Mendidik Gen Z: Mendidik dengan Cara Keras Salah, Mendidik dengan Cara Lembut pun Salah?
Oleh: Nabila Zidane (Jurnalis)
Kadang-kadang menjadi ibu bapa zaman sekarang ibarat bermain permainan tahap dewa. Baru sahaja hendak katakan sesuatu, anak segera berkata, “Tidak boleh jadi ibu bapa toksik”, namun jika kita cuba berlembut, mengajak bercakap dengan mereka dengan nada yang penuh kasih sayang, anak merespond “Ya ibu, aku faham,” tetapi tangannya masih melekat pada telefon bimbitnya dari tadi. Jadi, bahagian manakah dari kata-kata ibunya yang didengari dan difahami oleh anak ini?
Ya, begitulah Gen Z, generasi yang membesar dengan ibu jari hiperaktif tetapi mempunyai tahap fokus yang rendah. Mereka lahir di tengah hujan notifikasi, dibesarkan dengan TikTok dan Google sebagai guru pertama. Maka jangan terkejut, jika pola fikir mereka juga jauh berbeza dengan zaman kita dahulu yang masih sabar menunggu Si Unyil (siri televisyen anak-anak di Indonesia) bersiaran.
Tetapi di sebalik semua itu, Gen Z bukan generasi yang rosak. Mereka hanya memerlukan cara dididik yang menghubungkan isyaratnya. Kerana faktanya, bersikap kasar itu salah, berlembut juga salah, marah dianggap garang, diam dianggap tidak peduli. Jadi, apa yang sepatutnya kita lakukan? Berikut adalah beberapa tips:
Pertama, jangan mendidik dengan ego, tetapi dengan hikmah. Ali bin Abi Thalib RA pernah berkata, “Didiklah anak-anakmu berbeza dengan cara engkau dididik, kerana mereka diciptakan untuk zaman yang bukan zaman kamu.”
Kalimat ini bukan sekadar mutiara indah, tapi peta jalan buat para ibu bapa zaman ini. Maksudnya, jangan mendidik anak di era 5G dengan menggunakan gaya zaman radio tabung. Kalau dulu ibu bapa boleh menegur dengan jeritan, sekarang boleh menyebabkan anak menutup diri dan hilang keyakinan diri. Tetapi tidak bermakna mesti berlembut seperti puding. Kuncinya adalah hikmah.
Hikmah itu ialah di saat ibu bapa tahu mereka patut bertindak tegas, bila keadaan yang harus berlembut dengan anak-anak, dan bila harus berdiam diri supaya kata-kata kita tidak menjadi sia-sia. Anak Gen Z boleh dikatakan allergy terhadap pihak berkuasa buta, tetapi mereka sangat menghargai keteladanan. Jadi, jika mahu anak berdisiplin, jangan setakat suruh solat, tetapi solatlah bersama. Jika kita mahu mereka bersikap sopan, maka tunjukkan kesopanan kita kepada mereka.
Kedua, pendidikan bukan sekadar “mengajar”, tetapi “memupuk”. Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani dalam Nizham al-Ijtima’i fil Islam menjelaskan bahawa pendidikan dalam Islam bukan sekadar pemindahan ilmu, tetapi gharzul fikr wal nafs, iaitu menanamkan pola fikir dan pola jiwa Islam. Tujuannya bukan sekadar anak menghafal ayat, tetapi supaya mereka memahami makna dan semangatnya.
Ini bermakna, anak-anak bukan hanya diajar “ini haram, itu halal”, tetapi mereka hendaklah disedarkan kenapa Allah menetapkan demikian. Jadi, jika mereka patuh, bukan kerana takut dimarahi, tetapi kerana cinta kepada Allah. Di sinilah peranan ibu bapa sebagai murabbi, bukan hanya mengatur jadual.
Syeikh Taqiyuddin juga menegaskan, pendidikan yang benar hanya boleh diwujudkan di bawah sistem Islam yang menjadikan akidah sebagai asas kepada seluruh kurikulum pendidikan. Jika sistemnya sekular seperti saat ini, maka, sistem akan menghasilkan generasi yang keliru juga. Para pelejar belajar al-Quran, tetapi pemikirannya tetap liberal. Mereka tahu ayat-ayatnya, tetapi tidak mempunyai hala tuju hidup yang jelas.
Ketiga, jangan bersaing dengan anak, dampingilah mereka. Kadang-kadang ibu bapa zaman sekarang suka kompetitif (membanding-bandingnya dirinya dengan si anak) secara tertutup. Apabila anak bercerita, “Ibu, saya dapat tempat kedua dalam kelas”. Si ibu membalas, “Ibu dulu dapat tempat pertama sepanjang masa di sekolah menengah.” Aduhai ibu… siapa yang bertanding sekarang ni?
Sedangkan anak-anak Gen Z tidak perlukan pembanding, mereka memerlukan pendamping. Mereka membesar dalam dunia yang penuh tekanan sosial dan perbandingan digital. Jadi, jika di rumah juga terdedah “persaingan yang tidak berkesudahan”, adalah wajar bagi mereka untuk membesar dengan tidak selamat.
Mulakan dengan mendengar, bukan menilai. Kadang-kadang anak hanya memerlukan telinga, mendengar, bukan ceramah. Jika anak melakukan kesalahan, jangan terus melatah dengan perkataan “derhaka!” sebaliknya ajak anak untuk berfikir, “Apa pendapat kamu, jika Rasulullah berada di kedudukan kamu, apa yang akan baginda lakukan ya?”
Ini bukan kalimat yang lembut, tetapi cara yang elegan untuk menanamkan kesedaran iman tanpa membuat anak-anak bersikap defensif.
Keempat, bertegas boleh, tetapi jangan kejam. Tegas adalah bahagian daripada kasih sayang. Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah seorang ayah memberikan sesuatu yang lebih baik kepada anaknya daripada akhlak yang baik.” (HR. Tirmidzi)
Jadi, akhlak itu bukan lahir dari ketakutan, tetapi dari keteladanan yang penuh cinta. Jika anak salah, tegurlah dengan niat untuk membetulkannya, bukan melampiaskan emosi. Juga jangan atur semua perkara sehingga mereka tidak mempunyai ruang untuk berfikir sendiri, apabila mereka dewasa kelak, mereka akan keliru dalam membuat keputusan tanpa “izin ibu bapa”.
Ingat, tegas itu mengajarkan batas, bukan menanamkan trauma.
Kelima, jangan abaikan pendidikan rohani. Kita sentiasa sibuk menghantar anak-anak ke sekolah yang bagus, mengikuti kelas-kelas yang pelbagai, tetapi lupa menguatkan rohani mereka. Padahal, kata Syeikh Taqiyuddin an-Nabhani, pendidikan Islam sejati dimulai dari menanamkan akidah yang kukuh. Jika akidahnya kuat, maka semua tingkah laku akan membimbing bermula daripada cara berfikir sehingga memilih teman.
Anak yang mengenal Allah dengan benar tidak akan mudah hanyut dalam trend pelik. Mereka boleh bermain gajet, tetapi tidak menjadi hamba kepada dunia digital. Mereka faham batasan, bukan kerana diawasi, tetapi kerana hatinya dipandu oleh iman.
Keenam, jadilah sahabat kepada anak, bukan pengawal. Anak Gen Z itu tidak suka diberitahu apa yang perlu, tetapi senang diajak bicara. Maka ubahlah pendekatan, dari “Aku ibu bapamu, kamu perlu dengar dan patuh!” menjadi “aku teman perjalananmu, mari kita belajar bersama-sama.” Percayalah, kalau hati mereka sudah tersentuh, satu kalimat lembut boleh menjadi lebih kuat daripada seribu nasihat keras.
Akhir sekali, jangan lupa doakan mereka. Kerana sehebat apapun kita mendidik, hidayah tetap milik Allah. Kadang-kadang yang paling keras kepala hari ini, boleh menjadi yang paling lembut hatinya esok.
Jadi, pendidikan bukan drama, tetapi dakwah. Mendidik Gen Z memang tidak mudah, tetapi juga tidak sepatutnya seperti drama Korea. Mereka bukan musuh, tetapi amanah. Mereka bukan generasi yang gagal, tetapi generasi yang menunggu untuk dibimbing dengan sabar dan bijak.
Jika ibu bapa di luar sana telah mencuba semuanya dan masih tidak berubah, jangan putus asa. Ia tidak bermakna anda telah gagal, mungkin Allah sedang mengajar kita cara baru dari sabar. Hakikatnya, mendidik anak-anak adalah bentuk dakwah yang paling sunyi tetapi merupakan kedudukan yang paling agung untuk Allah menilai siapa yang benar-benar ikhlas.
Serta ingatlah kata-kata Ali bin Abi Thalib, “Hati anak itu seperti tanah kosong, apa saja yang ditanamkan di dalamnya, itulah yang tumbuh.”
Maka tanamkanlah iman, siramilah mereka dengan kasih, dan biarkan mereka membesar menjadi generasi yang mencintai Allah, bukan hanya takut kepada manusia. Kekasaran itu salah, lemah lembut salah? Tidak juga. Asal semuanya dibingkai dengan iman, kasih sayang, dan hikmah insya-Allah, hasilnya akan tepat.
Sumber: Topswara
#Parenting #IslamicParenting #GenZ

