[Khilafah Rasyidah] Memerangi Realiti Rosak Warisan Sistem Lama (Bahagian 1/6)
Penulis: dr. Hamdan Fahmi
Point terakhir dalam pembahasan ini adalah masalah memerangi realiti rosak peninggalan sistem lama dengan jalan merombaknya. Point ini terpecah menjadi beberapa masalah. Akan tetapi sebelum membicarakan pecahan-pecahan tersebut, kami katakan bahawa Daulah pada masa awal berdiri dan pertumbuhannya akan mewarisi tugas berat dari realiti rosak peninggalan sistem lama.
Namun demikian, Daulah akan mampu merombak realiti itu akan dengan cepat atas izin Allah. Sebabnya adalah pola jiwa (nafsiah) yang tinggi dalam diri kaum muslim dan kekuatan orang yang memikul tugas pemerintahan. Jika dua hal itu terkumpul dalam diri kaum muslim, mereka akan menjadi sosok seperti para sahabat Rasul SAW di Madinah al-Munawwarah, pada saat hati-hati mereka berubah total dan mengubah segala ajaran adat (warisan nenek moyang) mereka.
Pada hakikatnya, atas izin Allah, masalah kesulitan-kesulitan dalam negeri itu akan tetap tenang dan lembut. Berbagai kesulitan dalam negeri itu jauh lebih ringan dari berbagai kesulitan dan cabaran luar negeri. Sebabnya, berbagai kesulitan dalam negeri itu berhubungan dengan kaum mukmin yang memiliki kesediaan untuk berkorban, berinfak, memberi, dan menerima perkara baru apa pun yang berhubungan dengan agama ini.
“Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir sebagaimana mereka telah menjadi kafir, maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat kamu, sehingga mereka berhijrah pada jalan Allah (untuk menegakkan Islam). Kemudian kalau mereka sengaja berpaling ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu menemuinya; dan jangan sekali-kali kamu mengambil (seorang pun) di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong;” (TMQ An-Nisaa’ [4]:89)
Namun, Allah SWT tidak akan pernah memberi kemungkinan kepada kaum kafir untuk menguasai umat Islam dan Daulah Islam. Allah SWT berfirman,
“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian).” (TMQ At-Taubah [9]:32)
Tidak semua urusan di dalam Daulah rosak. Kami akan mengemukakan beberapa contoh dari realiti yang rosak:
- Pendidikan dan Kurikulum.
Sebagaimana kita ketahui, kurikulum pendidikan warisan sistem lama adalah kurikulum yang dalam tsaqafah-nya telah teracuni. Hal itu disebabkan oleh berbagai penyimpangan para ejen penjajah dari para kroni dan pendukung yang belajar di berbagai universiti penjajah dan terdidik berdasarkan tsaqafah penjajah yang busuk.
Kurikulum tersebut memerlukan aktiviti pembersihan mencakupi aspek tsaqafah atau pun aspek sains teknologi. Ini kerana subjek sains yang disusun di negeri-negeri kaum muslim ditujukan untuk mempertahankan umat agar tetap tertinggal berabad-abad dari kemajuan dan ketinggian industri dan teknologi.
Aktiviti pembersihan itu wajib dimulakan terlebih dahulu dari kurikulum yang berkaitan dengan tsaqafah. Sebagai langkah pertama sebelum lainnya, semua perkara yang haram dihapuskan. Penghapusan itu agar tempatnya diisi dengan kurikulum tsaqafah baru yang berkaitan dengan akidah umat, hukum-hukum agama mereka (akidah dan hukum-hukum Islam), serta sejarah Islam mereka yang bersinar.
Kurikulum baru tersebut akan mampu mengangkat taraf umat secara tsaqafah sebagai umat terbaik yang dikehendaki oleh Allah SWT sesuai dengan firman-Nya, “Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia.” (TMQ Ali ‘Imrân [3]:110).
Buku atau lembaran apa saja yang sudah selesai disiapkan oleh jawatankuasa kurikulum, langsung ditetapkan sebagai bahan mengajar sehingga tidak perlu menunggu semua buku atau kurikulum sempurna keseluruhannya. Dengan demikian, apa saja yang sudah selesai disusun, terus diajarkan tanpa ada penundaan.
Pada hakikatnya, penyusunan program bagi aktiviti pengajaran seperti cahaya yang menerangi kaedah aktiviti dan asas-asasnya bagi jawatankuasa tersebut. Tidak tersisa lagi, kecuali aktiviti pengorganisasian dan penyusunan mata pelajaran sains yang sesuai dengan setiap tahapan dengan metode yang tinggi dan boleh membawa kepada target yang ditetapkan.
Adapun buku-buku sains yang berkaitan dengan aspek madaniyah, maka kita boleh mempelajarinya selagi ia tidak menyalahi akidah dan hukum-hukum syarak. Kemudian kita juga boleh menggantinya sedikit demi sedikit untuk merealisasikan target yang dikehendaki. Target tersebut adalah mengangkat taraf umat dalam aspek madaniyah (industri, pertanian, kesihatan, kejuruteraan, dll) agar menyamai negara-negara lain, bahkan melangkaui mereka jika memungkinkan.
Dengan metode yang sama, Daulah boleh mengambil kelompok-kelompok sains untuk aktiviti tersebut. Apa saja yang sudah selesai disusun walaupun hanya satu lembar, akan terus ditetapkan sebagai bahan mengajar. Dengan demikian, aktiviti perombakan realiti yang rosak tidak tertunda.
Dalam perombakan kurikulum pendidikan perlu memperhatikan pula rombakan ke atas orang-orang yang menjadi ancaman, iaitu orang-orang yang hatinya setia dengan sistem sebelumnya atau orang-orang yang menyusun kurikulum lama. Sebabnya, mereka sama sekali tidak mententeramkan.
Apa saja yang diperlukan secara material untuk aktiviti rombakan ini, maka wajib dijamin. Itu semua hendaklah dibiayai dari harta milik umum kaum muslim kerana berkaitan dengan urusan-urusan keilmuan dan pengajaran. Daulah tidak boleh kedekut dalam urusan ini kerana urusan ini tidak kalah pentingnya dari persiapan secara militer.
Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.

