Site icon MuslimahHTM News

Palestin: Sebahagian daripada Inti Sejarah Kaum Muslim

Palestin: Sebahagian daripada Inti Sejarah Kaum Muslim

 

Palestin adalah sebahagian daripada inti sejarah kaum Muslim. Terutamanya sejak Allah SWT mengaitkan Palestin dengan Baitulllah al-Haram dengan satu ikatan, ketika Allah SWT memperjalankan Rasul-Nya, Muhammad SAW, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa. Demikian sebagaimana yang Allah SWT firmankan:

 

سُبۡحَٰنَ ٱلَّذِيٓ أَسۡرَىٰ بِعَبۡدِهِۦ لَيۡلٗا مِّنَ ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡحَرَامِ إِلَى ٱلۡمَسۡجِدِ ٱلۡأَقۡصَا ٱلَّذِي بَٰرَكۡنَا حَوۡلَهُۥ ١

Mahasuci Allah Yang telah memperjalankan hamba-Nya pada malam hari dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang diberkahi sekelilingnya.” [TMQ al-Isra’ (17): 1]

 

Allah SWT telah menjadikan Palestin sebagai tanah yang baik dan diberkati. Allah SWT telah menarik hati kaum Muslim ke ibu kota Palestin (Baitul Maqdis). Allah SWT menjadikan Baitul Maqdis kiblat pertama mereka sebelum Allah alihkan ke kiblat kedua mereka (Al-Ka’bah al-Musyarafah) enam belas bulan setelah hijrah. Hal itu terjadi sebelum Palestin berada di bawah kekuasaan Khilafah Islam. Ketika itu Palestin dibebaskan oleh Khalifah Umar bin al-Khattab RA pada tahun 15 H. Beliau menerima Palestin dari Sofronius. Beliau sekaligus memberikan perjanjian beliau yang terkenal Al-‘Uhdah al-‘Umariyah. Di antara teksnya, berdasarkan permintaan orang-orang Nasrani di sana, “agar Yahudi tidak tinggal di sana”.

 

Kemudian Palestin menjadi kuburan bagi pasukan salib dan Tatar. Di sana terjadi pertempuran yang menentukan: pasukan Muslim dengan pasukan salib dan Tatar. Terjadi Perang Hitthin (583 H/1187 M) dan ‘Ayn Jalut (658 H/1260 M). Dengan izin Allah SWT, semua itu akan diikuti dengan pertempuran-pertempuran penentuan lainnya dengan Yahudi. Di antaranya untuk mengembalikan Palestin bersih dan suci kembali ke Darul Islam.

 

Kelangsungan entiti Yahudi di Palestin hingga hari ini bukan kerana kekuatan pada mereka. Sebabnya, mereka bukanlah ahli perang dan kemenangan. Ini sebagaimana Allah SWT firmankan:

 

لَن يَضُرُّوكُمۡ إِلَّآ أَذٗىۖ وَإِن يُقَٰتِلُوكُمۡ يُوَلُّوكُمُ ٱلۡأَدۡبَارَ ثُمَّ لَا يُنصَرُونَ  ١١١

Mereka (kaum Yahudi dan Nasrani) tidak sekali-kali akan membahayakan kamu, kecuali menyakiti (perasaan kamu dengan ejekan dan tuduhan yang tidak berasas). Dan jika mereka memerangi kamu, mereka akan berpaling lari membelakangkan kamu (kalah dengan sehina-hinanya); sesudah itu mereka tidak akan mencapai kemenangan.” [TMQ Ali Imran (3): 111]

 

Kelangsungan hidup kaum Yahudi adalah kerana kelemahan para penguasa di negeri-negeri kaum Muslim. Jadi musibah kaum Muslim terletak pada para penguasa mereka. Ini kerana mereka setia kepada kaum kafir penjajah, yang jelas adalah musuh-musuh Islam dan kaum Muslim. Mereka melihat dan mendengar tentang pendudukan Yahudi di Palestin, kejahatan-kejahatan kejam mereka, dan berbagai pembantaian mereka. Namun, bersikap seolah-olah mereka tidak melihat dan mendengar. Mereka seperti yang Allah SWT gambarkan:

 

صُمُّۢ بُكۡمٌ عُمۡيٞ فَهُمۡ لَا يَرۡجِعُونَ  ١٨

Mereka tuli, bisu dan buta. Kerana itu tidaklah mereka akan kembali (ke jalan yang benar).” [TMQ al-Baqarah (2): 18]

 

Mereka telah menghalangi pasukan mereka dari menolong saudara-saudara mereka di Gaza hingga hari ini. Sedangkan jumlah orang-orang yang syahid makin berlipat ganda dan mangsa yang tercedera terus bertambah. Para penguasa itu melihat apa yang terjadi. Namun, cara mereka yang paling baik hanyalah menghitung jumlah para syuhada, dengan sebutan “mangsa tewas”. Mereka kemudian menghitung mangsa yang cedera seolah-olah sebagai pihak neutral, bahkan lebih dekat kepada Yahudi! Sungguh mereka menjadikan “kerusi” di atas negeri dan bangsa mereka!

 

Walau demikian, umat ini adalah sebaik-baik umat yang telah dikeluarkan untuk umat manusia. Mereka tidak akan berdiam diri lama—dengan izin Allah SWT—terhadap pemerintahan diktator yang dipimpin oleh para penguasa ruwaybidhah itu. Apatah lagi Rasulullah SAW telah memberi kita khabar gembira dengan akan kembalinya Khilafah ar-Rasyidah setelah kekuasaan diktator ini. Demikian sebagaimana yang ada di dalam Musnad al-Imam Ahmad dan Musnad ath-Thayalisi dari Hudzaifah bin al-Yaman:

 

«… ثُمَّ تَكُونُ مُلْكاً جَبْرِيَّةً، فَتَكُونُ مَا شَاءَ اللَّهُ أَنْ تَكُونَ، ثُمَّ يَرْفَعُهَا إِذَا شَاءَ أَنْ يَرْفَعَهَا، ثُمَّ تَكُونُ خِلَافَةٌ عَلَى مِنْهَاجِ نُبُوَّةٍ»

“…Kemudian akan ada kekuasaan diktator. Kekuasaan itu akan tetap ada sesuai kehendak Allah. Kemudian Allah akan mencabut kekuasaan itu jika Dia berkehendak mencabutnya. Lalu akan muncul kembali Khilafah yang mengikuti manhaj kenabian…

 

Ketika itu kaum Muslim menjadi mulia dan kaum kafir hina-dina:

وَيَوۡمَئِذٖ يَفۡرَحُ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ  ٤ بِنَصۡرِ ٱللَّهِۚ يَنصُرُ مَن يَشَآءُۖ وَهُوَ ٱلۡعَزِيزُ ٱلرَّحِيمُ  ٥

Pada hari itu kaum Mukmin bergembira kerana pertolongan Allah. Dia menolong siapa saja yang Dia kehendaki dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Penyayang.” [TMQ ar-Rum (30): 4-5]

 

Namun, yang aneh dan menghairankan, kaum kafir, khususnya Yahudi, menyedari hal itu lebih daripada yang disedari oleh kebanyakan kaum Muslim hari ini. Kaum Yahudi menyedari bahawa di dalam Khilafahlah kebinasaan mereka. Perdana menteri entiti mereka mengatakan dalam konferens yang disiarkan langsung oleh media massa, termasuk Al-Jazeera, pada 21/4/2025, “Kami tidak akan mengizinkan pendirian Khilafah di persisiran laut Mediterranean.” Dia menambah, “Kami tidak akan menerima kewujudan Negara Khilafah di sini atau di Lubnan dan kami berusaha menjamin keselamatan Israel.”

 

Namun demikian, Khilafah pasti akan tegak dengan izin Allah. Khilafah akan menyebabkan hidung mereka tersungkur. Khilafah sekaligus akan melenyapkan mereka dari tanah yang bersih ini (Palestin), khususnya. Hizbut Tahrir, sebagai parti yang mukhlish kerana Allah SWT dan membenarkan Rasulullah SAW adalah yang memimpin perjuangan untuk menegakkan kembali Khilafah itu, bersama para pejuang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah SWT dan mereka yakin dengan pertolongan-Nya. Allah SWT berfirman:

 

وَٱللَّهُ غَالِبٌ عَلَىٰٓ أَمۡرِهِۦ وَلَٰكِنَّ أَكۡثَرَ ٱلنَّاسِ لَا يَعۡلَمُونَ  ٢١

Allah berkuasa terhadap urusan-Nya. Namun, kebanyakan manusia tidak mengetahui itu [TMQ Yusuf (12): 21]

 

Sumber: Alwaie

 

#Palestin #1Ummah1Perjuangan #FreePalestine #BringBackKhilafah

Exit mobile version