Ramadhan: Merangkul Visi Sejati Demi Perubahan
﴿شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَان﴾
“(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” [TMQ Al-Baqarah (2): 185]
Bulan Ramadhan merupakan peringatan tentang bagaimana Islam datang untuk mentransformasikan dunia dan menyelesaikan permasalahan umat manusia berdasarkan panduan serta visi yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah. Justeru, apabila kita menyaksikan penindasan, ketidakadilan serta pelbagai krisis dan masalah yang sedang menimpa umat Islam dan seluruh umat manusia hari ini, jelaslah bahawa visi perubahan yang berjaya ditawarkan oleh Islam amat diperlukan — lebih daripada sebelumnya.
Tatanan dunia yang uzur pada hari ini, bersama sistem berasaskan peraturan, institusi dan badan-badannya, sedang runtuh di depan mata kita. Negara-negara dan organisasi-organisasinya telah terbukti gagal sama sekali dalam menyediakan penyelesaian yang kukuh, lestari dan berjaya terhadap masalah-masalah bangsa, atau dalam menghentikan pembunuhan beramai-ramai, penjajahan serta penindasan besar-besaran terhadap umat Islam dan bangsa-bangsa lain. Dalam keadaan ini, amat penting bagi kita sebagai umat Islam untuk mengambil peranan utama dan kepimpinan dalam mempersembahkan model yang adil, kukuh, berjaya dan benar, yang patut dijadikan rujukan oleh seluruh manusia bagi menangani krisis politik, ekonomi, sosial dan pelbagai krisis lain yang melanda dunia ini.
Maka, bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini seharusnya menjadi waktu untuk kita berusaha memahami dan merenungi apakah sebenarnya visi perubahan sejati bagi umat manusia sebagaimana yang terkandung dalam al-Quran dan Sunnah, bagaimana cara mencapainya, serta apakah peranan kita sebagai umat Islam dalam merealisasikan matlamat ini.
Pada Ramadhan kali ini, Bahagian Muslimah di Pejabat Media Pusat Hizbut Tahrir akan membincangkan tema ini, termasuk sifat-sifat dan perubahan yang diperlukan dalam diri kita sebagai Muslim, sebagai umat Islam, dalam parti-parti politik, angkatan tentera, serta pada peringkat negara, bagi merealisasikan visi perubahan yang sebenar ini. Ia juga akan membincangkan halangan-halangan dalam mencapainya serta cara mengatasinya. Kami menyeru anda untuk mengikuti dan menyokong tema Ramadhan ini dengan berkongsi poster, artikel dan perbincangan yang akan diterbitkan sepanjang bulan yang penuh keberkatan ini.
﴿وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَاناً لِّكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَىٰ لِلْمُسْلِمِينَ﴾
“Dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam.”
[TMQ An-Nahl (16): 89]
#Ramadhan #VisiPerubahanSejati #TrueVisionforChange #Khilafah #PerubahanHakiki

