Apabila Barat Gentar untuk Menginjak Umat
Pada Oktober 2025, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengeluarkan satu proklamasi yang mengembalikan Hari Columbus sebagai cuti kebangsaan bagi mengiktiraf legasi Christopher Columbus. Dalam proklamasi tersebut, Trump memuji Columbus sebagai seorang “tokoh besar tamadun Barat” dan menyatakan bahawa pelayarannya membantu meletakkan asas kepada kemunculan Amerika Syarikat sebagai sebuah negara yang kuat dan merdeka.
Naratif arus perdana ialah bahawa Columbus dengan berani cuba belayar ke arah barat merentasi Lautan Atlantik pada tahun 1492 untuk mencari laluan perdagangan yang lebih cepat ke Asia bagi mendapatkan sutera, rempah-ratus dan barangan mewah. Matlamatnya adalah untuk mendapatkan wilayah baru dan mengembangkan kuasa serta pengaruh Sepanyol. Mitos-mitos lapuk mengenai motif Columbus—seperti kononnya beliau mahu membuktikan bumi itu bulat dan bukannya rata—masih disebarkan hingga hari ini.
Versi sejarah ini hanya berusaha mempromosikan imej Amerika Syarikat sebagai “tanah peluang,” (land of opportunity) sambil meremehkan kematian dan penyakit yang menimpa penduduk asal. Secara lebih luas lagi, ia menyembunyikan peranan Khilafah Islam yang berkuasa pada zaman Uthmaniyyah, yang menguasai rantau Columbus pada masa itu.
Kajian lebih mendalam terhadap sejarah kita menunjukkan bagaimana dominasi Islam sebagai kuasa global utama telah menyebabkan Eropah berabad-abad lamanya merasa takut dan membenci Khilafah. Hakikat inilah yang sebenarnya mendorong perjalanan Columbus yang tidak sengaja menemui benua Amerika—iaitu untuk belayar ke barat demi mengelakkan kekuatan umat Islam secara langsung dan untuk mencari sekutu bagi menentang Islam dan umat Islam. Ini membantu kita melihat bagaimana umat pernah digeruni oleh negara-negara Barat.
Perang Eropah yang Berlangsung Lama dengan Islam
Columbus baru berusia dua tahun ketika Sultan Muhammad al-Fatih (RA) menakluk Constantinople pada tahun 1453, menamatkan lebih 1,000 tahun pemerintahan Byzantine. Menjelang tahun 1480-an, pasukan Muslim telah mara hingga ke selatan Itali dan bergerak ke barat melalui Balkan menuju ke Venice, menghnatar gelombang ketakutan yang besar di seluruh Eropah. Kawalan Uthmaniyyah ke atas laluan air utama dan laluan perdagangan Timur—ditambah dengan kekuatan darat dan lautnya yang kuat—menyebabkan pemerintah, pedagang dan penjelajah Eropah mahu mengelakkan sebarang konfrontasi langsung dengan umat Islam.
Dalam konteks ini, Columbus secara agresif berusaha mendapatkan sokongan kewangan daripada Raja Ferdinand dan Ratu Isabella dari Sepanyol, dengan niat kolektif untuk melawan umat Islam secara dalaman di Semenanjung Iberia dan mengusir kaum Muslim dari Granada, yang sering dipanggil Reconquista (penaklukan semula Iberia daripada kaum Muslim). Selain itu, cita-cita untuk menawan kembali Baitulmaqdis daripada Mamluk juga sentiasa wujud.
Seperti yang ditulis oleh sejarawan Yale, Alan Mikhail dalam bukunya God’s Shadow:
“Dia (Columbus) akan belayar ke barat menuju ke istana Grand Khan of The East, meyakinkannya untuk bergabung dengan Eropah Kristian menentang Uthmaniyyah, dan bersama-sama mereka akan menawan semula Baitulmaqdis dalam satu pertempuran epik yang akan menghancurkan Islam selama-lamanya.”
Jelas daripada peristiwa ini bahawa kekuatan Khilafahlah yang telah membentuk perkembangan global—sehingga memaksa pengembara seperti Columbus mencari laluan dan pakatan baru untuk memperkukuhkan Eropah yang lemah dan berpecah-belah.
Keadaan Umat Hari Ini
Hakikatnya, Khilafah pernah menjadi negara paling berkuasa yang pernah disaksikan dunia. Sejak zaman Nabi (SAW) mendirikan negara di Madinah, sehingga kejatuhannya 1,400 tahun kemudian, Islam sentiasa dilaksanakan sebagai sistem hidup yang lengkap dan cara hidup yang bertambah kuat kuasa dan kekuatannya melalui dakwah, pembukaan wilayah dan jihad. Tidak seperti hari ini, kekuatan Khilafah membentuk detik-detik monumental dalam sejarah, termasuklah perjalanan Columbus ke barat ke benua Amerika yang akhirnya menjadi asas Amerika Syarikat moden. Namun hari ini, tanah umat Islam digunakan sebagai pangkalan kuasa asing, sumber kita dicuri oleh elit kapitalis, dan pemerintah hanya menurut kehendak perintah penjajah.
Kita menyaksikan bagaimana pemerintah pengkhianat yang meninggalkan Gaza, dan baru-baru ini telah menyalurkan trilion dolar kekayaan umat kepada Amerika Syarikat dan kuasa kolonial lain. Qatar dan UAE komited melabur trilion dolar di Amerika Syarikat, manakala pada Selasa, 18 November, pemerintah Saudi Mohammed bin Salman memberitahu Trump bahawa beliau meningkatkan pelaburan daripada USD 600 bilion kepada USD 1 trilion!
Tidak seperti masa kegemilangan kita yang lalu, tanah-tanah kita kini diperintah oleh boneka yang telah menjual agama mereka demi dunia untuk tuan-tuan kolonial mereka. Kita mendapati bahawa lebih 90 tahun telah berlalu sejak kehancuran Khilafah, yang pernah digeruni oleh Barat dan tidak berani ditentang secara langsung oleh Barat. Hari ini, umat terpecah kepada lebih 50 negara.
Kita menyaksikan bahawa terdapat penjajahan dan jenayah yang dilakukan oleh entiti Zionis, Amerika Syarikat, China, India, Rusia, dan Myanmar terhadap populasi umat Islam.
Betapa jauhnya kita jatuh—daripada mengatur urusan dunia kepada berada di titik paling bawah sejarah? Apakah punca kemerosotan yang begitu dahsyat ini?
Kehilangan Perisai Kita
Sebagai Muslim, kita telah melihat begitu banyak tragedi sejak kejatuhan Khilafah. Kita melihat musuh Islam menumpahkan darah saudara-saudara kita di seluruh dunia—dari pergunungan Filipina, ke lembah Kashmir, hingga ke hutan-hutan Crimea. Kita melihat salah satu tempat paling suci, Al-Quds, yang berada di bawah pendudukan entiti haram Zionis, dan tangisan penduduknya yang dibantai saban hari.
Kita melihat bagaimana “dunia bebas” memaksakan model ekonominya yang merosakkan dan sistem sosialnya yang kosong ke atas tanah kita, merompak sumber kita dan melemahkan institusi sosial kita, sedangkan dahulu Khilafah yang menentukan semua syarat bagi pihak lain.
Apa yang lebih buruk ialah tidak seperti pemimpin umat pada pada masa lalu, kita mendapati yang terburuk di kalangan kita adalah golongan elit pemerintah di negeri-negeri umat Islam – lelaki yang tidak mempunyai keberanian dan tulang belakang serta prinsip moral untuk menentang musuh umat ini—yang lebih bersedia membantu musuh dalam kempen perompakan dan pemusnahan tanah-tanah kita, serta mudah disogok dengan kuasa dan kekayaan sambil mengkhianati amanah yang dipikul oleh umat kepada Allah (SWT) dan Rasul-Nya (SAW).
Di Tengah-tengah segala kekacauan ini, umat Islam sedang mencari penyelesaian. Janganlah kita lupa bahawa Khilafah pernah menjadi negara yang sangat hebat, terbentang dari hujung dunia ke hujung dunia, dan menimbulkan ketakutan dalam hati musuhnya. Jangan lupa bahawa Allah (SWT) memuliakan kita dengan mesej al-Quran. Rasulullah (SAW) bersabda:
“Sesungguhnya imam (pemimpin) itu adalah perisai. Umat berperang di belakangnya dan berlindung dengannya.” (HR. Bukhari&Muslim)
Cabaran bagi umat bukanlah mencipta kaedah kebangkitan baharu atau mengulangi zaman Umawiyyah, Abbasiyyah atau Uthmaniyyah. Sebaliknya, cabarannya adalah untuk mengangkat kembali perisai kita dengan mengikuti petunjuk Nabi (SAW) tentang bagaimana untuk menegakkan Khilafah Rashidah dan mengembalikan kehidupan Islam secara menyeluruh di tanah-tanah Muslim.
Marilah kita berusaha bersama untuk menunaikan bisyarah Rasulullah (SAW) dan menegakkan kembali Khilafah yang dijanjikan, sebagaimana sabda Baginda:
“Kemudian akan ada Khilafah atas manhaj kenabian, kemudian Baginda pun diam.”
(HR Ahmad)
Sumber: HT Canada
(Terjemahan)

