Site icon MuslimahHTM News

[Khilafah Rasyidah] Embargo Politik, Ekonomi, dan Intelektual (Bahagian 3/3)

[Khilafah Rasyidah] Embargo Politik, Ekonomi, dan Intelektual (Bahagian 3/3)

 

Penulis: dr. Hamdan Fahmi

 

(Sambungan dari Bahagian 2/3)

 

Sesungguhnya Khilafah Islamiah yang telah dijanjikan itu pasti akan menghadapi pelbagai bentuk permusuhan, peperangan, dan tindakan yang memalingkan manusia daripada jalan Allah. Semua itu bertujuan untuk membuat Khilafah Islamiah mengurungkan niatnya untuk mencapai matlamat. Juga untuk menghalang manusia daripada memberikan perlindungan, berdiri di sisi Khilafah Islamiah, dan mengorbankan sesuatu yang amat berharga bagi menguatkan dan mengukuhkannya.

 

Negara-negara kafir yang jahat dan angkuh akan menghalang setiap bentuk dan jenis pertukaran perdagangan dengan Daulah Islamiah, baik yang berkaitan dengan komoditi makanan, tenaga, persenjataan, serta komoditi dan perkhidmatan lainnya. Negara-negara kafir itu akan memobilisasi pasukan–seperti yang telah kami sebutkan— untuk menjaga embargo tersebut, baik secara langsung di bawah perlindungan badan PBB atau pun melalui proksi mereka di negara-negara yang bersempadan dan berjiran dengan Daulah Islamiah.

 

Mereka juga melakukannya melalui kekuatan militer sesebuah negara atau sekelompok negara dari negara-negara kafir. Embargo juga bermakna kekurangan dalam semua bahan makanan dan selain makanan. Ertinya adalah penurunan kemampuan negara di dalam batas-batas wilayahnya.

 

Daulah Islamiah dan para pemimpinnya wajib menyiapkan rancangan-rancangan untuk menghadapi embargo itu sehingga masyarakat tidak akan terjatuh ke dalam haru biru media, propaganda yang tidak adil, dan propaganda orang-orang munafik yang ada di dalam wilayah Daulah Islamiah. Hal ini seperti yang terjadi dari orang-orang munafik pada masa Rasulullah SAW dalam Perang Khandaq.

 

Langkah-langkah praktikal apa yang wajib diambil, di dalam dan di luar batas-batas Daulah, untuk menghadapi semua itu, memutus embargo, dan menggagalkan kesepakatan antarabangsa yang melaksanakannya?

 

Berkaitan dengan masalah pertama–iaitu menghadapi embargo—langkah-langkah praktikal yang perlu diambil adalah membuat perancangan bagi setiap kemungkinan dalam keberlangsungan embargo sama ada dalam tempoh hari, bulan, atau tahun. Perancangan itu mestilah difokuskan pada tiga perkara utama:

 

Pertama, perkara yang berkaitan dengan mobilisasi umum secara maknawi dalam menghadapi embargo.

 

Kedua, menyusun rancangan yang mampu menampung kekurangan (barang keperluan) akibat embargo. Hal itu boleh dilakukan melalui jalan saling menanggung (solidariti), berhemat dalam perbelanjaan, dan memanfaatkan semua potensi yang ada di dalam negeri tanpa mengira siapa pemiliknya. Kemudian hal itu dihitung sebagai hutang negara atau dicatat sebagai derma dan bantuan daripada pemiliknya. Selepas itu dilaksanakan program menyeluruh dalam pengagihan mengikut keperluan yang ada.

 

Ketiga, memanfaatkan semua potensi dan kemampuan yang ada di dalam tanah atau di luar tanah, sama ada berupa perlombongan, pertanian, industri, dan lain-lain. Hal itu sebagai usaha untuk menampung kekosongan dan kekurangan yang berlaku akibat embargo.

 

Ini adalah langkah-langkah di dalam negeri yang mungkin digunakan Daulah untuk menghadapi embargo dan bertahan terhadapnya. Adapun langkah-langkah luar negeri yang mungkin dilakukan oleh Daulah, maka hal itu juga perlu difokuskan pada tiga perkara penting:

 

  1. Menggagalkan embargo
  2. Aktiviti membuka embargo dengan semua cara yang memungkinkan.
  3. Memanfaatkan isu embargo untuk menggerakkan kaum muslim agar menentang para penguasa boneka imperialis di negara-negara yang berjiran dengan Daulah. Juga memanfaatkannya untuk memerangi idea-idea dan ideologi kufur.

 

Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.

 

Exit mobile version