Site icon MuslimahHTM News

HUKUM BUNUH DIRI

HUKUM BUNUH DIRI

Oleh: KH. M. Shiddiq Al-Jawi

 

Soalan:

 

Mohon penjelasan hukum bunuh diri dalam Islam. Adakah orang yang bunuh diri ini akan kekal dalam neraka dan tidak dapat masuk syurga?

 

Jawapan:

 

Dalam kitab Al-Mausū’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah dijelaskan bahawa:

الِانْتِحَارُ حَرَامٌ بِالِاتِّفَاقِ، وَيُعْتَبَرُ مِنْ أَكْبَرِ الْكَبَائِرِ بَعْدَ الشِّرْكِ بِاللَّهِ

“Bunuh diri (Arab: al-intihār, qatlu al-nafsi) hukumnya haram menurut kesepakatan ulama (tidak ada perbezaan pendapat (khilāfiyah) di kalangan ulama), dan termasuk dosa besar (al-kabā`ir) setelah dosa syirik.” (Al-Mausū’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, 6/283-284; Imam Al-Dzahabī, Al-Kabā`ir, hlm.12).

 

Dalil haramnya bunuh diri adalah dari Al-Quran dan As-Sunnah. Dalil Al-Quran, adalah firman Allah SWT:

وَلَا تَقْتُلُوْٓا اَنْفُسَكُمْۗ اِنَّ اللّٰهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيْمًا

“..dan janganlah kamu membunuh dirimu. Sesungguhnya Allah Maha Penyayang kepadamu.” [TMQ Al-Nisā`(4): 29].

 

Juga firman Allah SWT:

وَلَا تَقْتُلُوا النَّفْسَ الَّتِيْ حَرَّمَ اللّٰهُ اِلَّا بِالْحَقِّۗ

“Dan janganlah kamu membunuh orang yang diharamkan Allah (membunuhnya), kecuali dengan sesuatu (alasan) yang benar.” [TMQ Al-Isrā`(17): 33].

 

Dalil As-Sunnah, antara lain hadis dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

مَن تَرَدَّى مِن جَبَلٍ فَقَتَلَ نَفْسَهُ، فَهو في نَارِ جَهَنَّمَ يَتَرَدَّى فيه خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَن تَحَسَّى سُمًّا فَقَتَلَ نَفْسَهُ، فَسُمُّهُ في يَدِهِ يَتَحَسَّاهُ في نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا، وَمَن قَتَلَ نَفْسَهُ بِحَدِيدَةٍ، فَحَدِيدَتُهُ في يَدِهِ يَجَأُ بِهَا في بَطْنِهِ في نَارِ جَهَنَّمَ خَالِدًا مُخَلَّدًا فِيهَا أَبَدًا

“Barang siapa yang bunuh diri dengan (menusuk dirinya dengan) besi, maka besi itu akan ada di tangannya, dan dia akan menghujamkan ke perutnya dalam neraka Jahannam, dia kekal dan abadi (khālidan mukhalladan) di dalamnya selama-lamanya (abadan). Barang siapa yang minum racun, hingga meninggal dunia, maka racun tersebut akan berada di tangannya, dan dia akan meminumnya di neraka Jahannam, dia kekal serta abadi di dalamnya selama-lamanya. Barang siapa menjatuhkan dirinya dari gunung, hingga membunuh jiwanya, maka dia akan jatuh ke neraka Jahannam, dia kekal serta abadi di dalamnya selama-lamanya.” (HR. Al-Bukhari, no. 5778; Muslim, no. 109).

 

Berdasarkan dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah ini, jelaslah bahawa bunuh diri haram hukumnya dalam Islam dan merupakan salah satu dosa besar (al-kabā`ir) setelah dosa syirik.

 

Adakah orang yang bunuh diri itu kekal di dalam neraka dan tidak boleh masuk syurga? Sebahagian ulama berpendapat, tidak boleh masuk syurga, kerana orang yang bunuh diri akan kekal dalam neraka Jahannam. Dalilnya, makna zhāhir dari hadis Abu Hurairah RA di atas, bahawa orang yang bunuh diri itu akan kekal dan abadi (khālidan mukhalladan) di dalam neraka Jahannam selama-lamanya (abadan). (Al-Mausū’ah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, 6/284).

 

Namun pendapat yang rājih (lebih kuat dalilnya), orang yang bunuh diri itu masih ada harapan masuk syurga, selama dia tidak menyekutukan Allah (syirik) dan tidak menghalalkan (istihlāl) perbuatan bunuh diri yang telah diharamkan oleh Allah.

 

Jadi para ulama telah mentafsirkan hadis Abu Hurairah RA tersebut tidak menurut makna zāhir-nya, berdasarkan dalil-dalil syarie berikut ini;

 

Pertama, firman Allah SWT:

اِنَّ اللّٰهَ لَا يَغْفِرُ اَنْ يُّشْرَكَ بِهٖ وَيَغْفِرُ مَا دُوْنَ ذٰلِكَ لِمَنْ يَّشَاۤءُۚ

”Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia akan mengampuni segala dosa yang selain dari (dosa syirik) itu, bagi siapa saja yang dikehendaki-Nya.” [TMQ Al-Nisā`(4): 48 dan 116].

 

Kedua, hadis sahih dari Jabir RA seperti berikut:

عَنْ جَابِرٍ أَنَّ الطُّفَيْلَ بْنَ عَمْرٍو الدَّوْسِيَّ ، أَتَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : يَا رَسُولَ اللَّهِ ، هَلْ لَكَ فِي حِصْنٍ حَصِينٍ وَمَنْعَةٍ ؟ – قَالَ : حِصْنٌ كَانَ لِدَوْسٍ فِي الْجَاهِلِيَّةِ – فَأَبَى ذَلِكَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلَّذِي ذَخَرَ اللَّهُ لِلْأَنْصَارِ ، فَلَمَّا هَاجَرَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى الْمَدِينَةِ ، هَاجَرَ إِلَيْهِ الطُّفَيْلُ بْنُ عَمْرٍو وَهَاجَرَ مَعَهُ رَجُلٌ مِنْ قَوْمِهِ ، فَاجْتَوَوُا الْمَدِينَةَ ، فَمَرِضَ ، فَجَزِعَ ، فَأَخَذَ مَشَاقِصَ لَهُ ، فَقَطَعَ بِهَا بَرَاجِمَهُ ، فَشَخَبَتْ يَدَاهُ حَتَّى مَاتَ ، فَرَآهُ الطُّفَيْلُ بْنُ عَمْرٍو فِي مَنَامِهِ ، فَرَآهُ وَهَيْئَتُهُ حَسَنَةٌ ، وَرَآهُ مُغَطِّيًا يَدَيْهِ ، فَقَالَ لَهُ : مَا صَنَعَ بِكَ رَبُّكَ ؟ فَقَالَ : غَفَرَ لِي بِهِجْرَتِي إِلَى نَبِيِّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ : مَا لِي أَرَاكَ مُغَطِّيًا يَدَيْكَ ؟ قَالَ : قِيلَ لِي : لَنْ نُصْلِحَ مِنْكَ مَا أَفْسَدْتَ ، فَقَصَّهَا الطُّفَيْلُ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : اللَّهُمَّ وَلِيَدَيْهِ فَاغْفِرْ. رواه مسلم.

Dari Jābir RA bahawa Al-Thufayl bin ‘Amr al-Dawsiy RA datang kepada Nabi SAW lalu berkata, “Wahai Rasulullah, adakah anda mahu berlindung di sebuah benteng yang kukuh dan kuat?” Lalu sambungnya, “Benteng itu dulunya milik suku Daus pada zaman jahiliah.” Namun Nabi SAW mengabaikan tawaran itu kerana kebaikan yang telah Allah sediakan bagi orang-orang Ansar. Ketika Nabi SAW berhijrah ke Madinah, Al-Thufail bin ‘Amr al-Dawsiy juga berhijrah, bersama dengan seorang lelaki dari sukunya (suku Daus). Namun mereka ternyata tidak sesuai dengan cuaca/makanan di Madinah.  Lelaki tersebut sakit dan menjadi gelisah. Dia mengambil anak panah bermata lebar miliknya, lalu dengan itu dia memotong sendiri ruas-ruas jarinya. Kedua-dua tangannya mengalirkan banyak darah kemudian dia mati. Kemudian Al-Thufail bin ‘Amr bermimpi melihat kawannya itu dalam keadaan yang baik, namun dia menutup kedua-dua tangannya. Maka Al-Thufail bin ‘Amr bertanya kepadanya, “Apa yang telah dilakukan oleh Rabbmu kepadamu?” Dia menjawab, “Dia telah mengampuniku dengan sebab hijrahku kepada Nabi-Nya. “Kemudian Al-Thufail bertanya lagi, “Kenapa aku melihat kamu menutup kedua-dua tanganmu?” Dia menjawab, “Ada yang mengatakan kepadaku, ‘Kami tidak akan pernah memperbaiki bahagian (tubuh)-mu yang sudah kamu rosakkan sendiri. “Kemudian Al-Thufail menceritakan mimpinya kepada Rasulullah SAW, maka Rasulullah SAW berdoa, “Ya Allah, ampunilah juga kedua-dua tangannya.” (HR. Muslim, Sahih Muslim, no. 116).

 

Imam Nawawi memberi syarah (penjelasan) hadis di atas sebagai berikut:

… فَفِيْهِ حُجَّةٌ لِقَاعِدةٍ عَظِيْمَةٍ لِأْهلِ السُّنَّةِ: أنَّ مَنْ قَتَل نَفْسَهُ أَوْ ارْتَكَبَ مَعْصِيَةً غَيرَهَا، وَمَاتَ مِنْ غَيْرِ تَوْبَةٍ، فَلَيْسَ بِكَافِرٍ وَلَا يُقْطَعُ لَهُ بِالنَّارِ، بَلْ هُوَ فِيْ حُكْمِ الْمَشِيْئَةِ. وَهَذَا الْحَدِيْثُ شَرْحٌ لِلْأَحادِيْثِ الَّتِيْ قَبلَهُ الْمُوْهِمِ ظَاهِرُهَا تَخْلِيْدُ قَاتِلِ النَّفْسِ وَغَيْرِهِ مِنْ أَصْحَابِ الْكَبَائِرِ فِي النَّارِ. شرح مسلم للنووي ج 2 ص 131.

“Jadi dalam hadis ini terdapat hujah untuk sebuah kaedah yang agung bagi golongan Ahlus Sunnah, bahawa barang siapa yang bunuh diri, atau melakukan suatu kemaksiatan yang lain, lalu dia mati tanpa bertaubat, maka dia tidaklah kafir, dan tidaklah dapat dipastikan dia akan masuk neraka, akan tetapi dia masuk ke dalam kategori orang yang nasibnya terserah kepada kehendak Allah. Hadis ini merupakan penjelasan bagi hadis-hadis sebelumnya yang secara zahirnya dapat menimbulkan persangkaan bahawa orang yang bunuh diri atau yang melakukan dosa-dosa besar yang lain, akan kekal dalam neraka.” (Imam Nawawi, Syarah Muslim, Juz II, hlm. 131). Wallāhu a’lam.

 

Sumber:

https://fissilmi-kaffah.com/frontend/artikel/detail_tanyajawab/694

 

#soaljawab #HukumBunuhDiri

Exit mobile version