Berilmu Sebelum Beramal
Rasulullah ﷺ telah menjelaskan kewajipan untuk beramal sesuai dengan hukum-hukum Islam. Beliau bersabda:
مَنْ عَمِلَ عَمَلًا لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ
“Barangsiapa yang melakukan suatu perbuatan yang tidak didasarkan perintah kami, maka tertolak.” (HR. Muslim)
Dan para sahabat ridhwânullâh ‘alaihim sentiasa bertanya kepada Rasulullah ﷺ tentang perbuatan-perbuatan mereka sehingga mereka mengetahui hukum Allah ﷻ di dalamnya sebelum mereka melakukannya. Ibnu al-Mubarak telah meriwayatkan bahawa Uthman bin Mazh’un, mendatangi Nabi ﷺ lalu bertanya:
أَتَأْذِنُ لِيْ فِي الاخْتِصَاءِ؟ فَقاَلَ النَّبِيُّ ﷺ: لَيْسَ مِنَّا مَنْ خَصَى وَمَنْ اِخْتَصَى وَإِنَّ اخْتِصَاءَ أُمَّتِيْ الصِّيَامُ. قَالَ: يَا رَسُوْلَ الله أَتَأْذِنُ لِيْ فِي السِّيَاحَةِ؟ قَالَ: سِيَاحَةُ أُمَّتِيْ الْجِهَادُ فِيْ سَبِيْلِ اللهِ. قَالَ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، أَتَأْذِنُ لِيْ فِي التَّرَهُّبِ؟ قَالَ: إِنَّ تَرَهُّبَ أُمَّتِيْ الْجُلُوْسُ فِي الْمَساَجِدِ لانْتِظَارِ الصَّلَاةِ
“Adakah engkau mengizinkan aku melakukan ikhtishâ’ (pengembirian)?” Maka Nabi ﷺ bersabda: “Bukan tergolong umatku yang melakukan pengembirian, sama ada terhadap dirinya sendiri atau orang lain, dan sesungguhnya kembiri (pengendalian syahwat) bagi umatku adalah puasa.” Kemudian dia bertanya lagi, “Apakah engkau mengizinkan aku untuk siyâhah (melancong ke pelbagai negeri)?” Maka Rasulullah menjawab, “Siyâhah bagi umatku adalah jihad di jalan Allah.” Ibn Mazh’un pun bertanya lagi, “Apakah engkau mengizinkan aku untuk tarahhub (bertapa)?”, Maka Rasulullah menjawab lagi, “Sesungguhnya tarahhub umatku adalah duduk (i’tikaf) di dalam masjid untuk menunggu solat.” (Az-Zuhd wa ar-Raqâ’iq li Ibni al-Mubârak, no: 845)
Maka, dengan ini jelaslah bahawa para sahabat tidak memulakan suatu amal perbuatan kecuali mereka bertanya terlebih dahulu untuk mengetahui hukum Allah ﷻ di dalamnya sebelum mereka terjun ke dalamnya. Sekiranya hukum asal perbuatan adalah ibâdah pasti mereka terus melakukannya dan tidak bertanya terlebih dahulu. Kerana jika Allah ﷻ melarangnya mereka akan meninggalkannya dan jika tidak, mereka akan terus melakukannya tanpa perlu bertanya lagi.
Sumber: “Al-Fikr al-Islâmiy” – Muhammad Muhammad Ismail
#ilmu #amal #keutamaanamal

