[Siri Adab Keluarga]
Tangisan Ibu Bapa Membawa Kederhakaan
Dari Thaisalah, bahawa dia mendengar Ibnu Umar berkata, “Tangis kedua orang tua termasuk kederhakaan dan dosa besar.” (HR. Thabari)
Penjelasan:
Hadis ini menegaskan bahawa membuatkan kedua ibu bapa menangis termasuk dalam bentuk kederhakaan, dan kederhakaan itu sendiri tergolong dalam dosa besar. Tangisan ibu bapa yang lahir daripada rasa terluka, kecewa atau sedih kerana perbuatan anak, maka perbuatan yang mencetuskan kesedihan sedemikian menjadi tanda bahawa anak telah melampaui batas terhadap mereka.
#KeluargaMuslimIdeal
#AdabKeluarga
#KeluargaTarbiyah
#DakwahBermulaDiRumah
#RumahTaatUmatKuat
[Siri Adab Keluarga] Tangisan Ibu Bapa Membawa Kederhakaan

