Site icon MuslimahHTM News

Pendapat Imam al-Qurthubi Bahawa Wanita Menopaus Tetap Perlu Tutup Aurat dan Pakai Khimar

Pendapat Imam al-Qurthubi Bahawa Wanita Menopaus Tetap Perlu Tutup Aurat dan Pakai Khimar (Tudung)

 

Oleh: Ustaz Yuana Ryan Tresna

 

Sebenarnya dalam soal jawab al-Alim Syeikh Atha Abu Rasytah hanya menjelaskan hakikat dan makna “al-qawa’id min an-nisa” tanpa memperincikan terkait pakaian mana yang boleh ditanggalkan.

 

Lalu dalam masalah pakaian mana yang boleh ditanggalkan, kita boleh merujuk pendapat Imam al-Qurthubi dalam Tafsirnya dengan pemahaman yang tepat.

 

Imam al-Qurthubi menjelaskan ada 5 masa’il dari surah An-Nur ayat 60. Terkait pakaian mana yang boleh ditanggalkan ada di poin 4 sebagai berikut:

 

الرابعة : قرأ ابن مسعود ، وأبي ، وابن عباس ( أن يضعن من ثيابهن ) بزيادة ( من ) قال ابن عباس : وهو الجلباب .

Keempat: Ibn Mas‘ūd, Abī, dan Ibn ‘Abbās yang membaca ayat (أَنْ يَضَعْنَ مِنْ ثِيَابِهِنَّ) dengan tambahan kata (مِنْ). Ibn ‘Abbās berkata: “Yang dimaksudkan adalah jubah.”

 

Memang ada riwayat yang mengatakan melepaskan khimārnya. Beliau melanjutkan:

وروي عن ابن مسعود أيضا ( من جلابيبهن ) والعرب تقول : امرأة واضع ، للتي كبرت فوضعت خمارها .

Diriwayatkan pula dari Ibn Mas‘ūd bacaan (مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ). Orang-orang Arab mengatakan “wanita wāḍi’” untuk merujuk kepada wanita yang sudah lanjut usia sehingga dia meletakkan (melepas) khimār-nya.

 

Lebih spesifik disebutkan ada ulama yang membolehkan menanggalkan khimār dan membuka aurat rambutnya, sebagai berikut:

 

وقال قوم : الكبيرة التي أيست من النكاح ، لو بدا شعرها فلا بأس ؛ فعلى هذا يجوز لها وضع الخمار .

Sebahagian ulama berpendapat: Wanita tua yang sudah putus asa (tidak berhasrat) dari pernikahan, jika rambutnya terlihat maka tidak mengapa. Berdasarkan pendapat ini, dibolehkan baginya melepas khimār.

 

Namun sebenarnya imam al-Qurthubi sendiri tidak menyepakati pendapat itu. Beliau justeru menguatkan pendapat yang menurut beliau adalah benar (kuat) berdasarkan riwayat Ibn Mas‘ūd, Ibn Jubair, dll., sbb:

 

والصحيح أنها كالشابة في التستر ؛ إلا أن الكبيرة تضع الجلباب الذي يكون فوق الدرع والخمار ، قاله ابن مسعود ، وابن جبير ، وغيرهما .

Namun pendapat yang sahīh (maksudnya kuat) adalah bahawa wanita tua tetap sama seperti wanita muda dalam kewajipan menutup aurat. Hanya saja, wanita tua boleh melepaskan jubah yang dipakai di atas dir’ dan khimār. Demikianlah pendapat Ibn Mas’ūd, Ibn Jubair, dan selain keduanya.

 

Jadi, imam al-Qurthubi lebih menguatkan pendapat bahawa wanita menopaus hanya boleh menanggalkan jubah (pakaian luar), bukan khimār (tudung), dan tetap wajib menutup aurat.

 

Hal itu juga dikuatkan oleh kitab-kitab Tafsir lain. Contohnya dalam Tafsir Ibn Katsir:

 

وقال سعيد بن جبير وغيره في قراءة عبد الله بن مسعود ” أن يضعن من ثيابهن ” وهو الجلباب من فوق الخمار فلا بأس أن يضعن عند غريب أو غيره بعد أن يكون عليها خمار صفيق

“Dan Sa’īd bin Jubair serta selainnya berkata—berdasarkan qirā’ah (bacaan) Abdullah bin Mas’ūd—tentang firman “أن يضعن من ثيابهن”, iaitu yang dimaksudkan adalah jubah yang dipakai di atas khimār. Maka tidak mengapa bagi mereka (para perempuan) untuk melepaskannya di hadapan orang asing atau selainnya, selama masih mengenakan khimār yang tebal.”

 

Wallahu a’lam

 

 

#AuratMuslimah #Muslimah #HijabSyarie #wargaemas #FikihWanita

Exit mobile version