[Siri Adab Keluarga]
Kehinaan Anak yang Melalaikan Ibu Bapa
Daripada Abu Hurairah RA, dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Sungguh terhina, sungguh terhina, sungguh terhina.’ Para sahabat lalu bertanya, ‘Siapa wahai Rasulullah’ Baginda lalu bersabda, ‘Siapa sahaja yang mendapati kedua orang tuanya atau salah satu darinya masih hidup di usia tua, tetapi malah dia masuk neraka.’” (HR. Muslim)
Penjelasan:
Dari hadis ini kita mengetahui betapa seriusnya kedudukan ibu bapa dalam kehidupan seorang anak sehingga Rasulullah SAW sendiri menyatakan kehinaan bagi sesiapa yang mensia-siakan mereka. Ungkapan “sungguh terhina/ رَغِمَ أَنْفُهُ” memberi isyarat doa keburukan, yakni satu amaran keras bahawa derhaka kepada ibu bapa bukan perkara kecil.
Berbakti kepada ibu bapa bukan sekadar memenuhi permintaan mereka yang bersifat material. Ia merangkumi akhlak yang baik, tutur kata yang lembut, menghormati rakan-rakan mereka, mendoakan kesejahteraan mereka, dan mendahulukan hak mereka selama ia tidak bertentangan dengan ketaatan kepada Allah. Kebaikan yang ditunjukkan ini adalah kewajipan yang perlu dijaga sepanjang hayat, sama ada ketika mereka masih kuat atau sudah pun berada di usia senja.
Namun hadis ini memberi penekanan khusus terhadap layanan ketika mereka telah tua. Ini kerana fasa itu sering menguji kesabaran dan kemampuan anak. Justeru, berbakti ketika itu lebih besar nilai dan ganjarannya.
Sesiapa yang memilih untuk melalaikan atau mengabaikan ibu bapanya akan menjauh dari rahmat Allah dan layak menerima azab-Nya. Tetapi sesiapa yang berusaha menjaga, menghormati, dan melayani mereka dengan ihsan, dan penuh sabar, maka dia sedang menempuh salah satu jalan paling kuat menuju syurga.
Wallahu’alam.
#KeluargaMuslimIdeal
#AdabKeluarga
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat
[Siri Adab Keluarga] Kehinaan Anak yang Melalaikan Ibu Bapa

