Site icon MuslimahHTM News

KHILAFAH AKAN MEMASTIKAN PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN

BEGINILAH CARANYA…

KHILAFAH AKAN MEMASTIKAN PEMBANGUNAN DAN KEMAJUAN

 

Khilafah akan membina sistem pendidikan yang cemerlang yang akan membolehkan negara memenuhi semua matlamat mulia bagi umat Islam dan seluruh dunia.

 

Ini kerana, sebagai sebuah negara yang berusaha untuk memimpin dunia ini dengan cahaya Islam, Khilafah diwajibkan oleh Allah (swt) untuk mempunyai visi politik yang bebas di dalam dan di luar negara yang berasaskan Islam semata-mata; dan oleh itu juga, Khilafah bertanggungjawab membentuk kurikulum pendidikannya sendiri, serta menyediakan perkhidmatan dan infrastruktur awamnya, dan memenuhi keperluan negara dan rakyatnya, kerana Allah (swt) berfirman,

 

﴿ َوَلَن يَجْعَلالّو ُ لِلْكَافِرِين َ عَلَى الْمُؤْمِنِين َ سَبِيلا﴾

“…dan Allah tidak sekali-kali akan memberi jalan kepada orang-orang kafir untuk membinasakan orang-orang yang beriman.” [TMQ al-Nisaa’ (4):141]

 

Sistem Pendidikan Khilafah akan memastikan pemenuhan isu dan kepentingan utama negara dan warganya, memastikan kemandirian dan kemapanan yang berdikari. Hal ini justeru akan menamatkan hubungan antara sistem pendidikan di tanah kita dan keperluan perindustrian, pertanian, teknikal serta lain-lainnya, yang membawa kepada kebergantungan kepada negara lain.

 

Di samping itu, Khilafah juga akan melabur dalam perindustrian secara besar-besaran untuk memenuhi keperluan masyarakatnya secara bebas dan menjadikannya kuasa besar dunia, yang akan memanfaatkan dan menggunakan kemahiran serta minda cemerlang graduan umat ini demi pembangunan negara, supaya kebolehan berharga mereka tidak disia-siakan atau dirampas oleh kerajaan asing.

 

Islam dan umat Islam akan menuntut semula kemenangan dan kegemilangan mereka serta kedudukan saintifiknya di barisan hadapan. Pendidikan akan tersedia untuk semua lapisan masyarakat, tidak terhad kepada golongan kaya dan berkuasa sahaja. Negara akan mempunyai keunggulan sains dan teknologi yang diperlukan untuk industri berat, peperangan moden dan aspek kehidupan lain yang akan dimanfaatkan dalam penyebaran Islam. Semua ini hanya akan dicapai dengan kehadiran Khalifah (pemimpin) yang ikhlas kepada Tuhannya, yang mementingkan kepentingan umatnya, dan ini hanya akan dicapai dengan memiliki teknologi yang berkualiti dan oleh para saintis yang kreatif.

 

Apabila terdapat negara Khilafah yang menaja kreativiti, sudah pasti para intelektual Muslim yang berhijrah ke Barat akan kembali. Keunggulan sains teknologi dan ketenteraan pasti akan kembali seperti dahulu kala, ketika umat Islam dapat mengatasi keunggulan sains dan ketenteraan Rom dan Parsi.

 

Selepas itu, umat Islam dapat mengelola sumber di tanah-tanahnya, serta melakukan penemuan serta kajian berdasarkan aturan-aturan sainsnya, sekaligus mampu mencapai pencapaian yang luar biasa dalam bidang perubatan, kejuruteraan, astronomi, geografi dan lain-lain. Eropah bahkan pernah menghantar pelajarnya untuk menuntut ilmu sains daripada umat Islam.

 

 

#khilafahsistemislam #sejarahumatislam #oneummah

Exit mobile version