[Kenyataan Media] Pembunuhan dan Kelaparan Kanak-kanak Gaza Tidak Akan Berakhir Melalui Rancangan Mereka yang Bertanggungjawab ke Atas Genosid Tetapi Hanya Melalui Mobilisasi Tentera Muslim
Sepanjang 2 tahun yang lalu, penduduk Gaza telah mengalami pengeboman tanpa henti, kepungan yang kejam dan jenayah yang paling dahsyat yang membunuh oleh entiti Yahudi, yang mana wanita dan kanak-kanak menjadi mangsa utama. 65,000 telah dibunuh, termasuk lebih 20,000 kanak-kanak – bersamaan dengan kira-kira 30 kanak-kanak dibunuh setiap hari. Kanak-kanak telah ditembak mati dengan sengaja oleh penembak tepat Yahudi atau tembakan dron di jalanan, atau bahkan ketika mencari makanan di pusat bantuan yang telah menjadi ‘perangkap maut’ bagi mereka yang kelaparan. Menurut Save the Children, kanak-kanak terbunuh atau cedera lebih separuh dalam serangan maut yang berlaku di tapak pengagihan makanan di Gaza, dalam tempoh empat minggu Yayasan Kemanusiaan Gaza memulakan operasinya. Serangan bertubi-tubi oleh tentera Yahudi juga telah menyebabkan lebih 21,000 kanak-kanak menjadi kurang upaya – Gaza kini mempunyai bilangan kanak-kanak yang diamputasi per kapita tertinggi berbanding tempat lain di dunia. Dan menurut UNICEF, krisis kekurangan zat makanan di Gaza telah mencapai tahap bencana, dengan peningkatan 500% dalam jumlah kanak-kanak yang mengalami malnutrisi akut sejak awal tahun, dan keseluruhan populasi kanak-kanak di bawah lima tahun – lebih daripada 320,000 kanak-kanak – berisiko malnutrisi akut, dengan lebih daripada 150 kanak-kanak telah terkorban akibat kebuluran.
Namun kini, kerajaan kolonial Barat yang sama bersubahat dalam genosid ini melalui pembiayaan, persenjataan dan sokongan terhadap entiti Yahudi, sedang membentangkan rancangan mereka untuk masa depan Gaza, seolah-olah mereka adalah ‘pembuat keamanan’, mendikte kepada rakyat Palestin bagaimana untuk mentadbir tanah mereka, seolah-olah ia adalah milik kuasa penjajah ini!
Sesungguhnya Allah (swt) berfirman, “Dan apabila dikatakan kepada mereka: “Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi”, mereka menjawab: ” Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan”. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya.”. [TMQ Al-Baqarah (2): 11-12].
Sama ada ia adalah Rancangan Trump yang bertujuan untuk mencipta satu bentuk penjajahan baru di Gaza, menyerahkannya kepada Amerika, atau sama ada ia adalah pengiktirafan negara Palestin yang tidak bermakna dan ilusi oleh Britain, Perancis, dan negara Barat lain melalui ‘penyelesaian dua negara’ – rancangan ini hanya bertujuan untuk menyediakan talian hayat kepada entiti Yahudi demi memelihara melindungi dan mengukuhkannya, namun tidak menawarkan apa-apa yang baik untuk Palestin! Apakah kebaikan yang boleh diperoleh daripada mereka yang membantu menubuhkan entiti Yahudi, dan memeliharanya, dan berkhidmat sebagai penyokong dan perisai kepada jenayahnya? Apa rancangan yang mereka tawarkan kecuali rasa rehat palsu sehingga pertumpahan darah bersambung?!!
Tambahan pula, secara terang-terangan jelas bahawa entiti Yahudi itu tidak akan menamatkan perang menghapuskan rakyat Palestin sehingga mencapai matlamat utamanya untuk menubuhkan ‘Israel Raya.’ Oleh itu, tidak akan ada kesudahan kepada genosid dan Nakba yang berulang ini sehinggalah pendudukan haram itu dicabut dari setiap inci Palestin. Ini hanya akan dicapai dengan pengerahan pasukan tentera Muslim yang diwajibkan oleh Allah (swt) untuk membela umat Islam dan membebaskan bumi kita.
Oleh itu, kami berkata kepada saudara-saudara kami dalam pasukan tentera Islam… apakah yang anda tunggu sebelum anda menyahut Perintah Rabb anda untuk melindungi umat ini dan menyingkirkannya dari barah penjajahan ini secara kekal? Apakah alasan yang akan kamu berikan kepada Tuhanmu kerana gagal mempertahankan umat Islam dan kesucian Al Aqsa dan Tanah Berkah Palestin? Terpulang kepada anda dan anda sahaja untuk menghadapi entiti Yahudi dan membebaskan bumi al Isra wal Miraj. Jadi, bertindaklah sekarang untuk menyingkirkan pemerintah khianat ini yang bertindak sebagai pertahanan barisan hadapan bagi entity pendudukan haram, dan yang kini bergembira dengan rancangan jahat Trump. Tegakkan Khilafah Rasyidah berdasarkan manhaj Kenabian dengan segera. Hanya Khilafah sahaja yang mampu menamatkan genosid demi kebaikan umat ini!
Allah (swt) berfirman: “Dan apakah yang menghalang kamu (maka kamu) tidak mahu berperang pada jalan Allah (untuk menegakkan agama Islam) dan (untuk menyelamatkan) orang-orang yang tertindas dari kaum lelaki, perempuan dan kanak-kanak, iaitu mereka yang selalu (berdoa dengan) berkata: “Wahai Tuhan kami! Keluarkanlah kami dari negeri (Makkah) ini, yang penduduknya (kaum kafir musyrik) yang zalim, dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang mengawal (keselamatan agama kami), dan jadikanlah bagi kami dari pihakMu seorang pemimpin yang membela kami (dari ancaman musuh).” [TMQ An-Nisa (4): 75].
Bahagian Muslimah
di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir