Pemerintah Muslim yang tidak layak menjaga maruah umat Islam!
Media telah menyiarkan berita mengenai Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang menari di atas karpet merah di lapangan terbang di Malaysia ketika disambut oleh Perdana Menteri Malaysia pada Ahad, 26/10/2025. Beliau disambut oleh sejumlah rakyat Malaysia, lelaki dan wanita, yang mengibarkan bendera Amerika dan menari mengikut irama muzik tempatan bagi menyambut pembunuh dan penjenayah yang tangannya berlumuran darah umat Islam di Gaza.
Sebelum ini, Presiden Emiriah Arab Bersatu, Mohammed bin Zayed, telah melakukan hal yang sama semasa lawatan Trump ke UAE pada 15/05/2025, apabila sekumpulan gadis muda berbaris melakukan gerakan kepala (menghayunkan kepala) secara seragam mengikut rentak muzik tradisional.
Cara pemerintah ini mempamerkan perempuan Muslim di hadapan penjenayah perang tidak ada kaitan dengan Islam dan tidak mewakili umat Islam. Pendirian sebenar adalah pendirian rakyat Malaysia yang berkumpul di Dataran Merdeka (Dataran Kemerdekaan) di Kuala Lumpur pada jam 9:00 pagi, di bawah kawalan ketat, mengangkat mengangkat plakad membantah Trump dan entiti Zionis, serta melaungkan “Kebebasan… Kebebasan untuk Palestin”. Itulah sebenarnya pendirian umat terhadap penjenayah ini, bukan apa yang dilakukan oleh para pemerintah yang tidak bertanggungjawab.
Peradaban Islam yang melambangkan keseluruhan konsep kita tentang kehidupan menetapkan bahawa perempuan adalah amanah yang mesti dilindungi, bukan dipamerkan untuk menyambut para pembunuh anak-anak umat Islam. Penjenayah itu menari sambil diiringi isterinya, mewakili peradaban Barat mereka yang rosak — peradaban yang penuh dengan keburukan dan kefasikan! Jika para penguasa Muslim benar-benar memiliki sifat keberanian, mereka tidak akan menyambutnya di negara kita, apatah lagi menghulurkan tangan untuk berjabat dengan tangannya yang berlumuran darah umat Islam!
Layanan yang sewajarnya terhadap mereka yang telah melakukan kezaliman terhadap umat Islam adalah seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW dan para khalifah selepas baginda. Rasulullah SAW pernah mengutus Muhammad bin Maslamah untuk membunuh Ka‘b bin al-Ashraf kerana dia telah menghina Allah dan Rasul-Nya dengan lisannya. Ka’b adalah seorang penyair dari Yahudi Bani Nadhir. Ketika Yahudi Bani Qainuqa‘ menyerang seorang wanita Muslimah dan membunuh seorang Muslim, Rasulullah SAW memimpin tentera untuk menghukum mereka. Para khalifah selepas itu mencontohi Rasulullah SAW dalam mempertahankan maruah Islam dan umatnya, termasuk al-Mu‘tasim yang mengerahkan tentera untuk menakluki kota ‘Ammuriyyah sebagai respons kepada seruan seorang wanita Muslimah. Begitulah layanan atau cara yang betul kepada setiap pihak yang meremehkan seorang lelaki atau perempuan Muslim atau mana-mana syariat Islam. Mereka sepatutnya dihadapkan dengan tentera, bukan dengan sambutan meriah atau dengan mempertontonkan pertunjukan oleh wanita!
Wahai umat Islam: kalian tidak perlu diingatkan tentang pentingnya menjaga maruah, kerana kami yakin bahawa kalian sangat menjaganya. Kami yakin bahawa kita semua sanggup mempertaruhkan jiwa dan raga demi memelihara maruah kita. Namun musibah terbesar kita ialah para pemerintah yang tidak bertanggungjawab. Mereka telah menyerahkan negara dan sumber kita kepada penjajah kafir, berdiam diri terhadap jenayah mereka terhadap umat Islam, dan bukan itu sahaja, bahkan mereka turut menggadaikan maruah kita kepada mereka. Ya, penghinaan terhadap kalian telah sampai ke tahap ini. Sampai bila kalian akan terus membiarkannya?
Pemerintah Muslim yang tidak layak menjaga maruah umat Islam!

