Site icon MuslimahHTM News

[Khilafah Rasyidah] Memerangi Realiti Rosak Warisan Sistem Lama (Bahagian 3/6)

[Khilafah Rasyidah] Memerangi Realiti Rosak Warisan Sistem Lama (Bahagian 3/6)

 

Penulis: dr. Hamdan Fahmi

 

(Sambungan dari Bahagian 2/6)

 

 

  1. Wang dan Sistem Kewangan

 

Sebelum memulai penjelasan tentang tatacara memecahkan masalah kewangan dan mata wang, kami paparkan terlebih dahulu beberapa perkara yang berkaitan dengan masalah ini:

 

  1. Sistem syarie dalam masalah wang adalah emas dan perak saja. Daulah tidak boleh mengadopsi sistem lain dalam mencetak mata wang. Ini bererti bahawa pecahan mata wang logam, mata wang kertas, atau surat-surat berharga yang digunakan di dalam Daulah Khilafah wajib memiliki back up emas dan perak yang sama nilainya dengan nilai nominal wang atau surat berharga itu. Sang pemilik boleh menukarkannya dengan emas dan perak tanpa pengurangan dan penundaan sesuai dengan nilai nominalnya dari mana pun dia membawanya di dalam wilayah Daulah Khilafah.

 

  1. Wang yang ada di pasaran terbahagi dalam tiga kelompok:

 

Pertama, mata wang tempatan yang dikeluarkan atau dicetak di dalam negara umat Islam. Mata wang tersebut mempunyai sebahagian sandaran (back-up) dalam bentuk emas, perak, atau mata wang asing yang kukuh. Ia juga boleh bersandarkan kepada aset-aset yang ada, harta-harta, serta apa-apa sahaja yang mempunyai nilai intrinsik.

 

Kedua, mata wang asing yang dikeluarkan atau dicetak di luar negara umat Islam, seperti Dolar, Euro, Mark Jerman, Franc Perancis, dan lain-lain.

 

Ketiga, jongkong emas, perak, atau logam berharga lain yang mempunyai nilai intrinsik, seperti berlian dan sebagainya.

 

Inilah tiga jenis mata wang yang akan wujud ketika Daulah Khilafah berdiri dalam waktu terdekat dengan izin Allah. Adapun berkaitan usaha untuk menyelesaikan permasalahan mata wang dengan cara yang benar, maka semua bentuk mata wang itu wajib ditukar kepada emas dan perak. Hal ini kerana sistem mata wang berasaskan emas dan perak sahajalah yang benar menurut syarak, dan tiada sistem mata wang lain yang dibenarkan.

 

Namun, solusi tersebut, selaras dengan hukum-hukum syarak yang bersifat praktikal, memerlukan keahlian serta langkah-langkah yang dapat menjamin agar tidak berlaku kegoncangan dalam kalangan masyarakat umum. Pada masa yang sama, ia mampu memberikan perlindungan kepada masyarakat terhadap hak-hak dan harta mereka. Ia juga menjamin kemampuan Daulah untuk terus berjalan dan bergerak sepanjang keberadaannya dalam melaksanakan tugas-tugas kewangan.

 

Pada peringkat awal, permasalahan ini tidak terbatas kepada penukaran mata wang sahaja. Namun demikian, wajib dilakukan pengiraan secara saksama sebagaimana yang telah kami huraikan.

 

 

Pada hakikatnya, masalah ini adalah masalah paling mendasar yang berkaitan dengan usaha memerangi kerosakan peninggalan sistem lama. Beberapa orang telah menulis aspek-aspek tertentu dalam masalah ini. Dalam hal ini, kami akan menambah beberapa perkara yang kami anggap benar dalam memecahkan permasalahan ini.

 

Namun demikian, alternatif penyelesaian ini tetap berpeluang untuk diterima atau dibantah. Hal ini kerana isu ini, seperti yang kami sebutkan, berkaitan dengan kaedah dan teknik pelaksanaan, kecuali perkara-perkara hukum syarak yang berkaitan dengannya.

 

Sesungguhnya proses penggantian mata wang lama yang dicetak atau dibuat di negeri-negeri kaum muslim dapat dilakukan berdasarkan langkah-langkah berikut:

 

  1. Pada peringkat awal, Daulah membataskan jumlah mata wang tempatan yang ada dan merekodkannya dalam pembukuan khas. Langkah ini bagi mengelakkan pemalsuan mata wang baharu atau kemasukan mata wang palsu melalui sempadan negara. Setelah aktiviti pengiraan dan pencatatan selesai, pemilik mata wang lama akan diberikan surat berharga dengan nilai nominal yang sepadan dengan harta mereka, sehingga apabila penukaran secara langsung kepada mata wang rasmi, iaitu emas dan perak, boleh dilaksanakan.

 

Aktiviti ini memerlukan petugas-petugas khusus. Daulah boleh memilihnya dari kalangan yang menguasai kemahiran akauntan, penempatan, dan pengarkiban.

  1. Para petugas tersebut melakukan pengiraan nilai pelbagai mata wang terhadap emas dan perak mengikut harga emas dan perak di pasaran antarabangsa. Penilaian itu juga disesuaikan dengan nilai-nilai mata wang tempatan yang dicetak sebelum berdirinya Daulah Khilafah. Nilai-nilai tersebut disimpan dalam catatan khusus.

 

Daulah mengumpulkan emas dan perak yang terdapat dalam wilayahnya dan merekodkannya dalam catatan rasmi. Daulah juga merekod data serta mengira pelbagai komoditi di dalam negeri yang berpotensi dipertukarkan dengan mata wang tempatan, mata wang antarabangsa, atau jongkong/kepingan emas dan perak, iaitu komoditi yang boleh dijadikan alat tukar dalam urusan jual beli dengan kesemuanya itu.

 

  1. Daulah wajib memperhatikan berbagai keperluan asas masyarakat terhadap barang dan perkhidmatan sebelum memperhatikan aktiviti pertukaran mata wang lama dengan emas dan perak atau sesuatu yang berharga. Daulah juga wajib memperhatikan keperluan Daulah terhadap mata wang dan benda berharga untuk bertahan menghadapi embargo dan permusuhan dari kaum kafir.

 

Kedua masalah ini jauh lebih penting dan mendesak bagi Daulah dan masyarakat berbanding aktiviti penggantian mata wang lama. Ini kerana lebih menyibukkan diri dengan penggantian mata wang lama dan mengagihkan kekayaan atau surat-surat berharga kepada masyarakat sementara mengabaikan bahaya-bahaya yang mengancam Daulah, merupakan tindakan yang tidak bijaksana. Daulah tidak boleh lebih menyibukkan diri dengannya dan meninggalkan perhatian akan bahaya tersebut. Berbagai keperluan asas masyarakat dan keperluan Daulah untuk tetap bertahan lebih penting daripada kompensasi nilai simpanan harta masyarakat dalam surat-surat berharga.

 

  1. Daulah mengganti sebahagian dari simpanan masyarakat dengan kadar yang menjamin pelaksanaan berbagai urusan keseharian mereka dan memenuhi berbagai keperluan pokok mereka. Sedangkan baki nilai surat berharga itu tetap dijaga di dalam catatan Daulah sampai Daulah benar-benar stabil dan setelah itu memiliki kemampuan untuk menggantinya secara total.

 

  1. Daulah wajib memilih dan mengangkat pakar ekonomi yang bertugas melakukan pengkajian secara mendalam pada setiap masa. Hal itu untuk menentukan jumlah mata wang lama yang boleh diganti oleh Daulah. Misalnya pada bulan pertama, Daulah mampu mengganti 10% dari harga mata wang-mata wang tersebut, pada bulan kedua sebesar 10%, dan seterusnya. Ini sesuai hasil kajian atas berbagai keperluan pokok masyarakat dan keperluan Daulah dalam rangka tetap bertahan dan terus berjalan dalam menghadapi berbagai bahaya.

 

 

  1. Berkaitan dengan wang kertas asing, seperti Dolar Amerika, Yen Jepun, Franc Perancis, dan lainnya, semuanya diperlakukan seperti mata wang kertas (fiat money) dalam negeri dari masa sebelumnya, kecuali aktiviti pencatatan dalam rangka penggantiannya pada masa datang dalam aktiviti penggantian barang dan perkhidmatan.

 

Dalam aktiviti pertukaran dengan barang dan perkhidmatan ditetapkan batasan sesuai dengan tahap keperluan masyarakat terhadap berbagai keperluan pokok dan keperluan Daulah untuk tetap berjalan. Misalnya, seseorang memiliki wang satu juta dolar Amerika. Orang itu tidak dibebaskan–pada awal masa kesulitan–untuk membeli barang dan perkhidmatan apa saja yang dia inginkan, sementara orang lain tidak mampu mendapatkan keperluan pokoknya.

 

Adapun berkaitan dengan aktiviti pertukaran dengan luar negeri jika pemilik wang itu mampu melakukannya, tidak ditetapkan had, kecuali jika bertentangan dengan keperluan-keperluan pokok masyarakat dan keperluan Daulah.

 

  1. Daulah melakukan pengumpulan emas dan perak secara terperinci, iaitu untuk mengumpulkan emas dan perak yang ada, serta yang mungkin diperoleh dalam waktu singkat. Hal itu sebagai pendahuluan bagi aktiviti pencetakan dan pembentukan mata wang syarie.

 

Pada tahap ini, Daulah menumpukan semua potensinya untuk memperoleh emas dan perak, serta mendorong masyarakat untuk memberikan sumbangan sesuai kemampuan mereka. Masyarakat juga digalakkan untuk memberi pinjam (hutang) jongkong dan simpanan emas mereka, atau mata wang asing yang mereka miliki. Hal ini agar Daulah mampu menghimpunkan sandaran mata wang yang sebesar mungkin dalam bentuk emas dan perak.

 

 

Apa yang diambil oleh Daulah pada masa tersebut dinilai sebagai hutang Daulah, baik emas, perak, mata wang asing, atau barang berharga lainnya. Daulah mencatatnya sampai tiba saatnya Daulah memiliki kemampuan untuk melunaskannya. Pada hakikatnya, masalah berhutangnya Daulah kepada individu-individu rakyat kadang kala menjadi suatu keperluan mendesak pada masa awal, khususnya jika Daulah menghadapi embargo ekonomi dan terjun dalam kancah pertempuran melawan kaum kafir.

 

  1. Daulah dengan segala upaya berusaha memperoleh emas dan perak, baik dengan eksploitasi, penyeludupan dari luar, berhutang, atau jalan lainnya. Hal itu sebagai pendahuluan bagi aktiviti mewajibkan sistem mata wang syarie semaksima mungkin.

 

  1. Aktiviti pencetakan mata wang syarie wajib dilakukan secara cepat, iaitu sesuai dengan hukum-hukum syarak yang ditetapkan menurut timbangan dinar emas dan dirham perak. Oleh sebab itu, Daulah wajib mencetak mata wang berdasarkan karakter tersebut.

 

 

Pada saat yang sama dikeluarkan wang-wang kertas yang mewakili surat-surat berharga yang memiliki sandaran emas dan perak, sesuai dengan deskripsi yang kami sebutkan sebelumnya dari sisi kecepatan waktu penukarannya dan kemustahilan adanya pengurangan. Demikianlah hukum-hukum dan cara-cara dalam aktiviti rombakan realiti rosak dalam masalah mata wang. Masalah ini merupakan masalah yang mungkin untuk diambil, ditolak, dan dilakukan ijtihad kerana merupakan masalah baru.

 

Sumber: dr. Hamdan Fahmi, Khilafah Rasyidah.

 

#KhilafahRasyidah #DaulahIslam #IslamKaffah #CabaranTegakDaulah #sistemkewangan #ekonomi #dinardirham

 

Exit mobile version