2)

Penulis: dr. Hamdan Fahmi

(Sambungan dari Bahagian 1/2)

  1. Sesungguhnya sejarah Islam, baik pada masa awal atau akhirnya, selamanya tidak boleh disamakan dengan sejarah abad pertengahan orang-orang Eropah. Kedua-duanya merupakan dua sejarah yang terpisah sama sekali.

Sejarah Islam pada masa itu merupakan masa kemajuan ilmu pengetahuan dan tersebar luasnya pemikiran. Sesuatu yang bagaimana para sejarawan orientalis turut memberi kesaksian terhadap hal itu. Di antara para orientalis itu adalah orientalis Jerman, Zigrid Hunke, dalam bukunya Matahari Allah di atas Dunia Barat. Juga mantan presiden Amerika Syarikat, Nixon, dalam bukunya yang terkenal Amerika dan Peluang. Di antaramereka masih ada sejumlah penulis orientalis lainnya.

Sementara abad pertengahan pada orang-orang Eropah merupakan masa kezaliman dan kegelapan yang tidak dapat digambarkan. Masa itu adalah masa ketika agamawan keluar dari semua ajaran agama Nasrani. Mereka membuat berbagai khurafat yang tidak diturunkan di dalam agama dan tidak dapat diterima oleh akal.

Lebih-lebih lagi, mereka membahagikan manusia menjadi dua kelas, iaitu bangsawan yang terhormat, serta kelas hamba dan pelayan yang tidak mendapatkan kecukupan hidup dan tidak memiliki apa-apa. Mereka memimpin manusia kepada peperangan yang meletus di antara para pengikut agama Nasrani. Peperangan ini menyebabkan lenyapnya ribuan, bahkan jutaan nyawa orang Nasrani dari berbagai kelompok, seperti pembantaian orang-orang Alikhiyin di gunung Alpen.

  1. Sesungguhnya mengaitkan abad pertengahan dengan sejarah Islam merupakan penghubung-kaitan yang zalim dan sesat. Sebabnya, abad pertengahan atau yang lain merupakan zaman di mana agama Nasrani yang di dalamnya tidak terjadi kebangkitan apa pun di atas asas agama. Pada masa itu terjadi keterpurukan dan kemunduran dalam segala hal. Ini berbeza dengan agama Islam yang membebaskan manusia dari kejahiliahan (kebodohan), khurafat, dan penyembahan terhadap berhala. Islam mengangkat manusia kedarjat umat manusia yang mulia dan tinggi.

Ini berkaitan dengan masalah sejarah Islam dan putar belit hakikat dalam pandangan bangsa-bangsa Barat. Adapun potret masa kini Islam, iaitu paparan potret para penguasa kaum muslim dan bangsa-bangsa Islam di dunia Islam, maka masalah ini dapat diselesaikan dan diluruskan dalam pandangan orang-orang Barat.

Hal itu dilakukan dengan memberi kefahaman kepada orang-orang Barat bahawa para penguasa di negeri-negeri dunia Islam sebaliknya merepresentasikan kezaliman, serta jauh dari Islam dan hukum-hukumnya yang sahih. Fakta-fakta itu sama sekali tidak mewakili Islam dalam sesuatu pun. Tidak terkecuali dari hal itu adalah penguasa Saudi, Iran, Sudan, atau yang lain dari para penguasa negara-negara yang mandakwa secara dusta telah menerapkan Islam.

Kemiskinan serta kemunduran ilmu pengetahuan dan kezaliman yang tersebar di negeri-negeri kaum muslim disebabkan tidak adanya penerapan Islam secara benar, bukan disebabkan oleh penerapan Islam.

Kepada bangsa-bangsa Barat diberikan bukti untuk masalah ini dengan memaparkan gambaran Islam dalam tiga aspek, iaitu politik, pergaulan, dan ekonomi. Hal ini bertentangan dari apa yang diterapkan oleh para penguasa zalim di dunia Islam.

Demikian juga perlu diberikan bukti kepada bangsa-bangsa Barat tentang hal itu dengan memaparkan gambaran dari sejarah Islam pada zaman keemasan. Ketika Islam diterapkan secara benar, kemajuan dan ketinggian menyebar luas di seluruh penjuru wilayah yang diperintah oleh Islam.

Begitu pula perhatian Barat perlu diarahkan kepada kaum muslim yang hidup di negeri-negeri Barat. Kaum muslim di sana juga bangkit pada aspek pemikiran melebihi generasi orang-orang Barat sendiri, sehingga di antara kaum muslim itu banyak yang menjadi pakar dalam semua bidang keilmuan.

Seandainya Islam adalah sebab kemunduran pada diri manusia, nescaya mereka itu tidak akan bangkit, sedangkan mereka adalah anak-anak kaum muslim. Dengan demikian, gambaran dalam fikiran anak-anak Barat tentang Islam dapat diluruskan, lalu perhatian mereka diarahkan kepada realiti buruk yang menjadi kehidupan mereka walaupun terdapat kemajuan ilmu pengetahuan dan revolusi teknologi dan informasi.

Mereka perlu diarahkan ke arah kaedah penyelamatan dari kesengsaraan yang menimpa mereka dan yang dideritai oleh umat manusia secara umum akibat kerakusan kaum kapitalis. Mereka perlu difahamkan bahawa jalan keselamatan bagi generasi umat manusia secara keseluruhan adalah ideologi yang benar yang disandarkan kepada akidah (asas) yang benar dan kepada bangunan yang benar dan selamat yang terpancar dari akidah yang benar itu.

Pada hakikatnya, masalah ini memerlukan daya usaha yang besar dari para aktivis di dalam Daulah Islamiah. Hal itu boleh dilakukan melalui berbagai sarana dan jalan, khususnya berbagai sarana informasi di dalam negara-negara Barat. Juga melalui para aktivis dakwah yang hidup di negara-negara Barat sebelum berdirinya Daulah Islamiah.

Hal itu kerana mereka lebih memahami ideologi Barat daripada orang yang lain. Mereka juga mengetahui cacat ideologi Barat itu secara pemikiran dan fizikalnya. Mereka juga mengindera kecacatan (kelemahan dan kekurangan) itu secara praktikal dalam segenap aspek kehidupan. Oleh kerana itu, para pengemban dakwah di Amerika dan negara-negara Eropah berperanan penting menyampaikan risalah Daulah Islamiah dalam mengemban ideologi dan pemikirannya.

Sebagai tambahan, Daulah Islamiah menyeru para pemikir kepada berbagai pertemuan intelektual (pemikiran), baik secara terbuka mahupun rahsia, di dalam pertemuan-pertemuan umum, semisal berbagai sekolah, universiti, dan pusat-pusat kajian.

Dengan izin Allah SWT, usaha-usaha pelurusan dan penjelasan itu akan membuahkan hasil di negeri-negeri Barat. Semua usaha itu akan membuahkan hasil dalam membongkar kebengkokan para penguasa Barat dan kedengkian mereka terhadap ideologi Islam.

Politik menyesatkan dan tidak adil mereka akan terbongkar. Demikian juga semua usaha itu akan membuahkan hasil dalam menjelaskan ideologi Islam sebagai ganti ideologi Barat yang sakit. Dengan demikian, manusia akan masuk ke dalam agama Allah secara berbondong-bondong, bukannya menjauh darinya dan menjadi musuh.

Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.

Exit mobile version