Site icon MuslimahHTM News

Khilafah: Thariqah Menghentikan Kejahatan Amerika

Khilafah: Thariqah Menghentikan Kejahatan Amerika

 

Oleh: Syamsiyah Jamil

 

Jurucakap HTM, Ustaz Abdul Hakim Othman mengatakan bahawa umat Islam wajib berusaha menegakkan Khilafah sebagai thariqah untuk menghentikan kejahatan Amerika.

 

“Thariqah ini tidak lain tidak bukan, kita wajib untuk berusaha menegakkan kembali Khilafah. So, dalam kita buat macam-macam uslub, dalam masa sama kita wajib untuk mengambil jalan yang wajib,” jawabnya dalam program Kupas Tuntas bersama Jurucakap HTM bertajuk Kejahatan ‘Israel’ dan Amerika Wajib Dijawab dengan Jihad, Jumaat (3/10/2025).

 

Beliau mengatakan demikian bagi menjawab soalan peserta iaitu samada umat Islam perlu melakukan demonstrasi di hadapan kedutaan Amerika atau Kementerian Pertahanan (MinDef) sebagai muhasabah kepada penguasa dalam isu kejahatan Amerika terhadap Gaza.

 

“Bila kita bincang bab peperangan, bila kita bincang bab pembantaian, bila kita bincang bab internasional, nak tak nak kena ada satu thariqah, kena ada satu jalan untuk kita menghentikan keseluruhan ini,” jelasnya.

 

Sebelum itu, beliau menerangkan bahawa umat Islam boleh melakukan pelbagai uslub (cara) untuk merespon isu ini.

 

“Dengan apa yang berlaku ini, cara respon kita bukan satu sahaja. Jadi kita boleh respon dengan macam-macam cara. Yang penting kita  respon dengan cara yang dibenarkan oleh syarak, dengan cara yang paling baik yang kita rasa boleh respon,” ujarnya.

 

Lanjutnya, umat Islam boleh mengadakan demonstrasi untuk menyeru tentera dan penguasa.

 

“Jadi kita boleh, kalau kita nak buat demontrasi dalam rangka kita nak menggerakkan penguasa ataupun tentera supaya berjihad. Kita buat demonstrasi depan Pejabat Perdana Menteri boleh, kita nak buat demo depan MinDef boleh,” ucapnya.

 

Selain itu, katanya, umat Islam juga boleh menghantar memorandum.

 

“Kalau kita tak nak buat demontrasi sekali pun, kita nak serah memorandum sahaja pun boleh, sebab itu merupakan uslub,” katanya.

 

Beliau menekankan bahawa umat Islam perlu memilih uslub yang terbaik dari segi politik.

 

“Yang penting kita melakukan sesuatu, jangan berdiam diri. Kalau bagi penguasa dan juga tentera kaum Muslimin, maksudnya ada konsep muhasabah. Itu cara bagi kita rakyatnya,” ujarnya.

 

Tambahnya, uslub memberikan tekanan politik juga boleh dilakukan terhadap Amerika untuk menghentikan kejahatannya.

 

“Ada pun kalau demo depan kedutaan mereka (Amerika), itu bukan muhasabah lagi. Kita tidak muhasabah orang kafir. So demonstrasi depan kedutaan mereka adalah sebagai bentuk tekanan politik,” jelasnya.

 

Beliau memberikan contoh, umat Islam boleh menuntut supaya Amerika  menghentikan bantuan ketenteraannya kepada Israel walaupun mereka tidak peduli.

 

“Yang penting kita dah melakukan sesuatu untuk menuntut mereka untuk berhenti daripada supply senjata kepada Israel. Itu penting kita buat,” tuturnya.

 

Beliau menegaskan, umat Islam boleh memilih mana-mana uslub tetapi satu-satunya thariqah  wajib dilakukan.

 

“Uslub tadi kita boleh pilih, tapi yang kita tidak boleh pilih adalah kita berusaha untuk menegakkan sebuah negara yang kita namakan sebagai negara Khilafah. Negara yang akan nanti insyaAllah menjadi negara yang akan melancarkan jihad ke atas Amerika, ke atas Israel. So ini kita lakukan,” tegasnya.

 

Beliau menyimpulkan bahawa penting bagi umat Islam untuk membezakan antara uslub dan thariqah.

 

“Sebab itu kena bezakan di antara uslub dan juga thariqah. Dalam masa yang sama kita melakukan pelbagai uslub, kita juga kena buat satu thariqah untuk melakukan perubahan secara total,” akhirinya.

 

Sumber: https://www.facebook.com/share/v/1AGS1JVxJB/

 

 

Exit mobile version