Site icon MuslimahHTM News

Berbakti kepada Kedua Ibu Bapa Meskipun Mereka Telah Tiada

[Siri Adab Keluarga]

Berbakti kepada Kedua Ibu Bapa Meskipun Mereka Telah Tiada

Dari Abu Hurairah, bahawasanya Rasulullah SAW telah bersabda, “Apabila seorang hamba telah meninggal dunia maka terputuslah amal perbuatannya kecuali tiga perkara, iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak soleh yang mendoakan orang tuanya.” (HR Muslim)

Penjelasan:

Apabila seseorang meninggal dunia, semua amal yang biasa dia lakukan terhenti, kecuali tiga perkara yang terus mengalir pahalanya, iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat, dan doa anak yang soleh.

Para ulama menjelaskan bahawa disebutnya “anak yang soleh mendoakan orang tuanya” menunjukkan betapa besarnya kaitan antara didikan ibu bapa ketika hidup dengan pahala yang tetap mengalir kepada mereka selepas meninggal dunia. Anak yang soleh tidak lahir secara kebetulan; ia adalah hasil usaha ibu bapa mendidik, membimbing, dan memberi contoh yang baik.

Daripada hadis ini juga kitab oleh memahami bahawa seseorang boleh terus berkhidmat dan berbuat baik kepada ibu bapanya selepas mereka meninggal dunia melalui amal soleh seperti berdoa, bersedekah atas nama mereka, menunaikan amanah mereka, menyambung silaturahim yang mereka pernah jalinkan, dan memohon keampunan untuk mereka. Semua bentuk amal ini termasuk dalam konsep “birr al-walidain” selepas kematian.

Oleh itu, sangat penting bagi ibu bapa berusaha mendidik anak-anak mereka sebagai anak yang soleh kerana anak-anak adalah pelaburan pahala yang tidak terputus. Manakala anak pula bertanggungjawab meneruskan kebaikan itu dengan mendoakan mereka selepas mereka kembali kepada Allah.

Exit mobile version