Site icon MuslimahHTM News

KHILAFAH AKAN MENYATUKAN UMAT MENENTANG PENGARUH DAN CAMPUR TANGAN POLITIK ASING

INILAH CARANYA…
KHILAFAH AKAN MENYATUKAN UMAT MENENTANG PENGARUH DAN CAMPUR TANGAN POLITIK ASING

 

Dasar luar Negara Khilafah akan berteraskan dakwah dan jihad, yang dengannya umat Islam bukan sahaja akan menikmati perlindungan dan keselamatan, malah menjadikan Khilafah sebuah kuasa politik, ekonomi dan ketenteraan yang besar, serta digeruni oleh seluruh rejim kuffar dan pendukungnya.

 

Negara Khilafah bertanggungjawab menyingkap wajah sebenar politik kapitalis yang mementingkan diri, yang telah menyeret dunia ke dalam kekacauan hari ini, di mana nilai nyawa manusia dinilai berdasarkan wang dan bangsa (nasionalisme). Sistem politik yang kejam ini, yang mempergunakan manusia seperti bahan ujikaji untuk eksperimen perubatan, sosial dan ekonomi, akan dicabut akar umbinya di seluruh wilayah umat Islam. Ia juga akan menjadi contoh kepada negara-negara lain serta sebagai satu bentuk dakwah.

 

Pertama sekali, Khilafah akan menghapuskan semua pangkalan tentera asing, pasukan ketenteraan dan perisikan asing dari wilayahnya, dan tidak akan sekali-kali membenarkan walau seorang pun tenteranya dijadikan bidak untuk berperang demi kepentingan kerajaan asing.

 

Negara Khilafah juga akan menghentikan penindasan terhadap umat Islam di negara-negara bukan Islam. Daripada merayu kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Khilafah akan menggerakkan pasukannya untuk membebaskan rakyat Gaza, Rakhine, Kashmir, Palestin dan Turkistan Timur.

 

Pemerintah-pemerintah zalim, munafik dan pengkhianat seperti yang wujud hari ini di seluruh dunia Islam — di Mesir, Turki, Syria, Sudan, Pakistan, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu dan lain-lain — akan dipertanggungjawabkan atas pertumpahan darah umat Islam yang berlaku secara zalim.

 

Diaspora negara-negara umat Islam akan disatukan menjadi satu kesatuan di bawah sebuah negara tunggal yang memiliki kuasa dan pengaruh antarabangsa yang sangat besar.

 

Kesatuan dan kekuatan sebenar akan menjadikan Khilafah sebuah kuasa politik, ekonomi dan ketenteraan yang besar, serta digeruni oleh seluruh golongan kafir.

 

Di bawah naungan Khilafah, umat Islam bukan sahaja akan menikmati perlindungan dan keselamatan, malah akan memahami makna jihad yang sebenar. Sebuah angkatan tentera yang terlatih dengan penguasaan menyeluruh terhadap budaya Islam akan menjadi tulang belakang kepada negara.

 

#Khilafah #KhilafahSistemIslam #KhilafahAjaranIslam #PolitikEkonomiIslam #PolitikNegaraKhilafah

 

Exit mobile version