Site icon MuslimahHTM News

Sokongan terhadap Genosid adalah Jenayah — Bukan Seruan untuk Pembebasan

[Kenyataan Media] Sokongan terhadap Genosid adalah Jenayah — Bukan Seruan untuk Pembebasan

Hari ini, Jumaat, 17 Oktober 2025, saya telah dibebaskan oleh Mahkamah Negara selepas disabitkan oleh Mahkamah Bandaraya kerana menyeru pembebasan Palestin.

Ucapan saya dalam sebuah perhimpunan pada Mei 2021 di hadapan kedutaan Mesir, di mana saya menyeru agar tentera-tentera Muslim datang untuk menyelamatkan lelaki, wanita dan kanak-kanak yang tertindas di Gaza, telah, menurut keputusan Mahkamah Bandaraya Copenhagen pada Jun 2024, dianggap sebagai jenayah.

Telah diputuskan di kedua-dua Mahkamah Bandaraya dan Mahkamah Tinggi bahawa ucapan itu bukanlah ditujukan kepada orang Yahudi, tetapi ia menyeru pemusnahan entiti Zionis yang tidak sah yang dipanggil “Israel” melalui perjuangan bersenjata.

Keputusan Mahkamah Bandaraya dengan itu secara langsung menjadikan seruan kepada pembebasan Palestin sebagai satu bentuk kesalahan jenayah, apabila dakwaan lapuk anti-semitisme oleh pihak pendakwaan dengan cepat runtuh.

Keputusan itu dibatalkan hari ini kerana ia tidak konsisten dan tiada asas undang-undang. Namun ia merupakan sebahagian daripada arus politik membuat keputusan penghakiman yang terburu-buru terhadap pihak-pihak yang menentang penjajahan Zionis ke atas Palestin.

Adalah memalukan bagi sistem kehakiman Denmark bahawa kes ini sampai sehingga ke Mahkamah Tinggi sebelum ia terpaksa ditolak, dan bahawa badan kehakiman telah diputarbelitkan sedemikian rupa untuk melindungi entiti genosid Zionis serta sokongan tanpa syarat negara Denmark kepadanya.

Hakim di Mahkamah Tinggi dalam kes ini telah enggan tunduk kepada tekanan besar yang dikenakan oleh kerajaan, yang secara terbuka mendorong polis dan pihak pendakwaan untuk mendakwa sesiapa sahaja yang menyeru pembebasan Palestin.

Walaupun saya kini telah dibebaskan, namun tidak boleh dinafikan bahawa telah berlaku siri panjang keputusan politik terhadap warganegara yang pernah menyeru, atau mempersetujui — penentangan bersenjata terhadap pendudukan Zionis. Dalam satu kes, ia bahkan mengakibatkan pemansuhan kewarganegaraan!

Menjenayahkan dan mendakwa orang ramai berdasarkan pendirian politik mereka terhadap pendudukan tentera yang melakukan genosid dengan komponen senjata dari Denmark tidak lain adalah cubaan intimidasi yang tidak boleh diterima. Namun tindakan sedemikian tetap berjalan dengan lancar. Sama ada melalui saman politik atau sebaliknya — seruan untuk pembebasan sebenar Palestin tetap tidak dapat dihalang. Hari ini lebih jelas berbandung sebelum ini bahawa kanser pendudukan tentera Zionis, keganasan sistematik, pembunuhan beramai-ramai, penyeksaan, perampasan tanah dan pembersihan etnik mesti dihentikan melalui ketenteraan — satu pandangan yang semakin mendapat tempat di seluruh dunia sebagai satu-satunya penyelesaian sebenar.

Kami, di Hizb ut Tahrir Denmark, menyeru kepada semua yang masih berhati budi untuk meneruskan perlawanan terhadap sokongan negara Denmark terhadap koloni pendudukan haram Zionis dan rancangan berterusan mereka untuk memusnahkan penduduk Palestin.

Kami secara khusus menyeru saudara-saudari Muslim untuk bekerja dengan tekad dan ketabahan yang lebih besar bagi menghapuskan penjajahan secara total dan membebaskan Palestin melalui tentera-tentera dunia Muslim.

Seruan untuk pembebasan Palestin bukanlah jenayah, tetapi satu kewajipan dan kehormatan. Negara Denmarklah yang bertindak jenayah apabila menyokong sebuah koloni penempatan haram yang melakukan genosid.

Elias Lamrabet
Wakil Media
Hizbut Tahrir di Denmark

Exit mobile version