Site icon MuslimahHTM News

Dunia Perlu Khilafah

Dunia Perlu Khilafah

Oleh: Nabila Zidane

Khilafah bukan utopia, ia adalah perisai umat sebagaimana sabda Rasulullah SAW,


“Sesungguhnya Imam (khalifah) itu adalah perisai, kaum Muslim berperang di belakangnya dan kepadanya mereka berlindung.”(HR. Bukhari dan Muslim)

Di bawah naungan khilafah, tidak akan ada ruang bagi latihan khidmat tentera yang menjual nyawa rakyat untuk projek geopolitik. Tidak akan ada negara asing yang dapat mengatur arah politik Afrika atau Asia demi keuntungan segelintir elit global.

Khilafah akan melindungi Darfur, Gaza, Syria, Yaman, dan semua negeri yang kini sedang menangis di bawah bendera palsu demokrasi dan kapitalisme. Hal ini kerana hakikatnya,  Darfur bukan hanya kisah Sudan. Ia adalah potret seluruh dunia Islam yang kehilangan perisainya. Ketika sistem Islam diruntuhkan, kehormatan, nyawa, dan harta umat jadi mainan tangan penjajah moden.

Maka, jalan keluar bagi permasalahan ini bukanlah di meja perundingan PBB, bukan juga pada perundangan yang ada, bukan pada derma atau sumbangan kemanusiaan. Jalan keluarnya hanya satu, iaitu mengembalikan kepemimpinan Islam yang kaffah.

“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang sebelum mereka berkuasa…” [TMQ An-Nur (24): 55]

Darfur adalah luka umat. Tapi dari luka itu, seharusnya lahir tekad baru untuk menyatukan kekuatan umat di bawah panji tauhid. Kerana selama dunia masih tunduk pada kapitalisme, darah akan terus jadi komoditi. Dan selama umat Islam belum ada perisainya, tragedi akan terus berulang dari Gaza, Syria, hingga Darfur.

Ya Allah, jadikan kami sebahagian daripada kebangkitan itu, bangkitnya perisai umat, yang melindungi darah, kehormatan, dan masa depan Islam.

#KesatuanUmat #UmatBersatu #TegakKhilafah

Exit mobile version