Orang yang Bijaksana Bukanlah Orang yang Teragak-agak antara Kebaikan dan Kejahatan, tetapi Orang yang Memilih Kebaikan
Apakah sebab-sebab kelemahan umat Islam hari ini? Mengapakah maruah mereka dicabul, tanah mereka diceroboh, dan mereka dimiskinkan serta dibiarkan kelaparan, namun mereka tidak mempertahankan diri daripada kezaliman, penghinaan dan kehinaan? Mengapakah mereka menyaksikan satu sama lain mati kelaparan, dibunuh dan diseksa di tangan penjenayah kuffar tanpa mengangkat walau satu jari pun? Mengapakah mereka merasa tidak berdaya, lemah dan tunduk kepada Barat dalam menghadapi segala bencana dan kengerian yang menimpa mereka?
Umat Islam dahulunya bersatu di bawah panji Deen (agama) mereka, dipimpin oleh seorang Khalifah yang melaksanakan hukum-hukum Tuhannya, dan kepadanya mereka taat serta mematuhi perintahnya. Allah (swt) berfirman dalam Kitab-Nya yang mulia:
﴿وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعاً وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنْتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُمْ بِنِعْمَتِهِ إِخْوَاناً﴾
“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara.” [TMQ Ali ‘Imran (3): 103]
Perintah untuk berpegang teguh kepada tali Allah (swt) secara bersama adalah seruan kepada umat Islam pada setiap zaman dan tempat. Ia adalah seruan yang berterusan dan tidak pernah terhenti. Umat Islam wajib bersatu-padu di atas Kitab Allah (swt) dan Sunnah Rasul-Nya (saw), dan tidak boleh berpecah-belah, kerana perpecahan itulah punca kegagalan, kelemahan dan kehinaan:
﴿وَلَا تَكُونُوا كَالَّذِينَ تَفَرَّقُوا وَاخْتَلَفُوا مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَهُمُ الْبَيِّنَاتُ وَأُولَئِكَ لَهُمْ عَذَابٌ عَظِيمٌ﴾
“Dan janganlah kamu menjadi seperti orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah berceri-berai dan berselisihan (dalam agama mereka) sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata (yang dibawa oleh Nabi-nabi Allah), Dan mereka yang bersifat demikian, akan beroleh azab seksa yang besar.” [TMQ Ali ‘Imran (3): 105]
Beginilah keadaan umat Islam di bawah Khilafah: kuat dan digeruni musuh-musuhnya, yang tidak berani menyerang atau mencederakan mereka. Mereka adalah rakyat sebuah negara yang berkuasa, yang reputasinya tersebar luas dan dikenali dikalangan bangsa-bangsa lain. Khalifahnya tidak akan teragak-agak untuk menyediakan tentera yang perkasa untuk melawan sesiapa sahaja yang berani menyerang mana-mana rakyatnya.
Allah (swt) menegaskan keperluan kaum Muslim menjadi satu ummah/umat; kerana pada kesatuannya terletak kekuatannya, dan pada pegangan kepada agama dan syariat-Nya terletak kelangsungan, kedaulatan dan kebaikannya. Maka apakah yang dimaksudkan dengan “Ummah/umat”, dan apakah maknanya kaum Muslim menjadi satu ummah/uma?
Allah (swt) berfirman tentang junjungan Nabi Ibrahim (a.s.) dan pengikutnya yang beriman dengan satu agama dan bersatu atas satu akidah:
﴿تِلْكَ أُمَّةٌ قَدْ خَلَتْ لَهَا مَا كَسَبَتْ وَلَكُمْ مَا كَسَبْتُمْ وَلَا تُسْأَلُونَ عَمَّا كَانُوا يَعْمَلُونَ﴾
“Mereka itu adalah satu umat yang telah lalu sejarahnya; bagi mereka (balasan) apa yang mereka telah usahakan, dan bagi kamu pula (balasan) apa yang kamu usahakan; dan kamu tidak akan ditanya (atau dipertanggungjawabkan) tentang apa yang telah mereka lakukan.” [TMQ Al-Baqarah (2): 134]
Dalam pengertian ini, ummah/umat (bangsa) ialah sekumpulan manusia yang beriman kepada agama atau ideologi yang sama, maka perasaan mereka pun sama. Jadi, kita mengatakan, “Ini bangsa kapitalis”, “Ini bangsa komunis”, dan “Ini bangsa Islam.” Kita tidak mengatakan, “Ini bangsa Arab” atau “Ini bangsa Turki”, kerana walaupun mereka berada di bawah sistem yang sama, anggota-anggotanya berbeza dari segi pegangan dan pemikiran.
Al-Sa‘di berkata dalam tafsir ayat:
﴿وَإِنَّ هَٰذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُونِ﴾
“Sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua, agama yang satu, dan Aku adalah Tuhanmu, maka bertakwalah kepada-Ku.” [TMQ Al-Mu’minun (23): 52]
“Oleh kerana itu, Allah berfirman kepada para rasul: “﴿وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أمَّةً﴾ “sesungguhnya (agama tauhid) ini, adalah agama kamu semua.” Iaitu (agama) kelompok kalian, wahai para rasul, iaitu agama yang ﴿وَاحِدَةً﴾ “satu” . Mereka bersepakat dalam satu agama, dan Tuhanmu adalah satu, ﴿فَاتَّقُونِ﴾ “maka bertakwalah kepada-Ku,” dengan melaksanakan perintah-perintah-Ku dan menjauhi larangan-larangan-Ku. Sungguh, Allah telah memerintahkan kaum Mukminin dengan apa yang diperintahkan-Nya kepada para rasul, agar mereka mengikuti teladan mereka dan berjalan menurut jejak langkah mereka.
﴿يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُلُوا مِنْ طَيِّبَاتِ مَا رَزَقْنَاكُمْ وَاشْكُرُوا لِلَّهِ إِنْ كُنْتُمْ إِيَّاهُ تَعْبُدُونَ﴾
“Wahai orang-orang yang beriman! Makanlah dari benda-benda yang baik (yang halal) yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.” [TMQ Al-Baqarah (2):172]
Oleh itu, adalah menjadi kewajipan ke atas semua orang yang berkaitan dengan para Nabi dan yang lainnya untuk mematuhi perkara ini dan bertindak selaras dengannya.”
Apabila kita berbicara tentang umat Islam, kita wajib merujuk mereka sebagai umat Islam/kaum Muslim (ummah Islamiyyah), kerana ia adalah satu kelompok yang disatukan oleh Islam, pemikiran, konsep dan perasaan mereka, lalu menjadi satu bangsa (umat); sebaik-baik umat yang dikeluarkan untuk manusia, menyeru kepada kebaikan, iaitu Islam, mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya, serta menyelamatkan mereka daripada kesengsaraan dunia serta azab akhirat. Umat Islam adalah sebaik-baik umat yang Allah (swt) keluarkan agar mereka layak memikul kepimpinan dan kekuasaan, serta berusaha menghapuskan punca-punca kerosakan di muka bumi dengan menyuruh kepada kebaikan dan mencegah daripada kemungkaran.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan daripada Abu Hurairah, yang berkata: ﴿كُنْتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ﴾ “Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi umat manusia” [Ali Imran: 110], kata Abu Hurairah; ‘Sebaik-baik manusia untuk manusia, adalah kalian membawa mereka dengan dirantai, hingga mereka masuk Islam.’
Allah (swt) telah membezakan umat Islam dengan ikatan yang tidak dapat diputuskan: ikatan akidah. Ikatan inilah yang menjadikan mereka sebuah bangsa yang kuat, digeruni bangsa-bangsa lain, dan dibezakan dengan persaudaraan yang mengikat anggotanya agar saling bekerjasama, saling membantu dan saling berkasih sayang. Mereka bagaikan satu jasad; apabila satu anggota sakit, seluruh jasad turut merasai tidak tidur dan demam.
«مَثَلُ الْمُؤْمِنِينَ فِي تَوَادِّهِمْ وَتَرَاحُمِهِمْ وَتَعَاطُفِهِمْ مَثَلُ الْجَسَدِ، إِذَا اشْتَكَى مِنْهُ عُضْوٌ تَدَاعَى لَهُ سَائِرُ الْجَسَدِ بِالسَّهَرِ وَالْحُمَّى»
An-Nu’mān bin Basyīr -raḍiyallāhu ‘anhu- meriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan orang-orang mukmin dalam perilaku saling mencintai, kasih sayang, dan tolong-menolong di antara mereka seperti satu tubuh. Jika ada satu bahagian tubuh mengalami sakit, maka sekujur tubuh ikut merasakannya dengan tidak dapat tidur dan merasakan demam.” [Muttafaq ‘alaih]
Rasulullah (saw) benar dalam keterangan dan sabdanya tentang umatnya.
Walaupun terdapat perpecahan, kelemahan dan kehinaan yang dialami oleh umat Islam, solidariti jasad umat ini yang bersatu padu sebagai respons terhadap rayuan saduaranya di sana sini, telah dimanifestasikan melalui doa dan air mata umat atas penderitaan saudara-saudara mereka di Gaza, Syria, Sudan, Turkestan, Kashmir dan negeri-negeri Islam yang lain—meskipun keupayaan mereka untuk membantu amat terhad disebabkan sempadan-sempadan dan pengkhianatan para pemerintah yang menghalang kebangkitan umat untuk memutuskan belenggu dan membebaskan diri daripada penjajahan.
Dalam peperangannya terhadap Islam dan umat Islam, kafir Barat menyedari bahawa mereka tidak mampu menewaskan umat Islam yang bersatu di bawah satu panji dan satu negara. Oleh itu mereka menggunakan strategi “pecah dan perintah”, memecah-belahkan negara Islam dengan bantuan pengkhianat dari dalam umat Islam sendiri. Negara Islam yang bersatu dipecahkan kepada banyak entiti kecil, dengan ejen-ejen mereka dilantik sebagai pemerintah, menjaga sempadan-sempadan, menguatkuasakan sekatan, dan menyebarkan pemikiran serta budaya Barat dalam kalangan umat Islam. Musuh ini cemerlang dalam melemahkan umat Islam di mana-mana, menggunakan semua senjata material dan intelektualnya untuk menghancurkan perpaduan mereka dan menanamkan ideologi beracun seperti “nasionalisme” dan “patriotisme,” menggantikan konsep “umat” (negara Islam) untuk menghancurkan satu badan ini.
Inilah penyakit yang menimpa umat Islam, umat yang dahulu digeruni oleh musuh kerana kekuatan dan kemuliaannya. Ia adalah sebuah negara yang berpegang teguh pada agamanya, mengikuti petunjuk Kitab Tuhannya dan Sunnah Nabinya (saw), dan menyebarkan kebaikan di kalangan manusia. Kemudian ia jatuh ditimpa kehinaan setelah menyimpang daripada petunjuk Tuhannya dan mengikuti Barat serta undang-undangnya yang dipaksakan ke atasnya dengan besi (kekerasan) dan api (penindasan), dan menyebarkan konsep beracunnya di kalangan mereka setelah ia menghancurkan negara Islam (khilafah), sebuah “kubu yang tidak dapat ditembusi”.
Umat (negara) menjadi lemah, terdedah, dan dilanggar kehormatannya, rakyatnya menderita kesengsaraan, ketidakadilan, dan kegelapan.
Allah (swt) berfirman:
﴿مَنْ كَانَ يُرِيدُ الْعِزَّةَ فِلِلَّهِ الْعِزَّةُ جَمِيعاً﴾
“Sesiapa yang mahukan kemuliaan (maka hendaklah ia berusaha mencarinya dengan jalan mematuhi perintah Allah), kerana bagi Allah jualah segala kemuliaan.” [TMQ Fatir (35): 10]
Umar ibn al-Khattab menjelaskan jalan sebenar menuju kehormatan, dengan berkata:
“Kita adalah kaum yang Allah muliakan dengan Islam. Jika kita mencari kemuliaan melalui selainnya, Allah akan menghinakan kita.”
Oleh itu, bagi umat Islam, untuk menjadi satu umat yang memimpin dunia dan menyebarkan kebaikan di kalangan manusia adalah kewajipan Syariat ke atas mereka. Kesatuan umat Islam bukanlah satu pilihan, tetapi perintah Ilahi dan tuntutan al-Quran. Meninggalkannya adalah maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya. Allah (swt) berfirman:
﴿إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ﴾
“Sesungguhnya orang-orang beriman itu adalah bersaudara.” [TMQ Al-Hujurat (49): 10]
Daripada Ibnu Abbas, semoga Allah meredhainya, baginda bersabda: “Silaturrahim boleh terputus, nikmat boleh diingkari, dan apabila Allah telah melunakkan (mendekatkan) hati-hati orang-orang yang bermusuhan, tiada sesuatu pun yang mampu menggoyahkannya.”
Kemudian Rasulullah SAW membaca ayat, ﴿وَلاَ تَنَازَعُوْا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيْحُكُمْ﴾“…
“..Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatu-padukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka…” [TMQ Al-Anfaal (8):63]
Allah (swt) telah melarang umat Islam daripada berpecah belah, kerana di dalamnya terletak kemusnahan mereka dan kerugian bagi umat.
﴿وَلاَ تَنَازَعُوْا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيْحُكُمْ﴾“…
“Dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu,..” [TMQ Al-Anfaal (8):46]
Agar umat Islam benar-benar menjelmakan kebaikan yang dikurniakan kepadanya oleh Allah (swt), dan untuk taat serta beriman kepada Tuhannya, maka ia hendaklah bersatu, mengikuti jalan Nabinya (saw) dan para Sahabatnya (semoga Allah meredhai mereka), dalam melaksanakan hukum Allah (swt) di muka bumi. Ia mestilah menjadi satu umat, menyembah Tuhannya yang satu, mengibarkan panji-panjinya yang satu, dan mematuhi satu-satunya pemimpin yang memerintahnya supaya mengikut hukum Allah (swt) yang adil. Hanya dengan itu ia akan mendapatkan kembali kekuatannya dan mencapai kebangkitannya.
Perpaduan umat Islam adalah satu keperluan yang diterapkan dalam realiti, yang tidak pernah, dan tidak akan pernah benar kecuali, diterapkan di bawah entiti yang kuat yang telah mewakili umat Islam sepanjang sejarah: Negara Khilafah. Di bawah naungannyalah hukum Allah dilaksanakan, dan manusia hidup dengan aman dan bermaruah. Kehidupan tidak pernah, dan tidak akan pernah, benar-benar manis kecuali di bawah pemerintahan Khilafah, kerana hanya di dalamnya hukum Allah (swt) yang adil akan dilaksanakan, dan hanya di dalamnya umat akan hidup dalam damai dan bermaruah.
Beginilah keadaan umat Islam terdahulu, dan beginilah Rasulullah (saw) yang dikasihi meninggalkannya: sebuah umat yang memimpin dan dominan, serta ia mesti kembali kepada keadaan itu.
Umat Islam adalah umat terakhir di bumi dan umat pertama yang masuk ke Syurga, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah (saw):
نَحْنُ الآخِرُونَ السَّابِقُونَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ، بَيْدَ أَنَّهُمْ
“Kita adalah umat yang terakhir (lahir ke dunia) dan umat yang terdahulu (menikmati kelebihan, ganjaran dan masuk syurga) pada hari kiamat ….” [HR al-Bukhari (836) dan Muslim (855)]
Dan Allah (swt) mengabulkan syafaat Rasulullah (saw) dengan rahmat-Nya pada Hari Kiamat.
Daripada Abu Juma’ah, dia berkata: Kami makan bersama Rasulullah (saw), dan Abu Ubaidah ibn al-Jarrah bersama kami. Dia berkata: Wahai Rasulullah, adakah sesiapa yang lebih baik daripada kami? Kami memeluk Islam bersamamu dan berperang bersamamu. Baginda bersabda: «نَعَمْ قَوْمٌ يَكُونُونَ مِنْ بَعْدِكُمْ يُؤْمِنُونَ بِي وَلَمْ يَرَوْنِي» “Ya, akan ada orang selepas kamu yang akan beriman kepadaku, walaupun mereka tidak pernah melihatku.”
Sudah cukup menjadi penghormatan bagi umat Islam bahawa ia adalah umat Muhammad (saw), umat “Tiada Tuhan melainkan Allah,” sebuah umat yang mesti dihargai, dihormati, dan dimuliakan. Ia mesti berusaha untuk menjelmakan dan menuntut semula sifat-sifat ini supaya ia sekali lagi layak memimpin dunia kepada kebaikan dan kekuasaan ke atasnya, berdasarkan kehormatan yang Allah (swt) kurniakan kepadanya melalui “agama Islam.”
Alangkah tingginya kedudukan yang telah kalian capai, wahai umat Islam! Bagaimanakah kalian boleh melepaskan kehormatan dan darjat yang tinggi ini?
Imam al-Syafi’ie berkata: “Orang yang bijaksana bukanlah orang yang teragak-agak antara kebaikan dan kejahatan, tetapi orang yang bijaksana ialah orang yang memilih kebaikan.” Maksudnya ialah orang yang bijak memilih kebaikan daripada luar dan tidak mengabaikannya, kerana mengabaikan kebaikan menjadikan seseorang terdedah kepada kerugian atau penyesalan kemudian hari.
Umat Islam adalah umat yang terbaik, umat yang bijaksana, berfikir, dan merenungkan ciptaan Allah (swt). Ia telah dibimbing kepada Tuhannya dan telah beriman kepada-Nya, Kitab-Nya, dan hukum-hukum-Nya. Bagaimanakah umat ini boleh meninggalkan kebaikan yang diamanahkan oleh Rasul-Nya (saw) ini untuk disampaikan kepada umat lain, menerangi jalan mereka, membimbing mereka ke jalan kebenaran, dan mengeluarkan mereka dari kegelapan?
Tambahan pula, bagaimana kita—anak-anak umat ini—akan bertemu Allah (swt) kelak sedangkan kita telah berikrar kepada-Nya bahawa kita tidak akan menyembah selain-Nya dan bahawa tiada apa-apa selain agama dan hukum-Nya yang akan memerintah bumi dan semua yang ada di dalamnya?
﴿وَإِذْ أَخَذَ رَبُّكَ مِن بَنِي آدَمَ مِن ظُهُورِهِمْ ذُرِّيَّتَهُمْ وَأَشْهَدَهُمْ عَلَىٰ أَنفُسِهِمْ أَلَسْتُ بِرَبِّكُمْ قَالُوا بَلَىٰ شَهِدْنَا أَن تَقُولُوا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّا كُنَّا عَنْ هَٰذَا غَافِلِينَ﴾
“Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): “Bukankah Aku tuhan kamu?” Mereka semua menjawab: “Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: “Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini”.” [TMQ Al-A’raaf (7):172)
Wahai umat Islam: Kami bersaksi bahawa Allah adalah Tuhan kami, tiada Tuhan selain Dia, dan bahawa Dia adalah Pencipta kami, Pencipta kami, Pembentuk kami, dan Pemberi Rezeki kami… Dia menghidupkan kami dan mematikan kami, dan Dia akan membangkitkan kami supaya kami dapat bertemu dengan-Nya dan mencapai Syurga-Nya, yang telah dijanjikan-Nya kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, soleh, dan ikhlas. Kesaksian kita ini mestilah diamalkan dan dilaksanakan supaya kita boleh jujur kepada Allah (swt) dan Dia akan memenuhi janji-Nya kepada kita.
Keadaan umat Islam hari ini menyakitkan dan menyedihkan, tetapi jalan untuk mengubahnya adalah jelas dan nyata.
Umat mesti kembali kepada sumber kemuliaan dan kehormatannya: entiti politik yang bersatu yang memerintahnya mengikut hukum Tuhannya, menyebarkan hukum-Nya, dan mengibarkan panji-panji agama-Nya, sekaligus membuktikan kebenaran Penciptanya. Umat mesti bersatu di bawah naungan satu negara yang diperintah oleh seorang pemimpin tunggal yang bertakwa kepada Allah (swt) dan jujur kepada-Nya, berusaha menyebarkan agama-Nya dan meninggikan kalimah-Nya sehingga ia menjadi tertinggi dan perkataan orang-orang kafir direndahkan, sehingga penghakiman hanya milik Allah (swt). Umat hendaklah menggalakkan generasinya untuk memecahkan sempadan, rantai besi (belenggu), dan membebaskan diri mereka daripada cengkaman penjajahan.
Kita memohon kepada Allah (swt) agar kita termasuk dalam kalangan mereka yang berusaha mencapai kegemilangan ini, dan kita memohon kepada-Nya, Yang Maha Agung, agar kita termasuk dalam kalangan mereka yang berusaha untuk menegakkan semula Khilafah Rasyidah kedua (Khilafah yang Dibimbing dengan Benar), yang akan mengembalikan kegemilangan dan status umat, membolehkannya mendapatkan kembali kebaikannya yang membezakan dan mengangkatnya di atas bangsa-bangsa lain. Ya Allah (swt), satukan umat ini, singkirkan daripada mereka semua yang menyebabkan perpecahan, dan bimbinglah mereka kembali kepada agama-Mu, yang telah Engkau pilih, dengan cara yang indah.
Ditulis untuk Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir oleh
Zeina As-Samir
#KesatuanUmmah #ItsTimetobeOneUmmah #OneUmmah #1Ummah1Perjuangan #IslamUnity

