Site icon MuslimahHTM News

[Wawancara | Bahagian 2] KH Shiddiq al-Jawi: Dunia Islam Mesti Bersatu di Bawah Naungan Khilafah

[Wawancara | Bahagian 2] KH Shiddiq al-Jawi: Dunia Islam Mesti Bersatu di Bawah Naungan Khilafah

Gaza makin membara. Duka mereka makin menganga. Genosid ke atas bangsa Palestin masih terus dilakukan oleh Yahudi secara membabi-buta. Namun, dunia tetap diam seribu bahasa. Tak ada yang sudi membela. Termasuk negara-negara Arab dan sekitarnya. Mereka seolah-olah tak berdaya.

(Sambungan daripada bahagian 1/3)

[Soalan] Nampak jelas rakyat negeri-negeri Timur Tengah begitu membela dan mendukung saudaranya di Gaza. Namun, rejimnya sebaliknya bertolak belakang. Fenomena apakah ini?

Sikap pemimpin tidak selalu simetri dan tercermin dalam sikap rakyatnya. Para pemimpin Timur Tengah diam terhadap kaum Muslim Gaza. Tidak demikian halnya dengan sikap rakyatnya yang Muslim. Mereka tidak rela diam. Mereka sebaliknya ingin memberikan bantuan untuk mengatasi pelaparan yang dahsyat di Gaza. Hal ini menurut saya menunjukkan bahawa rakyat yang Muslim itu masih relatif murni pemahaman Islamnya. Sebaliknya, para pemimpinnya telah banyak yang teracuni oleh fahaman-fahaman Barat dalam berpolitik, seperti idea sekularisme, demokrasi, kapitalisme, nasionalisme, pragmatisme, dsb. Inilah faktor yang menjadikan langkah-langkah politik para pemimpin itu sangat sering bertentangan dengan rakyatnya yang masih berpegang dengan Islam. Namun, pada masa yang sama, sikap mereka itu bersesuaian dengan politik luar negeri yang dijalankan oleh negara-negara Barat, seperti Amerika Syarikat.
 
[Soalan] Apa hukumnya penguasa yang diam tatkala melihat situasi di Gaza?

Haram penguasa Muslim diam melihat situasi Gaza saat ini. Sebaliknya, wajib hukumnya mereka membela kaum Muslim di Gaza yang dizalimi, dan memberi bantuan kepada mereka. Dalilnya adalah hadis daripada Barra‘ bin ‘Azib ra. bahawa Rasulullah SAW telah memerintahkan kita tujuh perkara dan melarang kita dari tujuh perkara. Tujuh perkara yang diperintahkan oleh Rasulullah SAW adalah: ”Menjenguk orang sakit, menghantar jenazah (ke perkuburan), mendoakan orang bersin, memenuhi undangan (walimah), menyebarkan salam, menolong orang yang dizalimi (nashrul mazhlûm) dan memenuhi sumpah.” (HR al-Bukhari, no. 5635).

Dalam hadis lain, Rasulullah SAW mengharamkan sikap berdiam diri, tidak mahu menolong Muslim yang dizalimi. Sabda Baginda, ”Siapa saja yang di sisinya ada seorang Mukmin yang dihinakan, tetapi tidak mahu menolong Muslim tersebut, padahal dia mampu menolong dirinya, maka Allah akan menghinakan dia di hadapan seluruh makhluk pada Hari Kiamat kelak.” (HR. Ahmad).
 
[Soalan] Benarkah dalih yang menyatakan, kita tidak sanggup melawan Israel kerana di belakangnya ada Amerika?

Ada benarnya, tetapi tidak mutlak benar. Memang secara empirik seolah-olah kita tidak sanggup melawan Amerika Syarikat. Namun, kita perlu selalu ingat firman Allah SWT (yang ertinya): Betapa banyak kelompok kecil mengalahkan kelompok besar dengan izin Allah (Surah al-Baqarah [2]: 249). Oleh itu, kita, umat Islam, wajib bersatu. Menjadi satu kekuatan. Jangan terpecah-belah atas dasar negara bangsa (nation-state). Dengan begitu agar umat Islam di seluruh dunia mampu melawan Israel dan negara pendukung di belakangnya, iaitu Amerika Syarikat.
 
[Soalan] Bagaimana dengan alasan normalisasi/perdamaian, kerana perang kita pasti kalah. Benarkah?

Normalisasi hubungan antara negeri Muslim dengan Israel hukumnya haram, kerana Israel adalah Dawlah Muhâribah Fi’l[an], atau kafir harbi yang secara de facto telah dan sedang memerangi umat Islam, khususnya umat Islam di Palestin. Terkait dengan hukum jihad, fardhu ‘ain atas penduduk Muslim Palestin, untuk berperang melawan Israel. Bagi penduduk Muslim di sekitar atau di luar Palestin, seperti penduduk Mesir, Jordan, Lubnan, Syria, Arab Saudi, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Qatar, dan sebagainya. Hukumnya fardhu kifayah untuk melawan Israel. Jadi, inilah dasar keharaman normalisasi hubungan dengan Israel, kerana yang diperintahkan Allah itu adalah berperang melawan Israel, sebaliknya, malah melakukan perdamaian atau normalisasi hubungan dengan Israel.

Lalu bagaimana dengan pertimbangan ”kalau melawan Israel pasti kalah”? Begini. Ada penjelasan pertimbangan kekuatan dalam jihad dalam kitab Nazhârât Siyâsiyyah (hlm. 96), karya Imam Taqiyuddin An-Nabhani. Jadi kalau jihad itu hukumnya fardhu ‘ain, misalnya bagi penduduk Palestin, maka wajib berperang, dengan kekuatan berapa pun yang kita miliki, tidak kira sama ada menang atau kalah. Namun, kalau jihad itu hukumnya fardhu kifayah, maka kekuatan kita (umat Islam) minima adalah separuh daripada kekuatan musuh kafir. Misalnya, katakan musuh mempunyai 2000 orang tentera, maka umat Islam minima mempunyai kekuatan setengahnya, iaitu 1000 orang. Perkara ini berdasarkan dalil firman Allah SWT bahawa satu orang beriman, akan dapat mengalahkan dua orang yang beriman (Surah al-Anfal [8]: 66).
 
[Soalan] Bagaimana dengan alasan fiqh waqi’ atau mencegah bahaya yang lebih besar kalau kita melawan Israel yang kuat?

Alasan tersebut tidak dapat diterima. Ada andaian yang salah, iaitu andaian bahawa yang melawan Israel hanya satu negeri saja, misalnya Mesir saja, Jordan saja, dsb, bukan seluruh umat Islam di seluruh dunia dalam satu kesatuan. Jika andaian salah ini yang digunakan, maka kesimpulannya juga salah, iaitu yang melawan pasti kalah. Namun, jika andaian itu kita ubah, iaitu yang melawan Israel itu bukan hanya satu negeri saja, melainkan umat Islam di seluruh dunia dalam satu kesatuan, maka mengalahkan Israel bukanlah sesuatu yang mustahil.
 
(Bersambung)

Sumber: Alwaie.Net

#Khilafah #Dakwah #Palestin #Gaza #ArmiestoAqsa #ArmiestoGaza #SpeakUpforPalestine #AynalMuslimah #1Ummah1Perjuangan

Exit mobile version