Site icon MuslimahHTM News

Perang Amerika Terhadap Islam

Perang Amerika Terhadap Islam
(Terjemahan)

Pentadbiran Amerika dan para pembuat keputusan di dalamnya tidak pernah berhenti menzahirkan permusuhan mereka terhadap Islam serta mendedahkan peperangan mereka yang berterusan dan pelbagai bentuk terhadap Islam. Pada setiap kesempatan dan juga tanpa sebarang kesempatan, anda akan mendengar seorang pegawai Amerika meninggikan suara menyerang Islam, menggambarkannya dengan ungkapan yang menyingkap sejauh mana kebencian mereka terhadapnya dan menunjukkan betapa besar ketakutan yang memenuhi hati mereka terhadap Islam.

Dan diketahui bahawa selepas kejatuhan Kesatuan Soviet pada awal dekad terakhir abad lalu, Amerika menjadikan Islam sebagai musuh ideologinya dan menggerakkan segalanya untuk memerangi Islam, baik dari segi ketenteraan, ejen, wang, perjanjian dan kesepakatan. Bahkan yang bukan paling akhir daripadanya ialah Perjanjian Abraham, dan bukan pula yang pertama dengan melabelkan Islam sebagai revolusioner, radikal dan pengganas.

Dalam beberapa hari kebelakangan ini, Setiausaha Negara Amerika, Marco Rubio, muncul bersama Sean Hannity dalam rancangan The Sean Hannity Show di Fox News dengan menyatakan:

“Islam radikal telah menunjukkan bahawa keinginan mereka bukan sekadar untuk menduduki satu bahagian dunia dan berpuas hati dengan kekhilafahan kecil mereka sendiri; mereka mahu berkembang. Ia bersifat revolusioner. Ia berusaha untuk berkembang dan menguasai lebih banyak wilayah dan lebih ramai manusia …”

Rubio mengabaikan hakikat bahawa apa yang dituduhkannya terhadap Islam itulah sebenarnya apa yang dilakukan oleh Amerika—namun dengan satu perbezaan besar, yakni: Amerika berusaha menguasai dunia untuk merampas sumber dan kekayaannya; dan demi tujuan itu, ia membunuh jutaan manusia, memusnahkan yang hijau dan yang kering, serta meninggalkan kehancuran dan kematian. Peperangan di Somalia, Iraq dan Afghanistan tidak jauh daripada ingatan kita.

Adapun bagi Islam, ia membawa manusia keluar daripada kegelapan kepada cahaya, daripada kesengsaraan kepada kebahagiaan, dan daripada perhambaan kepada manusia dan undang-undang mereka kepada perhambaan kepada Allah semata-mata.

Sebelum itu, presidennya sendiri berusaha memaksakan Perjanjian Abraham ke atas tanah-tanah umat Islam untuk mencairkan Islam dan menjadikannya sekadar ritual keagamaan seperti agama-agama lain, serta menyingkirkan aspek politik Islam daripada pemikiran. Dia juga menegaskan dasar Amerika terhadap Islam dan umat Islam dalam apa yang disebutnya sebagai Strategi Keselamatan Negara 2025, dengan berkata:
“Kami mahu menghalang kuasa musuh daripada menguasai Timur Tengah, bekalan minyak dan gasnya, serta titik titik yang mereka lalui.”

Dan dia berkata di tempat lain:
“Amerika akan sentiasa mempunyai kepentingan teras untuk memastikan bekalan tenaga Teluk tidak jatuh ke tangan musuh yang nyata, Selat Hormuz kekal terbuka, Laut Merah kekal boleh dilayari, rantau ini tidak menjadi tempat inkubasi atau pengeksport keganasan terhadap kepentingan Amerika atau tanah air Amerika, dan bahawa ‘Israel’ kekal selamat. Kita boleh dan mesti menangani ancaman ini secara ideologi dan militer tanpa peperangan ‘pembinaan negara’ yang sia-sia (tidak membuahkan hasil, pent) selama beberapa dekad. Kita juga mempunyai kepentingan yang jelas untuk memperluaskan Perjanjian Abraham ke lebih banyak negara di rantau ini dan ke negara-negara lain di dunia Islam.”

Dia juga berkata:
“Rakan-rakan Kongsi di Timur Tengah sedang menunjukkan komitmen mereka untuk memerangi radikalisme, satu garis arah dasar Amerika yang wajar terus digalakkan.”

Dan beliau berkata:
“Dan kita mesti kekal berwaspada terhadap aktiviti pengganas Islamik yang muncul semula.,.. di beberapa bahagian Afrika …”

Dan anda dapat melihatnya dalam semua ucapannya tentang Islam serta pengelasannya terhadap umat Islam menggunakan terminologi yang dicipta oleh para pendahulunya dalam kalangan presiden-presiden Amerika; mereka membahagikan umat Islam kepada golongan sederhana dan radikal, serta menggambarkan mereka dan Islam sebagai keganasan, lalu menjadikannya sebagai alasan untuk memeranginya.

Kekuatan intelektual dalam Islam, keluasan tanah umat Islam, dan ketakutan terhadap kembalinya Khilafah ke wilayah-wilayah umat Islam merupakan sumber ketakutan bagi kaum kafir dan negara-negaranya, khususnya negara-negara kuasa besar yang melihat dalam Islam suatu bahaya yang mengancam kepentingan mereka, bahkan mengancam kewujudan mereka. Oleh itu, mereka tidak pernah berhenti menzahirkan kebimbangan ini dari semasa ke semasa, walaupun mereka memiliki kekuatan material dan walaupun adanya para penguasa ejen yang setia kepada mereka di bumi-bumi Islam.

Namun kami menyampaikan khabar gembira kepada mereka bahawa apa yang mereka takuti itu pasti akan datang walaupun mereka membencinya, walaupun dengan segala perancangan, kekuatan dan ejen-ejen mereka; kerana Negara Khilafah akan kembali tidak lama lagi dengan izin Allah, memenuhi alam dengan keadilan sebagaimana mereka telah memenuhinya dengan kezaliman dan perhambaan.

Kerana sesungguhnya umat Islam adalah umat yang hidup dan tidak pernah mati, walaupun ia lalai untuk suatu tempoh; ia akan tetap kembali memikul risalah Islam—risalah cahaya, petunjuk dan keadilan—kepada seluruh manusia dengan izin Allah. Dan dalam umat Islam terdapat Hizbut Tahrir, pembimbing yang benar yang tidak berdusta kepada umat ini, memikul projek kebangkitannya yang benar melalui penegakan Khilafah Rasyidah yang kedua berdasarkan manhaj Kenabian. Dan hari esok itu sangat dekat bagi orang yang menantinya.

“Mereka hendak memadamkan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tidak menghendaki melainkan menyempurnakan cahayaNya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan yang demikian). Dia lah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya.”

(TMQ At-Taubah [9]: 32-33).”

Pejabat Media Pusat
Hizbut Tahrir

#Amerika #KhilafahAjaranIslam #KhilafahBringRealChange #KebangkitanHakiki #KhilafahalaMinhajNubuwwah #PolitikIslam

Exit mobile version