Site icon MuslimahHTM News

Pengkhianatan Yahudi Memerlukan Tindakan Nyata Umat dan Pemerintah Muslim Dunia

Pengkhianatan Yahudi Memerlukan Tindakan Nyata Umat dan Pemerintah Muslim Dunia

 

Seramai dua orang kanak-kanak lelaki Palestin terkorban dalam serangan dron Zionis Yahudi di wilayah selatan Semenanjung Gaza pada Sabtu (29-11-2025). Keluarga mangsa memaklumkan bahawa kedua-dua kanak-kanak tersebut ketika itu sedang mencari kayu api bagi keperluan rumah tangga. Pihak tentera Zionis mendakwa serangan tersebut disasarkan kepada kedua-dua kanak-kanak berkenaan kerana dianggap menimbulkan ancaman secara langsung.

 

Dana Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya 67 orang kanak-kanak Palestin telah dibunuh oleh Zionis di Semenanjung Gaza sejak perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada bulan lalu, dimana Amerika Syarikat sebagai orang tengah yang mengaturnya. Jumlah mangsa kanak-kanak ini berlaku di tengah-tengah gelombang serangan Zionis yang berterusan di Semenanjung Gaza, Palestin. Kanak-kanak Palestin telah menanggung beban paling berat akibat serangan Israel di Gaza.

 

UNICEF menganggarkan pada bulan lalu bahawa seramai 64,000 orang kanak-kanak telah terkorban dan cedera dalam serangan Zionis sejak perang bermula pada Oktober 2023. Pertubuhan Save the Children melaporkan bahawa pada tahun 2024, setiap bulan terdapat purata 475 orang kanak-kanak Palestin yang “mengalami ketidakupayaan seumur hidup” akibat peperangan, termasuk kecederaan otak traumatik dan lecuran teruk. Pertubuhan kemanusiaan tersebut turut menyatakan bahawa Gaza telah menjadi “rumah kepada kumpulan kanak-kanak yang kehilangan anggota tubuh badan terbesar dalam sejarah moden”.

 

Zionis juga menggunakan kebuluran di Gaza sebagai senjata perang, sekali gus menjerumuskan wilayah tersebut ke dalam krisis kemanusiaan yang parah. Keadaan ini telah menyebabkan beberapa kematian berkaitan kebuluran dalam kalangan kanak-kanak, yang amat terdedah apabila bekalan makanan kehabisan. Doctors Without Borders (MSF) menyatakan bahawa pasukan mereka di Gaza telah merawat beberapa wanita dan kanak-kanak Palestin yang mengalami patah tulang terbuka serta luka tembakan pada anggota badan dan kepala di tengah gelombang serangan Zionis.

 

Selain serangan kejam Zionis, penduduk Palestin di Gaza terus berjuang dalam keadaan sekatan bantuan kemanusiaan, termasuk kekurangan khemah yang diperlukan untuk melindungi keluarga pelarian sepanjang musim sejuk yang lebih dingin. Jurucakap UNICEF, Ricardo Pires, menyatakan bahawa ramai kanak-kanak terpaksa tidur di tempat terbuka dan menggigil kesejukan ketika tinggal di pusat perlindungan sementara yang ditenggelami banjir.

 

Pengkhianat Perjanjian

 

Tindakan Zionis Yahudi membunuh kanak-kanak tidak berdosa memperlihatkan kebiadaban yang amat keji, di samping menjadi bukti bahawa mereka menghidap ketakutan kronik. Zionis tidak menghiraukan perjanjian gencatan senjata yang telah berulang kali dimeterai. Setiap kali perjanjian gencatan senjata dibuat, setiap kali itu jugalah Zionis melanggarnya dengan pelbagai alasan. Hal ini merupakan bukti nyata bahawa pada hakikatnya mereka adalah bangsa yang mengkhianati perjanjian.

 

Umat Islam serta para pemerintah Muslim sepatutnya memahami watak bangsa Yahudi yang sentiasa melanggar perjanjian. Mereka digambarkan sebagai bangsa pengkhianat sebagaimana yang dinyatakan Allah dalam al-Quran. Syariat juga dengan tegas mengharamkan umat Islam untuk meneruskan perjanjian damai atau seumpamanya dengan Yahudi.

 

Satu-satunya perintah serangan yang diseru oleh Allah kepada umat Islam ialah memerangi Yahudi. Namun begitu, umat Islam pada hari ini masih belum menjadikan syariat sebagai piawaian dalam usaha pembebasan Palestin. Akibatnya, keadaan Palestin seolah-olah mempunyai pola tertentu dan mengikuti aturan permainan ala Zionis. Gencatan senjata hanyalah satu fasa jeda, itupun disertai dengan pelanggaran sebagaimana yang umum diketahui. Kehidupan masyarakat Palestin seakan-akan berada di bawah kawalan Yahudi.

 

Amat menyedihkan, umat Islam yang lain pula sibuk dengan usaha-usaha separa yang berpanjangan. Mereka seolah-olah buta terhadap watak sebenar Yahudi, mereka hanya sibuk mengecam, namun pada masa yang sama terus berdiplomasi dan terlibat dalam rundingan dengan Yahudi.

 

Keadaan Palestin yang terus menderita pada hakikatnya berpunca daripada pengabaian umat terhadap tuntunan syariat dalam menghadapi Zionis. Selagi umat Islam tidak memahami akar permasalahan ini, selagi itulah Palestin akan terus berada di bawah jajahan si penyembelih, Zionis Yahudi laknatullah!

 

Membina Semula Kesedaran

 

Umat Islam serta para pemerintah Muslim pada masa kini cenderung mengikuti arahan Barat dalam menangani isu pendudukan Yahudi di Palestin. Justeru, tidak menghairankan apabila mereka menerima cadangan penyelesaian dua negara (two-state solution) sebagai jalan keluar. Para pemerintah Muslim yang pemikiran dan kesetiaan hatinya terbelenggu oleh sekularisme melihat penyelesaian ini sebagai jalan tengah yang muktamad dan kononnya bersifat menyeluruh.

 

Mereka beranggapan bahawa gagasan tersebut lahir daripada niat untuk mewujudkan keamanan dunia. Hakikatnya, sistem sekular kapitalisme itulah pencetus kepada pelbagai kekacauan global dalam pelbagai aspek kehidupan.

 

Lebih menghairankan, tidak sedikit pemerintah Muslim yang menganggap semangat perdamaian dalam penyelesaian dua negara itu selari dengan nilai-nilai Islam. Sedangkan begitu banyak peringatan telah Allah Taala sampaikan kepada umat ini berkenaan kaum Yahudi. Amat keterlaluan sekiranya umat masih belum menyedari bahawa kebencian golongan kafir terhadap umat Islam adalah amat besar.

 

Allah SWT berfirman, ““Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengambil orang-orang yang bukan dari kalangan kamu menjadi “orang dalam” (yang dipercayai). Mereka tidak akan berhenti berusaha mendatangkan bencana kepada kamu. Mereka sukakan apa yang menyusahkan kamu. Telah nyata (tanda) kebencian mereka pada pertuturan mulutnya, dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah kami jelaskan kepada kamu keterangan-keterangan itu jika kamu (mahu) memahaminya.” [TMQ Al-Imraan (3): 118]

 

Kaum Yahudi akan menggunakan pelbagai cara untuk menekan para pemerintah Muslim agar menerima penyelesaian yang pada hakikatnya melayani kepentingan mereka dan kuasa Barat. Pada tahap ini, umat Islam wajib memahami maksud firman Allah, “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu). Katakanlah (kepada mereka): “Sesungguhnya petunjuk Allah (agama Islam itulah petunjuk yang benar”. Dan demi sesungguhnya jika engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka sesudah datangnya (wahyu yang memberi) pengetahuan kepadamu (tentang kebenaran), maka tiadalah engkau akan peroleh dari Allah (sesuatupun) yang dapat mengawal dan memberi pertolongan kepadamu.” [TMQ Al-Baqarah (2): 120]

 

Tidak dapat tidak, umat Islam mesti menamatkan sikap berlembut dan bermuka manis terhadap pembunuh saudara seakidah. Rutin mengecam, berdiplomasi dan berunding dengan Yahudi atas nama mencari penyelesaian muktamad bagi Palestin perlu dihentikan. Penyelesaian yang tidak tegas hanya akan memanjangkan lagi pendudukan Yahudi ke atas bumi Palestin. Laluan diplomasi juga telah terbukti gagal.

 

Pengkhianatan bangsa Yahudi semakin berleluasa kerana mereka melihat pergerakan umat Islam di seluruh dunia hanya seperti buih di lautan. Gemuruh, tetapi tidak menggentarkan kerana umat belum memandang isu Palestin melalui lensa akidah.

 

Terbelenggunya usaha umat Islam untuk membebaskan Palestin merupakan natijah penjajahan pemikiran serta runtuhnya institusi Khilafah Islam. Melalui penjajahan pemikiran, golongan kafir berjaya memenjarakan umat Islam dalam sempadan geografi dan euforia nasionalisme. Akibatnya, setiap negara dianggap memiliki hak dan kebebasan tersendiri yang terpisah antara satu sama lain.

 

Nasionalisme mewujudkan pemisahan antara urusan dalaman dan luaran sesebuah negara. Sekalipun ada keprihatinan yang ditunjukkan, dorongannya hanyalah atas dasar kemanusiaan, bukan berpaksikan kerangka akidah. Sedangkan Rasulullah SAW bersabda, “Perumpamaan orang-orang beriman dalam saling mencintai, menyayangi dan mengasihi adalah seperti satu tubuh; apabila salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh tubuh turut merasakannya dengan tidak dapat tidur dan mengalami demam.” (HR. al-Bukhari dan Muslim)

 

Jelaslah bahawa realiti hari ini menunjukkan nasionalisme telah menggeser kedudukan ikatan akidah ke tempat yang jauh ke belakang. Padahal, ikatan akidah inilah yang akan menggentarkan musuh-musuh Allah. Ikatan akidah menjadi perisai umat sehingga golongan kafir tidak berani menguasai umat Islam. Allah berfirman, “…dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.” [TMQ An-Nisaa’ (4): 141]

 

Meneladani Rasulullah SAW

 

Melihat kepada keganasan, kekejaman, dan kesombongan Zionis pada hari ini, adalah wajar untuk kita kembali memahami tabiat kaum Yahudi sebagaimana yang digambarkan dalam al-Quran. Menjadi kewajipan ke atas kita untuk meneladani sikap Rasulullah SAW dalam menghadapi kaum Yahudi.

 

Jauh sebelum kedatangan Rasulullah SAW, di Madinah (Yathrib) telah tersebar khabar tentang kedatangan seorang Nabi terakhir melalui lisan Nabi Isa AS. Namun, apabila Rasulullah SAW benar-benar diutus dan tiba, kaum Yahudi yang turut menetap di Madinah ketika itu menjadi golongan pertama yang mengingkarinya.

 

Rasulullah SAW pernah memerangi Yahudi Bani Nadhir kerana cubaan mereka untuk membunuh baginda. Yahudi Bani Quraizhah pula diperangi kerana pengkhianatan mereka apabila bersekutu dengan kaum kafir Quraisy dalam Perang Ahzab. Baginda juga mengutus seramai 1,400 orang tentera untuk menyerang penempatan Yahudi di Khaibar. Semua ini merupakan tindakan nyata dalam menghadapi pengkhianatan dan pelanggaran perjanjian oleh kaum Yahudi.

 

Oleh itu, kebiadaban Zionis Yahudi pada hari ini hanya dapat dihentikan oleh kekuatan tentera Islam yang berjihad untuk membebaskan Palestin di bawah institusi Khilafah ar-Rasyidah. Allah Taala berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman! Perangilah orang-orang kafir musyrik yang berdekatan dengan kamu; dan biarlah mereka merasai sikap kekerasan (serta ketabahan hati) yang ada pada kamu; dan ketahuilah sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertakwa (dengan memberikan pertolongan-Nya).” [TMQ At-Taubah (9): 123]

 

Memerlukan Khilafah

 

Perlawanan terhadap Yahudi memerlukan satu arahan berpusat di bawah kepemimpinan seorang khalifah. Institusi Khilafah akan menyatukan negeri-negeri Muslim yang pada hari ini terpecah-pecah akibat ikatan nasionalisme dan konsep negara bangsa (nation state), iaitu konsep yang membelenggu pergerakan umat Islam. Perpecahan umat Islam inilah yang menjadikan Yahudi serta sekutu mereka, iaitu Amerika Syarikat, berasa angkuh dan bongkak.

 

Penyatuan umat Islam akan membentuk satu kekuatan besar yang mampu menggentarkan Yahudi. Sebagai seorang pemimpin, khalifah akan menggerakkan umat Islam untuk berjihad menentang entiti Zionis Yahudi yang secara nyata memerangi umat Islam (kafir harbi fi‘lan). Jika pada hari ini jihad sering disinonimkan dengan tindakan keganasan, hal itu tidak lain merupakan usaha penjajah Barat untuk menjauhkan umat Islam daripada penyelesaian yang hakiki. Keadaan ini seiring dengan sikap mereka yang tidak henti-henti menjalankan propaganda hitam terhadap institusi Khilafah, sedangkan ia merupakan warisan Rasulullah SAW.

 

Tanpa Khilafah, dunia Islam ibarat anak ayam yang kehilangan induknya. Walaupun jumlah negeri dan umat Islam amat ramai, keadaannya tetap seperti buih di lautan. Tanpa kesatuan kepemimpinan, potensi sumber manusia umat Islam yang berbilion jumlahnya, sumber alam di perut bumi, serta kekuatan ketenteraan umat Islam hanyalah sekadar deretan angka yang tidak akan dipandang serius oleh musuh, termasuk Zionis Yahudi dan sekutu-sekutunya.

 

Keprihatinan terhadap Palestin sewajarnya bersifat mendasar dan mengakar, kerana punca utama pengkhianatan Yahudi ialah ketiadaan institusi umat Islam yang mampu menggerakkan kekuatan ketenteraan dan menghancurkan musuh-musuh Allah. Usaha untuk menegakkan kembali institusi politik umat Islam, iaitu Khilafah, memerlukan kerja bersama dalam satu kelompok dakwah politik yang menyeru kepada penyatuan umat Islam, sekali gus merealisasikan Islam sebagai rahmat bagi seluruh alam. Wallahu a‘lam bissawab.

 

Sumber: https://muslimahnews.net/

 

#FreePalestineWithJihadAndKhilafah #ArmiesToGaza #ArmiesToAqsa #KesatuanUmatIslam #DakwahIslamKaffah #TegakKhilafah

Exit mobile version