Site icon MuslimahHTM News

Kewajipan Negara Melindungi Rakyat Daripada Bencana

Kewajipan Negara Melindungi Rakyat Daripada Bencana

Bencana banjir di Sumatera sudah berlangsung lebih daripada dua minggu sejak akhir November lalu. Kerajaan Indonesia menyatakan bahawa bencana tersebut sudah berjaya ditangani sendiri. “Bencana ini sekali lagi adalah musibah, tetapi sekaligus menguji kita. Alhamdulillah, kita kuat. Kita mengatasi masalah dengan kekuatan kita sendiri,” kata Presiden Prabowo dalam Perayaan HUT Puncak Golkar ke-61.

Akan tetapi, fakta di lapangan menunjukkan hal yang sebaliknya. Beberapa laporan di lapangan menunjukkan bahawa masih banyak daerah yang belum sampai bantuan dari pihak penguasa Indonesia. Hambatan akses, kurangnya koordinasi antara wakil kerajaan, serta keterbatasan infrastruktur telah menyebabkan proses penyaluran bantuan tidak meluas. Akibatnya, banyak warga di wilayah terpencil terpaksa bertahan tanpa keperluan logistik yang memadai, sementara keadaan darurat terus berlangsung.

Sebahagian mangsa bencana terpaksa berjalan kaki selama berhari-hari hanya untuk mendapatkan sedikit makanan. Mereka menempuh kawasan yang terjejas akibat bencana. Mereka melewati reruntuhan bangunan, tanah runtuh dan jalan yang terputus. Keadaan ini menunjukkan betapa kritikal dan urgensi keperluan makanan di lokasi yang terjejas dan betapa tidak meluasnya pengagihan keperluan logistik yang sepatutnya sampai dengan segera kepada semua mangsa bencana. Gabenor Aceh bahkan menegaskan bahawa sebahagian rakyatnya meninggal bukan disebabkan kesan langsung bencana, melainkan kerana kelaparan yang tak tertanggung di daerah bencana.

Prinsip Dasar Kepemimpinan Negara

Persoalan mendasar bagi isu ketidakcekapan penanganan bencana dan lemahnya keberpihakan pada rakyat sesungguhnya berakar pada cara pandang bernegara dan paradigma kepemimpinan. Banyak pegawai melihat kekuasaan bukan sebagai amanah untuk melindungi dan mensejahterakan rakyat. Mereka memandang kekuasaan sebagai posisi strategik yang dapat dimanfaatkan untuk memperluas networking, pengaruh serta keuntungan politik. Ketika pola fikir ini mengakar, negara kehilangan orientasi moralnya dan gagal menjalankan fungsi utamanya sebagai pelindung warganya.

Dalam praktiknya, sistem demokrasi sering terkait oleh kepentingan para pemilik modal. Akibatnya, penguasa sering mendahulukan kepentingan para pemilik modal yang telah menjadi investor politik mereka berbanding kepentingan rakyat. Para pemilik modal ini memberikan sokongan kewangan dan sudah tentu bukan secara percuma. Semua itu adalah investasi yang perlu kembali dalam bentuk kemudahan izin, dilindungi undang-undang atau perlindungan atas operasi perniagaan mereka. Akibatnya, hubungan kuasa turut berubah: yang diutamakan bukan lagi rakyat, sebaliknya para penyumbang dana politik yang mengharapkan balasan. Itulah sebab kenapa pembalakan hutan ratusan ribu bahkan jutaan hektar oleh para pengusaha justeru dibenarkan oleh negara. Negara tidak peduli pun jika perkara itu merugikan kebanyakan rakyat. Bencana banjir akibat penggondolan hutan hanyalah salah satu daripadanya.

Wajar jika hingga hari ini belum ada satu pun pemilik perusahaan yang dijangka menjadi penyebab bencana ditetapkan sebagai pihak yang bakal tertuduh. Penegakan undang-undang berjalan lambat, penuh tarik tali, dan cenderung menghindari watak-watak utama yang ada hubungan kuat dengan para elit kekuasaan. Kebaculan pihak penguasa untuk menyentuh para pemilik modal menunjukkan betapa korupnya perundangan dalam negara Indonesia. Betapa kuatnya pengaruh oligarki dalam menentukan arah kebijakan mahupun proses penegakan keadilan.

Di sisi lain, anggaran tindak balas terhadap bencana dalam RAPBN 2026 menunjukkan lemahnya keutamaan (priority) negara dalam melindungi rakyat dari ancaman ekologi yang semakin sering terjadi. Bajet yang diperuntukkan untuk agensi bantuan bencana kerajaan hanya Rp 4.6 trilion. Jumlah ini sangat kecil jika dibandingkan dengan skala ancaman bencana di Indonesia yang termasuk negara paling terdedah dengan bencana di dunia. Bajet yang kecil ini berpotensi memperlambat mitigasi, memperburuk kesan darurat, serta menghambat pemulihan jangka panjang bagi masyarakat yang terkesan dengan bencana.

Belajar dari Sistem Kepemimpinan Islam

Dalam sistem kepemimpinan Islam, yakni Khilafah, seorang khalifah wajib mengurus dan menangani mangsa bencana dengan standard syariah yang jelas dan terukur. Pengelolaan negara bukan sekadar birokrasi administrasi, tetapi merupakan amanah syarie. Hal ini menuntut pemimpin yang bertakwa serta kebijakan yang berpihak pada keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

Oleh kerana itu penanganan bencana tidak diserahkan pada mekanisme pasaran atau bergantung pada kepentingan politik, melainkan berlandaskan pada ketentuan syariah yang mengikat.

Dalam sistem Khilafah, peruntukan bajet dalam Baitul Mal disusun sesuai dengan ketentuan syariah. Pos-pos anggaran seperti fai’, kharaj, jizyah dan hasil kepemilikan umum diarahkan untuk memastikan pemenuhan keperluan mendesak rakyat, termasuk penanganan mangsa bencana.

Dengan struktur anggaran yang bersifat amanah dan tidak dipengaruhi oleh kepentingan oligarki, negara dapat mengerahkan seluruh potensi kewangannya secara cepat dan tepat, tanpa hambatan politik atau korupsi. Negara juga akan menyerukan warganya untuk saling tolong-menolong sebagaimana diperintahkan dalam Islam. Mobilisasi masyarakat dilakukan secara terorganisasi, bukan sekadar imbauan tanpa arah.

Negara menggerakkan potensi sosial, persatuan kemasyarakatan dan komuniti agar bahu-membahu membantu mangsa bencana. Semangat ukhuwah ini memperkuat solidariti sosial sehingga setiap individu merasa bertanggung jawab melindungi dan menyelamatkan saudaranya yang tertimpa musibah. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:

المُؤْمِنُ لِلْمُؤْمِنِ كَالْبُنْيَانِ يَشُدُّ بَعْضُهُ بَعْضًا
“Seorang Mukmin bagi Mukmin lainnya adalah seperti satu bangunan yang bahagian-bahagiannya saling menguatkan satu sama lain.” (HR al-Bukhari dan Muslim).

Jika dana di Baitul Mal tidak mencukupi, negara akan memungut dharîbah secara syarie, iaitu pungutan sementara kepada kaum Muslim yang kaya untuk menampung keperluan mendesak penanganan bencana.
Pada saat yang sama, negara memastikan bahawa seluruh keperluan dasar rakyat terpenuhi; mulai dari makanan, tempat tinggal hingga pemulihan fasiliti umum seperti jalan, jambatan, elektrik dan air bersih. Dengan mekanisme ini, Khilafah mampu memberikan respon cepat, berstruktur dan adil. Dengan itu masyarakat dapat segera bangkit kembali pasca bencana.

Cara pandang yang dibentuk oleh Islam dalam bernegara adalah ri’âyah syu’ûn al-ummah, iaitu mengurus dan mengatur urusan rakyat dengan penuh amanah. Negara dalam pandangan Islam bukanlah alat kekuasaan, melainkan institusi yang diwajibkan syariah untuk menjaga kemaslahatan manusia.
Allah SWT menegaskan kewajipan pemimpin untuk menegakkan keadilan dan amanah:

إِنَّ ٱللَّهَ يَأۡمُرُكُمۡ أَن تُؤَدُّواْ ٱلۡأَمَٰنَٰتِ إِلَىٰٓ أَهۡلِهَا وَإِذَا حَكَمۡتُم بَيۡنَ ٱلنَّاسِ أَن تَحۡكُمُواْ بِٱلۡعَدۡلِۚ إِنَّ ٱللَّهَ نِعِمَّا يَعِظُكُم بِهِۦٓۗ إِنَّ ٱللَّهَ كَانَ سَمِيعَۢا بَصِيرا
“Sesungguhnya Allah menyuruh kamu agar menyerahkan amanah kepada yang berhak menerima amanah itu. Jika kamu menetapkan hukum di antara manusia hendaknya kamu menetapkan hukum itu dengan adil.”  (TMQ an-Nisa’ [4]: 58).

Kepemimpinan dalam Islam difahami sebagai tanggung jawab berat, bukan privilege politik.

Rasulullah ﷺ bersabda:
الإِمَامُ رَاعٍ وَهُوَ مَسْؤُولٌ عَنْ رَعِيَّتِهِ
“Imam (ketua negara/khalifah) adalah pengurus rakyat dan dia akan dimintai pertanggungjawaban atas rakyatnya.” (HR al-Bukhari dan Muslim).

Hadis ini menegaskan konsep ri’âyah, yakni pemimpin mesti berada di garda depan dalam melayani dan melindungi rakyat serta menghadirkan keamanan dan menjamin pemenuhan keperluan mereka. Dengan demikian arah kepemimpinan ditentukan oleh tuntunan syariah, bukan oleh kepentingan kelompok atau kekuatan oligarki. Hanya syariah Islamlah yang menetapkan mekanisme yang adil dalam mengatur kehidupan, termasuk dalam menghadapi bencana. Allah SWT berfirman:

أَفَحُكۡمَ ٱلۡجَٰهِلِيَّةِ يَبۡغُونَۚ وَمَنۡ أَحۡسَنُ مِنَ ٱللَّهِ حُكۡمًا لِّقَوۡمٍ يُوقِنُونَ
“Apakah hukum jahiliah yang mereka kehendaki? Sistem hukum siapakah yang lebih baik daripada hukum Allah bagi kaum yang yakin?” (TMQ al-Maidah [5]: 50).

Ayat ini menunjukkan bahawa undang-undang di luar syariah hanya menghasilkan ketidakadilan, termasuk dalam tata kelola negara, pengagihan bantuan dan perlindungan rakyat. Hanya syariah Islam yang dapat memastikan negara menjalankan fungsinya sebagai pelindung bagi manusia pada saat aman mahupun krisis.

Oleh kerana itu umat memerlukan sistem kepemimpinan yang menerapkan syariah Islam secara menyeluruh dan konsisten. Inilah yang pernah diterapkan selama berabad-abad sepanjang sejarah Kekhilafahan Islam dulu. Khilafah Islam bukan sekadar struktur politik, tetapi wujud konkrit dari kewajipan menegakkan hukum Allah SWT secara kâffah dalam mengatur urusan manusia.

Dalam konteks bencana, Khilafah akan menggerakkan seluruh potensi negara, baik bajet, kakitangan, logistik dan solidariti masyarakat. Semua itu demi menjaga nyawa dan kehormatan rakyat. Nabi ﷺ bersabda:

الْمُسْلِمُ أَخُو الْمُسْلِمِ، لَا يَظْلِمُهُ وَلَا يَخْذُلُهُ
“Kaum Muslim itu bersaudara. Dia tidak menzalimi saudaranya dan tidak membiarkan saudaranya itu (dalam kesusahan).” (HR al-Bukhari).

Hadis ini menegaskan bahawa negara dalam Islam hendaklah menjadi pelindung utama rakyat. Dengan itu mereka merasa aman dan terlindungi dalam keadaan apa pun, baik pada masa normal mahupun ketika ditimpa bencana. Inilah yang sesungguhnya sangat diperlukan oleh rakyat seperti di Indonesia. Bukan sistem kepemimpinan khas demokrasi-kapitalis-sekular yang pragmatik dan transaksional yang terbukti telah menyengsarakan rakyat.

WalLâhu a’lam bi ash- shawâb. []

—*—
Hikmah:

Rasulullah SAW bersabda:
خِيَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُحِبُّونَهُمْ وَيُحِبُّونَكُمْ، وَتَدْعُونَ لَهُمْ وَيَدْعُونَ لَكُمْ، وَشِرَارُ أَئِمَّتِكُمُ الَّذِينَ تُبْغِضُونَهُمْ وَيُبْغِضُونَكُمْ، وَتَلْعَنُونَهُمْ وَيَلْعَنُونَكُمْ
“Pemimpin terbaik kamu adalah yang kamu cintai dan mereka pun mencintai kamu; juga yang kamu doakan dan mereka pun mendoakan kamu. Pemimpin terburuk kamu adalah yang kamu benci dan mereka pun membenci kamu; juga yang kamu laknat dan mereka pun melaknat kamu.” (HR Muslim). []
—*—

Sumber: Buletin Dakwah Kaffah Edisi 423

#Banjir #Bencana #Indonesia

Exit mobile version