Negara Wajib Menjamin Perkhidmatan Awam
Ibnu Abbas RA berkata, “Orang-orang daripada tawanan Perang Badar tidak memiliki tebusan. Lalu Rasulullah SAW menjadikan tebusan mereka adalah dengan mengajarkan anak-anak Ansar menulis.” [HR Ahmad, al-Baihaqi dan al-Hakim].
Hukum tawanan perang telah dinyatakan di dalam Al-Quran, surah Muhammad ayat 4, iaitu dibebaskan (al-mannu) atau dibebaskan dengan tebusan (al-fidâ‘).
Wang tebusan tawanan perang secara syarie termasuk bahagian daripada ghanimah yang menjadi hak seluruh kaum Muslim. Ertinya, khidmat mengajar membaca dan menulis itu menjadi hak kaum Muslim, kerana dibiayai dengan ghanimah yang merupakan milik kaum Muslim.
Khidmat mengajar membaca dam menulis sangat diperlukan oleh kaum Muslim pada masa itu. Khidmat seperti itu pada zaman sekarang disebut sebagai perkhidmatan awam, iaitu khidmat (manfaat) yang diperlukan oleh masyarakat dan manfaatnya diperuntukkan untuk seluruh masyarakat. Perkhidmatan awam itu mesti disediakan untuk masyarakat oleh Negara. Ini disebabkan oleh, jika tidak tersedia maka masyarakat akan mengalami masalah dan dharar. Penyediaan perkhidmatan awam itu menjadi kewajipan negara dan dibiayai dengan kas negara. Inilah yang ditunjukkan oleh mafhum hadis di atas.
Terkait perkhidmatan kesihatan, Imam Muslim meriwayatkan bahawa Rasul SAW mengutus doktor untuk mengubati Ubay bin Kaab RA. Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak meriwayatkan bahawa Khalifah Umar RA pernah mengutus doktor untuk mengubati Aslam.
Dari semua itu diambil ketentuan syariah bahawa perkhidmatan yang manfaatnya melampaui individu, menjangkau masyarakat secara umum, dan perkhidmatan itu menjadi keperluan masyarakat, maka perkhidmatan itu termasuk kemaslahatan umum yang wajib disediakan oleh negara untuk seluruh masyarakat secara percuma. Negara wajib menjamin pemenuhan perkhidmatan awam itu dan dibiayai dari Baitul Mal (perbendaharaan negara). Di antaranya, Negara mesti menggajikan para pegawai untuk mengurusi pelbagai bidang urusan masyarakat, dan memberikan perkhidmatan awam, termasuk kesihatan, pendidikan, pentadbiran dan perkhidmatan yang diperlukan bagi kebaikan dan peningkatan taraf kehidupan masyarakat secara umum.
Sumber: “Negara Wajib Menjamin Perkhidmatan Awam” – Ustaz Yahya `Abdurrahman
#Khilafah #KhilafahSistemIslam #PerkhidmatanAwam

