Palestin Perlu Pembebasan, Bukan Perdamaian Yang Penuh Penipuan
Takwa sesungguhnya menuntut kita selalu jujur dalam ucapan. Takwa meminta kita terbiasa jernih dalam pandangan. Takwa memerintahkan kita senantiasa lurus dalam tindakan. Sebaliknya, takwa menolak kita untuk terpedaya oleh kehidupan dunia yang penuh helah dan tipu daya.
Oleh sebab itu mari kita senantiasa menjaga ketakwaan. Agar kita tetap dalam kewarasan dan kecerdasan. Jangan sampai takwa kita tanggalkan. Sebabnya, tatkala takwa kita lepaskan, yang tersisa hanyalah kebodohan. Demikian sebagaimana yang pernah Sayidina Abu Bakar RA katakan, “Kecerdasan hanya ada dalam ketakwaan. Kebodohan ada dalam dosa dan kemaksiatan.”
Hari ini, umat Islam kembali dihadapkan pada sebuah projek global Amerika bernama “Board of Peace”. Dewan Perdamaian. Namanya indah dan menawan. Bahasanya sejuk dan berkesan. Namun, di sebaliknya tersembunyi agenda penjajahan yang disamarkan.
Sejarah telah berulang kali mengajarkan: Penjajahan tidak selalu datang dengan bom dan kereta kebal. Ia sering datang dibalut sut dan tali leher yang elegan. Duduk manis di sebalik meja rundingan, dengan sajian berbagai istilah diplomatik yang mengesankan. Sedangkan di sebalik itu, misi penjajahan baru telah disiapkan.
Amerika Syarikat kini tampil sebagai pengatur Gaza masa depan. Sedangkan jejak sejarahnya dipenuhi dengan pencerobohan, kudeta dan penjajahan atas negeri-negeri Muslim. Iraq, Afghanistan, Syria, Sudan dan sejumlah negeri Muslim yang lain pernah merasakan keganasan Amerika yang sangat sombong. Ironi ini terlalu ketara untuk tidak dihiraukan. Sedangkan sepatutnya para penguasa Muslim menolak segala bentuk inisiatif perdamaian yang di sebaliknya ada misi penjajahan. Sebabnya, Allah SWT telah memperingatkan:
﴿وَلَنْ يَجْعَلَ اللَّهُ لِلْكَافِرِينَ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ سَبِيلًا﴾
“…dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman” [TMQ an-Nisaa’ (4): 141]
Ayat ini bukan sekadar bacaan. Ia adalah prinsip iman. Penggera kesedaran. Sekaligus merupakan garis batas keberpihakan.
Namun sayang, apa yang terjadi kemudian? Urusan Gaza malah diserahkan kepada dewan yang dikendalikan oleh negara pelaku utama penjajahan. Rakyat Palestin yang menjadi korban tidak dilibatkan. Sebaliknya, Zionis Yahudi—penjajah Palestin dan penyembelih Gaza—ikut duduk manis di dalamnya dengan nyaman. Sungguh ironi dan memuakkan! Jelas, itu bukan perdamaian. Itu perampasan kedaulatan dan pengukuhan penjajahan.
Lebih menyakitkan lagi, rakyat Gaza diminta melucutkan senjata agar mereka tidak melakukan sebarang penentangan. Sedangkan senjata itulah alat mempertahankan hidup dan kehormatan. Ini jelas bertentangan dengan apa yang Rasulullah SAW sabdakan:
مَنْ قُتِلَ دُونَ مَالِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ، وَمَنْ قُتِلَ دُونَ أَهْلِهِ أَوْ دُونَ دَمِهِ أَوْ دُونَ دِينِهِ فَهُوَ شَهِيدٌ
“Siapa saja yang terbunuh kerana membela hartanya maka dia syahid. Siapa yang terbunuh kerana membela keluarganya, jiwanya, atau agamanya maka dia syahid.” (HR. at-Tirmiżi).
Hadis ini menegaskan: Pembelaan diri dan perlawanan terhadap pelaku keganasan ataupun penjajahan adalah kewajipan. Ia merupakan jihad yang agung dan sebuah kehormatan. Status “syahid” cukup layak disematkan sebagai penghargaan kepada siapa saja yang wafat dalam membela diri, keluarga, agama dan kehormatan.
Penjajahan di mana pun, termasuk di Palestin, sesungguhnya tidak akan pernah berakhir di meja rundingan yang tidak adil. Apatah lagi pencetusnya adalah negara-negara kafir pelaku penjajahan.
Penyelesaian untuk membebaskan Gaza dan Palestin bukanlah dengan rundingan. Penyelesaian satu-satunya adalah dengan jihad memerangi dan menghalau Zionis Yahudi dari bumi Palestin yang diberkati. Jihad inilah yang telah Allah SWT perintahkan dalam al-Quran yang suci:
وَٱقۡتُلُوهُمۡ حَيۡثُ ثَقِفۡتُمُوهُمۡ وَأَخۡرِجُوهُم مِّنۡ حَيۡثُ أَخۡرَجُوكُمۡ ۚ
“Dan bunuhlah mereka (musuh yang memerangi kamu) di mana sahaja kamu dapati mereka, dan usirlah mereka dari tempat yang mereka telah mengusir kamu.” [TMQ al-Baqarah (2): 191]
Allah SWT lalu menegaskan pada hujung ayat ini:
فَإِن قَٰتَلُوكُمۡ فَٱقۡتُلُوهُمۡ ۗ كَذَٰلِكَ جَزَآءُ ٱلۡكَٰفِرِينَ
“Oleh itu kalau mereka memerangi kamu (di situ), maka bunuhlah mereka. Demikianlah balasan bagi orang-orang yang kafir.” [TMQ al-Baqarah (2): 191]
Kerana itu sebenarnya, cukup dengan mengerahkan ratusan ribu tentera Muslim dari negara-negara Arab saja, tentu sangat mudah berjihad untuk menumpaskan sekaligus mengusir Zionis Yahudi dari Bumi Palestin. Sayangnya, saat ini umat tidak memiliki institusi global sebagai pemersatu mereka. Itulah Khilafah yang tidak ada duanya. Khilafah inilah—sebagaimana dulu—yang dapat menghimpunkan seluruh potensi, sumber daya dan kekuatan umat—termasuk ketenteraan—di seluruh dunia. Dengan itulah Khilafah mampu menjadi satu-satunya institusi pembela dan pelindung umat sedunia. Termasuk Palestin.
Kerana itu umat Islam sedunia sangat memerlukan Khilafah. Sebabnya, sebagaimana sabda Rasulullah saw.:
إِنَّمَا الْإِمَامُ جُنَّةٌ
“Imam (Khalifah) adalah perisai” (HR. al-Bukhari dan Muslim)
Maknanya, kata Imam an-Nawawi rahimahulLaah: “(Imam/Khalifah itu) seperti pelindung. Sebabnya, ia menghalangi musuh untuk menyakiti kaum Muslim…serta melindungi kemuliaan Islam.” (An-Nawawi, Syarh an-Nawawi ‘alaa Muslim, 6/315)
Faktanya, sepanjang sejarah, hanya pada era Khilafahlah kemuliaan Islam serta darah dan kehormatan kaum Muslim benar-benar terjaga.
Pada masa Khalifah Harun ar-Rasyid, Contohnya, Kaisar Byzantium, Nikephoros I, pernah mengirim surat yang meremehkan Khilafah dan menolak membayar jizyah. Apa jawapan sang Khalifah? Beliau tegas menyampaikan balasan:
“Dari Harun, Amirul Mukminin, kepada Nikephoros, Anjing Romawi. Aku telah membaca suratmu. Jawapannya adalah apa yang akan segera kamu lihat! Bukan apa yang akan kamu dengar.”
Tidak ada diplomasi kosong. Tidak ada dewan perdamaian. Yang ada adalah ribuan pasukan Islam yang bergerak dengan gagah dan penuh keberanian. Romawi pun pada akhirnya dapat dikalahkan dan kembali ditundukkan. Kehormatan umat Islam juga terjaga dan tidak mudah untuk dihina (Al-Khathib al-Baghdadi, Taariikh Baghdaad, 8/364; Ibnu Katsir, Al-Bidaayah wa an-Nihaayah, 10/184)
Dengarkan pula kisah Khalifah al-Mu’taṣim Billah. Pada masanya ada seorang Muslimah direndahkan dan ditawan di Amuriyah. Dalam deritanya, dia berseru, “Waa Mu’tashimaah!” “Wahai Khalifah al-Mu’tashim Billah! Tolonglah!”
Seruan itu sampai ke telinga Khalifah. Jawapan beliau singkat, tegas dan bersejarah: “Aku penuhi panggilanmu, wahai Muslimah!” Tanpa rundingan. Tanpa resolusi. Tanpa kompromi. Puluhan ribu pasukan Islam segera bergerak. Romawi segera ditundukkan dan ditakluk. Puluhan ribu tentera Romawi tewas dan ribuan lainnya ditawan. Kehormatan seorang Muslimah juga berjaya dibela oleh Khilafah Islam. Dengan penuh kesungguhan dan kepahlawanan (Ath-Thabari, _Taariikh al-Umam wa al-Muluuk, 8/631–634; Ibnu Katsir, _Al-Bidaayah wa an-Nihaayah, 10/325).
Begitu juga Sultan ‘Abdul Hamid II, Khalifah Turki Uthmaniyyah. Ketika Theodor Herzl menawarkan harta besar agar Palestin diserahkan kepada Yahudi, jawapan Khalifah bergema sepanjang sejarah: “Aku tidak akan menyerahkan tanah itu walau sejengkal. Ia bukan milikku. Ia adalah milik seluruh umat Islam.” (Muhammad Harb, Abdul Hamid II, Akhir as-Salaathiin al-Utsmaaniyyiin al-Kibaar, hlm. 123–125).
Inilah Khilafah yang kembali kita rindukan. Inilah Perisai Islam. Pelindung sejati kaum Muslim.
Disaring daripada: Naskah Khutbah Jumaat (Volume 20 – Januari 2026), terbitan Tim Media IDAROH [Ikatan Da’i Rohmatan lil ‘Aalamiin]
#Gaza #Palestin #FreePalestin #KhilafahSistemIslam #KembalikanJunnahUmmah #1Ummah1Perjuangan

