Site icon MuslimahHTM News

[Siri Adab keluarga] Amal yang dicintai Allah: Berbakti kepada Ibu Bapa

[Siri Adab keluarga]
 
Hadis 1
 
Amal yang dicintai Allah: Berbakti kepada Ibu Bapa
 
Dari ‘Abdullah bin Mas’ud r.a, dia berkata:
 
“Aku pernah tanyakan kepada Rasulullah SAW, ‘Amal apakah yang paling dicintai Allah?’  Baginda menjawab, ‘Solat pada waktunya.’ ‘Lalu apa lagi?’ Tanyaku. Baginda menjawab, ‘Berbakti kepada kedua orang tua.’ Lebih lanjut, ku tanyakan, ‘Lalu apa lagi?’ Baginda menjawab, ‘Jihad di jalan Allah.’” [Muttafaq ‘alaih]
 
Penjelasan:
 
Terdapat tiga amal yang dicintai Allah iaitu solat pada waktunya, berbakti pada ibu bapa dan jihad di jalan Allah. Oleh itu, sebagai muslim kita hendaklah bersungguh-sungguh melaksanakan amal yang dicintai Allah. 
 
#KeluargaMuslimIdeal
#AdabKeluarga
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat
Exit mobile version