Site icon MuslimahHTM News

Ancaman Tersembunyi Algoritma yang Merosakkan Keperibadian Anak

Ancaman Tersembunyi Algoritma yang Merosakkan Keperibadian Anak

 

Bukan Lagi Ibu Bapa, Keperibadian Anak Kini “Ditala” oleh Algoritma

 

Tanpa kita sedari, algoritma telah mengambil alih peranan penting ibu bapa dan guru dalam membentuk keperibadian anak. Bayangkan algoritma berfungsi seperti pelayan restoran yang sangat pintar. Ia sentiasa memantau, memahami apa yang disukai oleh anak anda, lalu tanpa henti menghidangkan “menu” kandungan yang membuatkan mereka ketagihan.

 

Ada istilah kunci untuk proses ini: tuning. Istilah ini tidak datang dari dunia psikologi, melainkan dari bidang Kecerdasan BuatanTuning adalah proses yang digunakan untuk ‘menala’ mesin agar menjadi cerdas. Kini, proses yang sama sedang digunakan algoritma untuk ‘menala’ anak-anak kita, membentuk dua perkara asas:

 

Muyul: Apa yang anak sukai dan benci, atau kecenderungan perasaannya.

Mafhum: Konsep anak tentang baik-buruk dan benar-salah, atau pola fikirnya.

 

Poin ini sangat penting. Ibu bapa mungkin merasa anak mereka selamat kerana hanya berada di dalam bilik. Sedangkan, pada masa yang sama, fikiran dan perasaan mereka sedang ‘diprogram’ oleh entiti tak terlihat yang tujuannya bukanlah untuk kebaikan anak, melainkan untuk kepentingan komersial.

 

Akses Gajet Terlalu Awal Berisiko Merosakkan Kesihatan Mental

 

Sebuah kajian berskala besar memberikan bukti nyata akan bahaya ini. Dengan melibatkan lebih dari 100,000 remaja di 163 negara, kajian ini mengungkap korelasi yang membimbangkan: semakin muda seorang anak (di bawah 13 tahun) memiliki telefon pintar (smartphone), semakin rendah skor kesihatan mental mereka ketika meningkat dewasa (usia 18-20 tahun).

 

Dapatan khusus kajian tersebut menunjukkan risiko-risiko berikut:

 

 

Ancaman ini bukan lagi masalah di negara lain. Ini adalah krisis yang nyata dan sudah ada di depan mata kita.

 

Fenomena Brain Rot: Ketika Otak Anak secara Harfiah Membusuk

 

Pada tahun 2024, Oxford mempopularkan istilah yang sangat membimbangkan: Brain Rot atau pembusukan otak. Ini adalah keadaan di mana kemampuan kognitif seseorang menurun drastik akibat menikmati kandungan yang ringan dan dangkal secara terus-menerus.

 

Kesan Brain Rot yang sangat nyata dan merosakkan:

 

 

Ini bukan lagi sekadar masalah anak menjadi malas, tetapi tentang kerosakan fizikal pada organ terpenting mereka. Kerosakan pada otak akan memberi kesan jangka panjang dan kekal pada masa depan mereka.

 

`Perhatian’ Anak Kita adalah Produk yang Dijual

 

Pernahkah kita bertanya mengapa gajet dan aplikasi di dalamnya begitu menagihkan?

 

Jawapannya terletak pada konsep yang disebut “Surveillance Capitalism” atau kapitalisme pemantauan. Konsep ini dipopularkan oleh Shoshana Zuboff, seorang pakar dari Harvard, dalam bukunya The Age of Surveillance Capitalism. Di dunia digital, produk yang sebenarnya dijual bukanlah aplikasi atau permainan percuma, melainkan perhatian (attention) kita dan anak kita.

 

Analoginya seperti sebuah pusat beli-belah. Aplikasi digital direka untuk membuat kita selesa berlama-lama di dalamnya. Data tentang berapa lama dan apa saja yang kita lihat itulah yang menjadi produk mahal yang dijual kepada para pengiklan. Fakta yang paling mengejutkan adalah usaha untuk berhenti dari ketagihan gajet memiliki kadar kegagalan hingga 90%.

 

Alasannya? Kita bukan sedang melawan aplikasi, tetapi kita melawan “makhluk super genius” (AI) yang telah memantau, mencatat dan memahami diri kita lebih baik daripada kita memahami diri sendiri.

 

Kehancuran Sistematik Akhlak: Dari Rasa Malu hingga Kejujuran

 

Ditemui sebuah pola yang mengejutkan dan mengerikan: nilai-nilai akhlak mulia yang menjadi tiang dalam Islam, kini dihancurkan secara sistematik oleh dunia digital. Kontra antara apa yang diajarkan agama dengan apa yang dipromosikan algoritma begitu tajam.

 

1) Rasa Malu: Dihilangkan dengan trend tarian yang tidak sopan dan kebiasaan berkata kasar yang dinormalisasi.

2) Ketenangan (Tidak Tergesa-gesa): Dihancurkan oleh budaya serba cepat, segera dan tidak sabar yang ditanamkan oleh kandungan yang pendek.

3) Kejujuran: Dirosak oleh budaya flexing (menunjuk-nunjuk) dan menampilkan versi diri yang tidak nyata demi pengiktirafan sosial.

4) Kecermatan (Tabayyun): Diabaikan kerana kebiasaan menyebarkan berita hanya dari tajuknya tanpa memeriksa kebenaran isinya.

 

Tanggungjawab ini pada akhirnya kembali kepada ibu bapa. Sebagaimana diperingatkan oleh Imam Ibnul Qayyim:

 

“Barangsiapa yang dengan sengaja tidak mengajarkan apa yang bermanfaat bagi anaknya dan meninggalkannya begitu saja, bermaksud dia telah melakukan sebuah kejahatan yang sangat besar. Kerosakan pada diri anak kebanyakannya dari sisi ibu bapa.”

 

Strategi Praktikal Mengambil Kembali Peranan Ibu bapa

 

Menghadapi situasi genting ini, pasrah bukanlah pilihan. Ibu bapa perlu mengambil kembali peranan utamanya. Berikut adalah strategi praktikal yang boleh diterapkan:

 

1) Fahami Peranan Utama Ayah: Al-Quran dalam Surah At-Tahrim ayat 6 mengingatkan, “Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.” Tugas mendidik dan memastikan keselamatan keluarga, terutamanya di era digital, adalah tanggungjawab utama seorang ayah.

 

2) Wajib Belajar Ilmu Parenting Digital: Mendidik anak hari ini berbeza dengan 20 tahun lalu. Ibu bapa wajib terus belajar ilmu parenting yang relevan. Menjadi “ahli parenting digital” di rumah sendiri bukan lagi pilihan, melainkan sebuah keperluan agar dapat melawan pengaruh algoritma.

 

3) Bangun Keperibadian Islam (Syakhsiyyah Islamiyyah): Bentengi anak dengan membangun dua tiang utama: aqliyyah (pola pikir) dan nafsiyyah (pola sikap). Adakan forum keluarga untuk menanamkan akidah, ajarkan prinsip halal-haram dan biasakan mereka dengan ibadah.

Kuatkan Ikatan (Bonding): Ikatan yang kuat adalah pertahanan terbaik. Luangkan waktu untuk makan bersama, lakukan perjalanan tafakur alam dan ciptakan ruang dialog yang terbuka. Ketika anak merasa nyaman dengan ibu bapa, mereka tidak akan mencari pelarian di dunia maya.

 

3) Ambil Langkah Tegas: Jangan ragu untuk bersikap tegas. Pemerintah Australia telah bergerak melarang media sosial untuk kanak-kanak di bawah 16 tahun, dengan Perdana Menteri menyebutnya sebagai usaha “mengembalikan anak-anak kepada ibu bapanya”. Jika negara saja boleh, ibu bapa perlu lebih boleh.

 

4) Gunakan “Jurus Langit”: Setelah semua “jurus bumi” atau ikhtiar duniawi dilakukan, sandarkan harapan pada kekuatan doa. Gunakan “jurus langit”, kerana pada akhirnya Allah-lah yang memegang hati dan masa depan anak-anak kita.

 

Mengambil Kembali Kawalan

 

Ancaman algoritma bukanlah fiksyen ilmiah; ini adalah kenyataan pahit yang sedang menghakis generasi kita, mulai dari merosakkan struktur otak hingga mengikis asas akhlak. Situasinya genting, tetapi sebagai ibu bapa, kita tidak boleh menyerah. Ini adalah pertarungan untuk merebut kembali masa depan anak-anak kita.

 

Setelah mengetahui semua ini, langkah konkrit apa yang akan anda ambil hari ini untuk merebut kembali peranan anda sebagai pendidik utama bagi anak anda dari genggaman algoritma??

 

 

Sumber: NgajiShubuh @ https://youtu.be/QJ9kmfOUVsU)

 

 

#IslamicParenting #DigitalParenting #BahayaAlgoritma #AI

 

Exit mobile version