[Khilafah Rasyidah] Embargo Politik, Ekonomi, dan Intelektual (Bahagian 2/3)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
(Sambungan dari Bahagian 1/3)
Embargo terkenal yang dilakukan Napoleon terhadap kota ‘Aka pada 1799 M berlangsung selama enam bulan berturut-turut. Begitu juga seperti yang dilakukan oleh negara-negara Nasrani dalam Perang Salib I apabila negara-negara itu menjatuhkan embargo terhadap kota Al-Quds pada 1599 M.
Embargo tersebut berlangsung sekitar 40 hari dan berakhir dengan jatuhnya Al-Quds ke tangan Pasukan Salib pada Syaaban tahun itu. Juga pernah terjadi embargo yang sangat terkenal dalam sejarah Islam terhadap Daulah Islamiah dan ibu kotanya, iaitu Baghdad oleh Mongol pada 656 H. Embargo tersebut terjadi pada Muharram dan berlanjutan hingga Safar, iaitu sekitar sebulan, sehingga jatuhnya Baghdad, dan Daulah Abbasiyah pun mengalami keruntuhan pada 656 H.
Ini dari sudut embargo sebagai makna dan fakta. Juga dari sisi cara-cara dan sarana-sarana yang digunakan untuk menjalankan dan mengimplementasikan embargo itu secara nyata. Adapun dari sudut justifikasi dan alasan untuk menjatuhkan embargo terhadap Daulah Islamiah, maka embargo itu perlu ada pendahuluan untuk meyakinkan masyarakat antarabangsa dan bangsa-bangsa di negara-negara masyarakat antarabangsa terhadap tindakan baru itu.
Dalam sejarah kaum muslim telah terjadi berbagai embargo oleh negara-negara kafir. Untuk menjalankan hal itu, negara-negara kafir tersebut menggunakan justifikasi dan argumentasi yang meragukan dan bohong.
Sebagai contoh, embargo atas Rasulullah SAW dan para sahabat beliau di Makkah al-Mukarramah. Embargo itu bertujuan untuk mengekalkan kedudukan sebagai pemimpin dan pelopor yang dicapai oleh Quraisy di antara kabilah-kabilah Arab. Juga untuk menjaga warisan nenek moyang (berhala), serta menjaga kepemimpinan dan kepeloporan di dalam negeri.
Demikian juga embargo yang dipaksakan oleh kaum kafir kabilah-kabilah Arab di sekitar Madinah al-Munawwarah ketika Perang Ahzab dengan alasan mengancam laluan perdagangan dan mencabar Quraisy pada kedudukannya sebagai pemimpin. Juga terdapat embargo yang dipaksakan oleh negara-negara kafir dipimpin oleh Eropah Nasrani di bawah Lembaga Bangsa-Bangsa (LBB) terhadap Daulah Islamiah Utsmaniyah.
Embargo tersebut dilaksanakan dengan alasan permusuhan Daulah Islamiah terhadap negara-negara Eropah dan tidak adanya penerimaan terhadap Konvensyen Antarabangsa oleh Daulah Islamiah. Embargo tersebut berterusan hingga runtuhnya Daulah Uthmaniyah pada tahun 1924 Masihi.
Pada hakikatnya, justifikasi bagi negara-negara imperialis untuk menjatuhkan embargo terhadap Khilafah Islamiah yang telah dijanjikan itu sudah mula dilakukan secara nyata pada hari ini sebelum Daulah Islamiah berdiri. Di antara justifikasi dan alasan itu adalah apa yang sedang dilakukan oleh negara-negara imperialis besar berupa perang melawan terorisme (keganasan) atau war on terror. Mereka juga melekatkan label pengganas kepada apa saja yang dimiliki Islam yang mengandung makna kemerdekaan, kekuatan, atau usaha memisahkan diri dari pengekoran terhadap Barat.
Usaha yang juga termasuk di antaranya adalah politik penyesatan dan pers melalui tangan-tangan mereka yang disebut ulama (ulama penguasa) dalam membuat kebohongan hukum-hukum dusta terkait dengan Islam, seperti toleransi keagamaan, penghormatan pihak lain, moderatisme, penghapusan idea kufur, penghapusan idea jihad, dan memesongkan makna dari perang ofensif untuk menghancurkan pelbagai halangan fizikal di hadapan Islam kepada makna perang defensif semata-mata.
Pada masa yang sama, ditambah pula dengan tuduhan terhadap orang-orang yang ikhlas (mukhlisin) dari para pengemban dakwah yang berjuang untuk mengembalikan Islam, dengan tuduhan kaku dan menyimpang dari kebenaran.
Negara-negara imperialis pada hari ini berusaha secara cepat untuk mengeluarkan Undang-Undang Antarabangsa yang mentakrifkan terorisme/keganasan. Untuk itu, didahului dengan pendahuluan sesat dan jahat melalui jalan para ulama penguasa. Undang-undang itu akan menentang idea jihad, Islam politik, dan pemisahan antara kafir dan Islam.
Dengan pengertian lain, negara-negara kafir akan berusaha menjadikan undang-undang melawan terorisme untuk menentang apa saja yang di dalamnya terdapat pengertian Islam politik yang sahih. Mereka menentang sesuatu yang melakukan langkah-langkah yang berlawanan dengan politik mereka, termasuk Daulah Islamiah. Daulah Islamiah yang ikhlas akan diklasifikasikan berada di bawah cakupan undang-undang melawan keganasan antarabangsa. Ini dari sisi antarabangsa.
Adapun dari sisi rakyat dan masyarakat umum, negara-negara kafir akan menggunakan politik penyesatan secara besar-besaran menentang Islam sebagai agama dan menentang kaum muslim sebagai pengemban agama tersebut. Kita telah membicarakan masalah ini sebelumnya.
Berdasarkan berbagai kebohongan dan penyesatan antarabangsa dan nasional di negeri-negeri Barat dan di negeri-negeri kaum muslim yang berjiran dengan Daulah Islamiah, negara-negara kafir akan memaksakan politik persempadanan, larangan, pemutusan bantuan, hibah, dan dukungan dari negara-negara jiran Daulah Islamiah.
Negara-negara kafir juga akan menggerakkan pasukan dan skuadron, baik dari negara-negara besar itu sendiri, atau pun dari negara-negara jiran Daulah Islamiah. Demikian juga negara-negara kafir akan memaksakan keadaan isolasi antarabangsa secara politik, intelektual, ekonomi, dan kewangan terhadap Daulah Islamiah.
Benar, Amerika dan negara-negara Eropah sekurang-kurangnya akan merujuk kepada pemaksaan embargo secara ekonomi, politik, dan intelektual terhadap Daulah Islamiah ini, seandainya tidak disertai dengan embargo militer bersamaan dengan embargo tersebut.
Tujuan dari politik yang zalim, keji, dan penuh permusuhan tersebut adalah untuk mencekik leher masyarakat di dalam Daulah Islamiah. Hal itu untuk memalingkan mereka dari Daulah Islamiah tersebut. Juga untuk menuntut penguasanya agar mengubah pandangan dan ekspektasi mereka kepada negara-negara kafir, iaitu agar melepaskan diri dari idea Daulah Islamiah dalam maknanya yang sahih dan yang diredhai oleh Tuhan yang Maha Mulia.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.

