Site icon MuslimahHTM News

Selamat Datang Rajab – Bulan Ujian, Ketabahan dan Kemenangan

Selamat Datang Rajab – Bulan Ujian, Ketabahan dan Kemenangan


Rajab ialah bulan yang sarat dengan makna mendalam bagi Ummah. Ia mengingatkan kita bahawa kesusahan dan kemuliaan sering berjalan seiring. Dalam bulan Rajab, Ummah pernah mengalami kehilangan yang besar dengan runtuhnya kekuasaan Isla. Namun pada masa yang sama, bulan ini turut mencatat antara detik-detik teragung kekuatan, keberanian dan kebangkitan.


Pada bulan Rajab, umat Islam berdepan dengan cabaran yang sangat getir di Mu’tah, tetap teguh berdiri menentang kekuatan Rom, membuktikan bahawa iman dan keazaman lebih berharga daripada jumlah bilangan.


Dalam Rajab juga, Al-Quds dibebaskan oleh Salahuddin, mengembalikan Al-Masjid Al-Aqsa selepas bertahun-tahun berada di bawah penjajahan.


Pada bulan yang sama, tentera Mongol, yang suatu ketika dianggap tidak terkalahkan, tewas dengan kekalahan besar di Ain Jalut, sekaligus menghentikan kemusnahan mereka ke atas bumi Islam.


Rajab juga menyaksikan tindakan tegas Al-Mu‘tasim, yang menggerakkan bala tentera demi mempertahankan maruah seorang wanita Muslim, memperlihatkan bahawa Ummah tidak pernah meninggalkan golongan yang ditindas.


Kemenangan-kemenangan ini bukanlah mudah. Ia lahir selepas ujian, pengorbanan, perpaduan, dan kepimpinan yang ikhlas berteraskan Islam.


Rajab mengajar kita bahawa kemerosotan bukanlah sesuatu yang kekal, dan apabila Ummah kembali kepada tujuan asalnya, Allah akan membuka pintu-pintu kemenangan.


Menyambut kedatangan Rajab, kita wajar melakukannya dengan renungan dan harapan, atas kesedaran terhadap ujian yang menimpa umat hari ini, namun yakin bahawa kemuliaan akan kembali apabila ummah berpegang teguh kepada Deen, misi, dan kesatuannya.


Semoga Rajab membangkitkan hati kita, mempertajamkan pandangan kita, dan mengingatkan bahawa masa depan masih milik Ummah ini.

Exit mobile version