[Siri Adab Keluarga]
Larangan Mencerca Ibu Bapa
Daripada Abdullah bin Amr, dia berkata, “Rasulullah SAW bersabda, ‘Salah satu dosa besar adalah jika seseorang mencerca kedua orang tuanya.’ Para sahabat bertanya, ‘Bagaimana dia boleh mencercanya?’ Baginda menjawab, ‘Dia mencerca seseorang lalu orang itu mencerca ayah dan ibunya.’” (HR. Bukhari, Muslim dan Ahmad)
Penjelasan:
Hadis ini memberi peringatan bahawa haram hukumnya mencerca kedua orang tua. Salah satu bentuk kederhakaan kepada orang tua apabila menyebabkan mereka menjadi objek cemuhan dan hinaan orang lain. Sebarang perbuatan mahupun perkataan yang boleh mencetuskan celaan kepada mereka perlu dihindari agar maruah dan kehormatannya terjaga. Kerana itu, Islam sangat menekankan adab dalam pergaulan dan sentiasa memelihara lisan ketika berbicara.
#KeluargaMuslimIdeal
#AdabKeluarga
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat
[Siri Adab Keluarga] Larangan Mencerca Ibu Bapa

