Site icon MuslimahHTM News

Bagaimana mungkin hidupmu tenang sedangkan wanita-wanita merdeka berada dalam penjara orang-orang Yahudi, diseksa dan kehormatan mereka dinodai?!

[Kenyataan Media] Wahai Umat Islam: Bagaimana mungkin hidupmu tenang sedangkan wanita-wanita merdeka berada dalam penjara orang-orang Yahudi, diseksa dan kehormatan mereka dinodai?!

Pusat Hak Asasi Manusia Palestin mendedahkan, berdasarkan testimoni baharu yang dikumpulkan oleh para peguam dan penyelidik pusat tersebut daripada sejumlah tahanan yang dibebaskan dari Semenanjung Gaza (daripada penjara dan pusat tahanan entiti Yahudi) bahawa terdapat tindakan penyeksaan seksual yang sistematik dan terancang, termasuk jenayah rogol, menanggalkan pakaian, rakaman secara paksa paksa, serta serangan seksual menggunakan alat dan anjing, di samping penghinaan psikologi yang disengajakan bertujuan untuk menghancurkan maruah manusia dan menghapuskan identiti individu sepenuhnya. Pusat itu mengesahkan bahawa apa yang dinyatakan dalam testimoni ini bukanlah insiden individu terpencil, tetapi merupakan sebahagian daripada dasar sistematik yang diamalkan dalam konteks jenayah genosid yang berterusan terhadap penduduk Gaza yang berjumlah lebih dua juta orang, termasuk ribuan tahanan yang ditahan dalam penjara dan kem yang tertutup (terhindar daripada pemantauan antarabangsa), termasuklah Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah.

Laporan itu mendokumentasikan testimoni yang mengerikan berkaitan dengan kes-kes rogol yang dilakukan oleh pasukan pendudukan terhadap rakyat Palestin, termasuk wanita yang ditangkap dari pelbagai kawasan di Semenanjung Gaza sepanjang dua tahun lalu. Antara kes yang didokumentasikan ialah jenayah rogol terhadap seorang wanita berusia 42 tahun yang ditangkap semasa melalui salah satu sekatan jalan di utara Gaza pada November 2024. Dalam keterangannya kepada pasukan pusat tersebut, beliau menerangkan bahawa dirinya telah mengalami pelbagai bentuk penyeksaan dan keganasan seksual, termasuk dirogol empat kali oleh askar Yahudi, serta dihina berulang kali dengan kata-kata lucah, ditanggalkan pakaian dan dirakam dalam keadaan tidak berpakaian, dikenakan renjatan elektrik, dan dipukul di seluruh tubuhnya.

Testimoni-testimoni yang mengejutkan dan amat menyedihkan telah dikisahkan oleh para bekas tahanan, terutamanya apa yang dinukilkan oleh tahanan wanita yang muncul dalam laporan tersebut. Para lelaki dan wanita ditahan, diseksa, dan kehormatan mereka dinodai tanpa sebab lain kecuali kerana mereka berasal dari Gaza, yang sedang mengalami genosid kejam dan hukuman kolektif yang masih berlangsung sehingga kini. Testimoni-testimoni ini menggambarkan kekejaman, jenayah, kehinaan, dan kerendahan moral entiti Yahudi dan tenteranya, yang sebelum ini memasarkan diri mereka kepada dunia sebagai “tentera paling bermoral”, sedangkan para askar dan Ben Gvir bermegah dengan apa yang mereka lakukan terhadap para tahanan, serta apa yang ditanggung oleh para tahanan lelaki dan wanita di penjara Yahudi, terutamanya di kem Sde Teiman tempat penduduk Gaza ditahan.

Jenayah dan kekejaman entiti haram ini semakin melampau batas, lebih-lebih lagi dengan disaksikan oleh pengkhianatan, sikap berdiam diri, serta keterlibatan para penguasa umat Islam terhadap penduduk bumi yang diberkati (Palestin) dan khususnya penduduk Gaza. Para penguasa pengkhianat ini, bersama sistem antarabangsa yang bersikap munafik dan bersubahat dalam jenayah yang dipimpin Amerika, telah berusaha besar-besaran untuk membebaskan tahanan Yahudi yang ditawan di Gaza, malah tergesa-gesa mencari mayat yang terbunuh dalam kalangan mereka dan mengeluarkan mayat tersebut dari bawah runtuhan, tanpa mengedipkan mata atau mengucapkan sepatah kata pun (apalagi untuk turut bergerak membantu para tahanan lelaki dan wanita di penjara Yahudi) dan tanpa peduli untuk mengeluarkan ribuan syuhada yang masih berada di bawah runtuhan.

Entiti jenayah ini berani melakukan jenayahnya dan menodai kehormatan wanita-wanita merdeka apabila ia melihat umat dan tenteranya berdiam diri terhadap apa yang dilakukannya kepada saudara-saudara mereka di Al-Quds, Tebing Barat, dan Gaza, meninggalkan mereka dan menjadikan mereka rentan sebagai mangsa; dan apabila melihat mereka membisu terhadap para penguasa pengkhianat yang memberikan entiti jenayah ini sumber kehidupan, melindunginya, menutup sempadan, dan menghalang umat daripada membantu saudaranya.

Wahai Umat Islam: Satu ayat daripada seorang wanita tua yang berdukacita atas penawanan anaknya, “Wahai Mansur, semua orang bergembira kecuali aku”, telah menyebabkan Al-Hajib Al-Mansur berpatah balik bersama tenteranya dan menyeru agar tiada seorang pun turun dari kudanya, lalu beliau berarak bersama mereka untuk membebaskan anaknya dan para tawanan lain dari kubu tempat mereka ditahan.

Demikian juga kisah perlindungan terhadap wanita Muslim serta pemeliharaan kehormatan mereka telah membuatkan Qutaybah ibn Muslim menolak wang tebusan, memerintahkan hukuman bunuh bagi sesiapa yang menyerang umat Islam, sambil berkata dengan ungkapannya yang tersohor, “Demi Allah, seorang wanita Muslim tidak akan pernah takut kerana kamu.”

Dan jeritan “Wa Mu‘tasimah!” oleh seorang wanita Muslim sudah cukup bagi Al-Mu‘tasim untuk mengerahkan bala tentera yang besar demi membebaskannya.

Dan jeritan wanita-wanita merdeka jugalah yang membuatkan Muhammad ibn Al-Qasim menggoncang takhta raja Sind apabila beliau mendengar bahawa kapal yang terdapat wanita Muslim ditahan lalu mereka dijadikan tawanan.

Malah sebelum semua itu, tindakan menyingkap aurat seorang wanita Muslim telah menyebabkan Rasulullah SAW mengusir Bani Qaynuqa‘ dari Madinah.

Apakah umat ini dan tenteranya telah kehilangan lelaki-lelaki yang gagah perkasa, pembela agama dan pelindung wanita merdeka mereka?! Apa yang berlaku kepada kalian, wahai Muslimin, apakah yang sedang menimpa kalian? Adakah kalian dijangkiti kelemahan dan lebih cenderung kepada kehidupan dunia?! Adakah rasa cemburu melindungi agama Allah dan kesuciannya telah hilang dari hati dan fikiran kalian?! Dan kemudian, wahai para tentera, bagaimana mungkin hidup kalian tenang sedangkan beginilah keadaan para wanita merdeka kalian?! Tidakkah kalian memikirkan hari di mana kalian akan berdiri di hadapan Allah, dan Dia menuntut balasan atas ketidakpatuhan kalian terhadap perintah-Nya dan kerana meninggalkan hamba-hamba-Nya?!

Bahagian Muslimah
di Pejabat Media Pusat Hizb ut Tahrir

#Palestin #Gaza
#AynalMuslimun #SpeakUpforPalestine
#ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza
#PalestineNeedsJihad #WeNeedKhilafah

Exit mobile version