Hukum Perjanjian Damai dengan Musuh
Allah ﷻ berfirman (yang bermaksud):
“…maka janganlah kamu (wahai orang-orang yang beriman) merasa lemah dan mengajak (musuh yang menceroboh) untuk berdamai, padahal kamulah orang-orang yang tertinggi keadaannya, lagi pula Allah bersama-sama kamu (untuk membela kamu mencapai kemenangan), dan Ia tidak sekali-kali akan mengurangi (pahala) amal-amal kamu.” (TMQ Muhammad [47]: 35).
Ayat ini menunjukkan keharaman menyerukan perdamaian dengan musuh, kerana hal itu adalah aib dan kehinaan dan kerana umat Islam itu lebih unggul. Allah ﷻ bersama mereka dan Dia ﷻ tidak akan mengurangkan sedikit pun pahala mereka, kerana keteguhan mereka dalam memerangi musuh, tanpa berdamai dengan mereka.
Namun hukum melakukan perdamaian dengan musuh diperbolehkan jika:
[1]. Jika musuh menawarkan berdamai, sebagai akibat daripada kelemahan mereka terhadap kekuatan dan kemenangan kaum Muslim.
[2]. Jika hal itu mendukung kemuliaan kaum Muslim dan membuka jalan bagi kemenangan mereka, serta menghinakan musuh dan membuka jalan bagi kekalahan mereka.
Nabi ﷺ menjelaskan dua poin ringkas ini melalui Perjanjian Hudaibiyah:
- Sebelum berangkat umrah, Nabi ﷺ mengetahui bahawa orang-orang Yahudi Quraisy sedang berusaha membentuk pakatan dengan Quraisy untuk memerangi Rasulullah ﷺ. Dengan demikian, meneutralkan Quraisy adalah sebuah kemenangan bagi Nabi ﷺ. Oleh itu, tindakan paling awal yang dilakukan Nabi ﷺ setelah kembali ke Madinah adalah memerangi Yahudi Khaibar.
- Kabilah-kabilah Arab takut untuk masuk ke dalam agama Muhammad ﷺ dan perjanjiannya kerana takut kepada Quraisy. Dengan demikian, Nabi ﷺ mampu menghilangkan rasa takut untuk memeluk Islam daripada kabilah-kabilah Arab melalui perjanjian ini.
- Perjanjian damai ini bersifat sementara, kerana menangguhkan atau membatalkan jihad hukumnya haram.
- Selain itu, perjanjian sementara ini dibuat dengan kafir harbi yang menguasai tanah mereka sendiri. Perjanjian tidak dibuat dengan entiti yang menduduki tanah umat Islam, yang sebaliknya akan mengiktiraf pendudukan mereka. Hal ini bertentangan dengan ayat-ayat tentang perdamaian, dan juga bercanggah dengan Perjanjian Hudaibiyah.
Oleh yang demikian, tidak boleh berdamai dengan musuh secara mutlak, tanpa syarat-syarat yang telah dijelaskan dalam Kitab Allah ﷻ dan Sunnah Nabi ﷺ.
Sumber: “At-Taisir fi Ushul at-Tafsir” – Syeikh `Atha bin Khalil
#PerjanjianDamai #Diplomasi #FikihJihad

