Site icon MuslimahHTM News

Mengapa Puasa Ramadhan Hukumnya Wajib?

Mengapa Puasa Ramadhan Hukumnya Wajib?

 

Allah SWT berfirman (yang bermaksud):

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa.” (TMQ. al-Baqarah [2]: 183).

 

Frasa “kutiba ‘alaikumush-shiyâmu” (diwajibkan atas kamu berpuasa…) merupakan khabar (kalimat berita) namun dalam sîghatut-thalab (bentuk tuntutan, bentuk perintah) yang bermaksud “shûmû” (berpuasalah/ kamu wajib berpuasa).

 

Kemudian, aturan tentang qadâ (mengganti) puasa bagi orang yang sakit dan musafir merupakan sebuah qarînah (indikasi) atas  jazm (ketegasan) dalam tuntutan tersebut. Jika itu bukan sebuah thalab jâzim (tuntutan yang tegas), maka tidak akan ada pengaturan tentang qadâ.

 

“Maka, siapa di antara kamu sakit atau dalam perjalanan (lalu tidak berpuasa), (wajib mengganti) sebanyak hari (yang ditinggalkan) itu pada hari-hari yang lain.” (TMQ al-Baqarah [2]: 184).

 

Adanya ketentuan untuk mengganti puasa yang ditinggalkan oleh orang yang sakit atau musafir ketika mereka tidak berpuasa, menunjukkan bahawa itu adalah tuntutan yang tegas, yang bermaksud satu kewajipan.

Dalam hadis Nabi SAW bersabda:

 

“Islam dibina di atas 5 (rukun): bersaksi bahawa tidak ada tuhan selain Allah SWT dan Muhammad adalah utusan Allah SWT, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa Ramadhan, dan berhaji ke Baitullah bagi siapa yang mampu mengadakan perjalanan ke sana.” (HR. Bukhari & Muslim).

 

Suatu tuntutan yang disifatkan sebagai perkara yang menjadi pilar tegaknya sebuah bangunan memberikan konotasi yang menyatakan ketegasan dalam tuntutan tersebut. Maka, lima pilar ini disebutkan dalam nas tersebut untuk menunjukkan bahawa Islam dibina di atasnya, iaitu bahawa hal-hal tersebut merupakan sebahagian daripada pilar-pilar (rukun) agama Islam, justeru berpuasa adalah satu kewajipan.

 

Sumber: “At-Taisir fi Ushul at-Tafsir” – Syeikh ‘Atha’ bin Khalil

 

 

#Ramadhan #Puasa

Exit mobile version