PENGEMBARA
Oleh: KH. Hafidz Abdurrahman
Kita hidup di dunia ini ibarat pengembara. Dunia bukan rumah kita. Rumah kita di akhirat. Entah, kelak di syurga atau neraka, akhirnya semuanya tergantung pada amalan kita. Tergantung pada investasi kita saat ini.
Apa yang dikurniakan kepada kita di dunia, pasti akan kita tinggalkan. Isteri, anak, rumah, kenderaan, bahkan jawatan. Semuanya pasti akan kita tinggalkan.
Dunia memang bukan milik kita. Apa yang ada pasti akan kita tinggalkan. Maka, ketika Allah mencintai hamba-Nya, Allah akan tanamkan cinta kepada akhirat, dan tidak ada perasaan kepada dunia. Sebaliknya, ketika Allah benci kepada hamba-Nya, maka dia akan gila pada dunia, dan melupakan akhirat.
Harta, takhta dan wanita semua dia kumpulkan seolah tidak akan pernah mati. Dia melakukan berbagai kezaliman dan penindasan untuk mempertahankan semuanya. Akhirnya, kematian menghentikan dan menyumbat mulut dan menutup matanya. Dia hanya menjadi timbunan bangkai.
Semak kata-kata Saidina Ali,
لا دار للمرء بعد الموت يسكنها
إلا التي كانت قبل الموت يبنيها
Tidak ada tempat (rumah) bagi seseorang setelah kematiannya yang kelak akan dia tempati, kecuali tempat (rumah) yang dia bangun sebelum kematiannya.
Apa yang kita bangun sebelum mati, iaitu amal soleh, itulah satu-satunya yang akan menemani kita setelah kematian kita.
اللهم اختم لنا بحسن الخاتمة
Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan pengakhiran yang baik, dalam keadaan melakukan ketaatan kepada-Mu []
#pengembara #muhasabah #amalsoleh #duniasementara #akhiratkekalabadi

