Site icon MuslimahHTM News

Prinsip Berkomunikasi Yang Berkesan Kepada Anak-Anak

Prinsip Berkomunikasi Yang Berkesan Kepada Anak-Anak

 

Oleh : Ustazah Yanti Tanjung

 

Apabila kita bersama anak-anak kita, kita sebagai ibu bapa sering hilang arah dalam berkomunikasi, sering menjadi tidak sehaluan dan janggal. Corak komunikasi kita selalunya tidak mengambil kira prinsip yang kukuh, jadi mesej yang kita sampaikan kepada anak-anak kita tidak memberi kesan positif terhadap pemikiran atau perasaan mereka.

 

Komunikasi merupakan perkara yang penting dalam membentuk keperibadian Islam anak-anak dan kesolehan anak-anak juga untuk menggalakkan anak-anak melakukan kebaikan dan mencegahnya melakukan perkara yang dilarang. Oleh itu, ibu bapa mesti memahami prinsip-prinsip komunikasi yang diajarkan Islam seperti prinsip qaulan sadida.

 

Tidak ramai ibu bapa yang menyedari tentang prinsip komunikasi qaulan sadida ini berhubung kait dengan penyediaan generasi yang berdaya tahan. Namun Allah SWT menyuarakan perkara tersebut dalam firmannya, surah An-Nisa (4), ayat 9 :

 

وَلْيَخْشَ ٱلَّذِينَ لَوْ تَرَكُوا۟ مِنْ خَلْفِهِمْ ذُرِّيَّةً ضِعَٰفًا خَافُوا۟ عَلَيْهِمْ فَلْيَتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَلْيَقُولُوا۟ قَوْلًا سَدِيدًا

Dan hendaklah takut kepada Allah orang-orang yang seandainya meninggalkan dibelakang mereka anak-anak yang lemah, yang mereka khuatir terhadap (kesejahteraan) mereka. Oleh sebab itu hendaklah mereka bertakwa kepada Allah dan hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang benar.”

 

Buya Hamka dalam tafsir Al-Azharnya mentaksirkan qaulan sadida dalam ayat di atas adalah menggunakan kata-kata yang jelas dan tepat; tidak meninggalkan keraguan bagi orang yang ditinggalkan. At-Tabari mengungkapkan bahawa qaulan sadida itu perkataan yang adil.

 

Prinsip qaulan sadida juga terdapat dalam surah Al-Ahzab (33), ayat 70 :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ ٱتَّقُوا۟ ٱللَّهَ وَقُولُوا۟ قَوْلًا سَدِيدًا

Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kamu kepada Allah dan katakanlah perkataan yang benar.”

 

Dalam ayat ini buya Hamka berkata bahawa ungkapan tersebut bermakna ucapan yang tepat yang timbul dari hati yang bersih, sebab ucapan adalah gambaran daripada apa yang ada di dalam hati.

 

Apakah kesan positif kepada anak-anak apabila ibu bapa menerapkan prinsip komunikasi ini? Anak-anak akan terbiasa berfikir dengan betul kerana ibu bapa dalam berkomunikasi membimbing minda anak-anak untuk mempunyai kaedah berfikir yang rasional. Jika perkataan yang benar itu adalah tentang firman Allah SWT, sabda Rasul SAW dan kata para ulama dalam menyampaikan mesej dan menangani  realiti kehidupan ketika berkomunikasi, maka anak-anak akan memiliki asas-asas yang kukuh dalam kaedah berfikir, iaitu asas akidah Islam.

 

Proses komunikasi seperti ini juga akan melatih anak memiliki cara pandang Islam dalam menyelesaikan pelbagai masalah dirinya dan masalah umat serta masalah kehidupan.

 

Untuk konsisten dalam melaksanakan prinsip komunikasi qaulan sadida, ibu bapa mestilah memiliki kesedaran rohani ketika bercakap, sentiasa didorong keimanan, menjaga akidah mereka yang lurus dan bersih, penuh dengan keikhlasan. Ungkapan-ungkapannya sentiasa merupakan realiti sebenar tanpa pembohongan dan memberikan kebenaran al-Quran, hadis dan kata-kata ulama mu’tabar.

 

Dengan prinsip komunikasi seperti ini, ibu bapa juga dapat membina dan menghidupkan akal anak-anak dengan menerapkan kaedah talaqqiyan fikriyyan. Dengan cara ini, mesej yang disampaikan dapat dipercayai seterusnya memotivasikan dirinya untuk mengamalkan perbuatan dengan penuh tanggungjawab. Wallahu a’lam bissawab.

 

#KeluargaMuslimIdeal #KomunikasiKeluarga #PendidikanAnak #QaulanSadida

Exit mobile version