“ABU UBAIDAH” TIDAK PERNAH MATI
Oleh: KH Hafiz Abdurrahman
Orang yang mati syahid sesungguhnya tidak pernah mati. Sebagaimana firman Allah di dalam al-Quran,
وَلَا تَقُولُوا۟ لِمَن یُقۡتَلُ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰتُۢۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءࣱ وَلَـٰكِن لَّا تَشۡعُرُونَ
“Dan janganlah kamu mengatakan orang-orang yang terbunuh di jalan Allah (mereka) telah mati. Sebenarnya (mereka) hidup, tetapi kamu tidak menyedarinya.” [TMQ Al-Baqarah (2): 154]
Bahkan lebih tegas lagi, Allah menyatakan,
وَلَا تَحۡسَبَنَّ ٱلَّذِینَ قُتِلُوا۟ فِی سَبِیلِ ٱللَّهِ أَمۡوَ ٰتَۢاۚ بَلۡ أَحۡیَاۤءٌ عِندَ رَبِّهِمۡ یُرۡزَقُونَ
“Dan jangan sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang gugur di jalan Allah itu mati; sebenarnya mereka itu hidup, di sisi Tuhannya mendapat rezeki.” [TMQ Ali ‘Imran (3): 169]
Itulah hakikat orang yang mati syahid. Mereka tidak pernah mati. Mungkin secara (fizikal) zahirnya, jasadnya mati, tetapi secara bukan fizikal (rohnya), tidak. Bahkan dinyatakan Allah tetap hidup dan mendapatkan rezeki.
Begitu juga namanya akan tetap hidup dan terus dikenang sepanjang hayat. Oleh kerana itu, dia juga tidak pernah mati.
Selain itu, perjuangannya akan tetap diteruskan oleh generasi berikutnya. Dengan itu, semangat perjuangannya juga tidak pernah mati.
Maka, Abu Ubaidah hakikatnya tidak pernah mati.
Sementara kita yang masih hidup, tetapi tidak menorehkan apapun dalam kehidupan ini sesungguhnya telah mati. Bahkan, sudah terkubur sebelum masuk ke dalam kubur.
#AbuUbaidah #PejuangPembebasanPalestin #Syahid #PejuangIslam
“ABU UBAIDAH” TIDAK PERNAH MATI

