Mesir Seolah-olah Menganggap Gaza sebagai Musuh
Kenyataan Gabenor Sinai Utara, Mejar Jeneral Khalid Mujawir yang menyebut, “Jika rakyat Gaza mencapai tahap kebuluran, mereka mempunya tiga pilihan: pergi ke wilayah (Israel) dan disambut dengan tembakan, terjun ke dalam laut, atau pergi ke Mesir – adalah hal yang mustahil,” secara definitif mengungkapkan wajah sebenarnya daripada dasar rasmi Mesir yang seolah-olah menganggap Gaza sebagai musuh.
“Kenyataan Mujawir secara definitif menyingkap topeng ini dan mengungkapkan wajah sebenarnya daripada dasar rasmi terhadap Gaza; bahawa sebenarnya tidak ada dukungan, tidak ada simpati dan tidak ada izin untuk melintasi bagi mereka yang putus asa atau kelaparan! Bahkan, masuknya penduduk Gaza ke Mesir dianggap mustahil, seolah-olah mereka adalah musuh,” ujar Pejabat Media Hizbut Tahrir Mesir sebagaimana yang diberitakan media-umat.com, Selasa (2/8/2025).
Kata-kata ini, menurut HT Mesir, mencerminkan sikap rasmi yang tidak manusiawi dan tidak layak bagi seorang pemimpin di negeri Islam.
“Kenyataan ini juga merupakan kejahatan politik terhadap saudara-saudara kita di Gaza, yang telah menderita di bawah pengepungan yang dilaksanakan secara bersama-sama oleh entiti Yahudi dan rejim Mesir selama lebih dari 18 tahun,” terangnya.
HT Mesir juga mengingatkan, kenyataan gabenor ini tidak boleh dibaca secara terpisah dari konteks politik saat ini, yang membuat keputusan Mesir bergantung pada kehendak Amerika Syarikat, yang melayani keinginan orang-orang Yahudi.
“Pengepungan yang dilakukan di Gaza bukan semata-mata keputusan entiti Yahudi, melainkan pelaksanaan bersama oleh entiti tersebut dan rejim Mesir, dengan dukungan langsung Amerika,” terangnya.
Tujuannya, menurut HT Mesir, untuk mematahkan tekad rakyat Gaza dan memaksa mereka menyerah, bahkan membuat seluruh umat bertekuk lutut, membuat mereka putus asa dan kehilangan harapan akan perubahan. []
#SpeakUpforPalestine #SaveGaza #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza #1Ummah1Perjuangan

