Site icon MuslimahHTM News

Penaklukan Pulau Rhodes pada 53 H

Penaklukan Pulau Rhodes pada 53 H

 

Penulis: Iin Eka Setiawati

 

Penaklukan pulau Rhodes berlaku pada bulan Ramadhan 53 H (sekitar 673 M). Ini merupakan salah satu pencapaian strategik armada laut Muslim pada masa Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan, seorang khalifah yang menyedari betapa pentingnya kekuatan armada laut bagi keamanan wilayah Khilafah Islamiah.

 

Penaklukan pulau Rhodes merupakan bukti keberhasilan strategi maritim yang beliau kembangkan untuk menghadapi dominasi Kekaisaran Romawi. Rhodes adalah sebuah pulau yang strategik di Laut Mediterranean yang berfungsi sebagai benteng pertahanan laut yang sangat kuat bagi musuh. Kejayaan pasukan Muslim menaklukkan pulau ini mengubah peta kekuatan politik dan ketenteraan di kawasan perairan Mediterranean secara drastik.

 

Muawiyah Membangun Armada Laut

 

Pembangunan armada laut sebenarnya telah dirintis Muawiyah bin Abu Sufyan sejak menjadi wali di Syam pada masa Khalifah Uthman bin Affan. Beliau melihat bahawa ancaman serangan dari arah laut oleh pasukan Romawi terus mengganggu negeri-negeri Muslim terutama di kawasan perbatasan.

 

Muawiyah berulang kali meyakinkan khalifah agar memberikan izin pembangunan armada laut berupa kapal-kapal perang untuk melindungi kedaulatan wilayah umat Islam secara total. Setelah mendapatkan izin rasmi, beliau segera membangun galangan kapal di berbagai pelabuhan utama, seperti Akka dan Alexandria. Ini merupakan titik awal bagi umat Islam untuk bertransformasi menjadi kekuatan maritim yang sangat disegani dunia.

 

Pembangunan armada laut memerlukan sumber daya manusia yang mahir dalam navigasi serta pembinaan kapal laut yang betul. Ini dimulakan dengan pengambilan pakar kapal tempatan yang telah banyak pengalaman dalam mengharungi ganasnya ombak Laut Tengah. Kemudian melatih tentera darat agar mampu bertempur dengan tangguh di atas dek kapal perang yang bergerak.

 

Visi besar ini bertujuan untuk mematahkan hegemoni Romawi yang selama ini menguasai laluan perdagangan dan ketenteraan Laut Mediterranean. Tanpa armada laut yang kuat, pengembangan Islam akan sentiasa terhalang oleh serangan balas musuh dari arah garis pantai.

 

Ekspedisi Penaklukan Pulau Rhodes

 

Ketika Muawiyah menjadi khalifah, pada 53 H beliau mengirimkan ekspedisi ketenteraan besar. Beliau melantik Junadah bin Abu Umayyah sebagai panglima untuk memimpin ekspedisi menuju pulau Rhodes. Pasukan Muslim pun bergerak dengan ratusan kapal perang yang membawa para tentera untuk melakukan pendaratan di pantai pulau tersebut.

 

Pertempuran sengit terjadi antara pasukan Islam melawan tentera Romawi yang berusaha mempertahankan wilayah kedaulatan mereka dengan segala kekuatan. Junadah bin Abu Umayyah menunjukkan kecemerlangan taktik tempur dalam mengkoordinasikan serangan dari arah laut menuju daratan yang penuh rintangan.

 

Ibnu Katsir menjelaskan di dalam kitab Al-Bidayah wa an-Nihayah, bahawa penaklukan ini berlangsung melalui sebuah konfrontasi militer yang sangat serius dan terancang dengan baik. Pasukan Muslim berjaya meruntuhkan pertahanan musuh dan menguasai seluruh wilayah pulau tersebut selepas pertempuran yang sangat melelahkan jiwa.

 

Muawiyah segera memerintahkan pembangunan pemukiman bagi kaum Muslim agar keberadaan mereka di pulau Rhodes bersifat tetap dan kukuh. Hal ini bertujuan untuk menjadikan pulau Rhodes sebagai pangkalan ketenteraan garis depan dalam menghadapi serangan Romawi ke wilayah Syam.

 

Peleburan Saki Baki Patung Gergasi Colossus

 

Dalam buku Historians’ History of the World, vol. VIII halaman 159, yang dikutip oleh Joesoef Sou’yb dalam buku Sejarah Daulat Umayyah I di Damaskus, dituliskan tentang hasil penaklukan armada Islam terhadap pulau Rhodes. Salah satu fakta unik daripada penaklukan pulau Rhodes ialah penemuan sisa-sisa patung gangsa gergasi yang sangat legenda bernama Colossus.

 

Patung gangsa tersebut merupakan salah satu daripada tujuh keajaiban dunia kuno yang telah runtuh akibat gempa bumi besar. Selama berabad-abad, reruntuhan logam tersebut terbaring begitu saja di pelabuhan tanpa ada yang berani memindahkan atau memanfaatkannya kembali.

 

Pasukan Muslim menemukan sisa-sisa gangsa tersebut saat mereka melakukan pembersihan dan penataan ulang infrastruktur kota yang telah mereka kuasai. Junadah bin Abu Umayyah kemudian memutuskan untuk mengumpulkan seluruh kepingan logam tersebut untuk diproses kembali menjadi barang yang bermanfaat.

 

Muawiyah sebagai khalifah memberikan arahan supaya sisa logam gangsa tersebut dijual kepada saudagar Yahudi dari wilayah Edessa yang kononnya mengangkutnya dengan 900 ekor unta, yang bukan sahaja mengangkut patung Colossus, tetapi juga 100 buah patung gergasi lain dan 3,000 patung hiasan.

 

Tindakan ini mencerminkan sikap taktikal dan bijaksana para pemimpin Islam dalam mengurus peninggalan sejarah yang sudah tidak berfungsi lagi. Peleburan patung-patung itu juga selaras dengan kepercayaan umat Islam.

 

Pulau Rhodes kemudian bertransformasi menjadi pusat pemukiman Muslim yang makmur di tengah perairan Laut Mediterranean yang sangat luas. Kehadiran komuniti Muslim di pulau ini memberikan sumbangan besar bagi penyebaran dakwah Islam melalui jalur perdagangan laut.

 

Dampak Strategik bagi Khilafah Islamiah

 

Penaklukan pulau Rhodes memberikan impak strategik yang sangat besar bagi keselamatan Kekhilafahan Umayyah. Pulau ini berfungsi sebagai mata-mata yang memantau setiap pergerakan armada laut Romawi yang keluar dari pelabuhan Konstantinopel menuju selatan.

 

Kejayaan ini membuka jalan bagi ekspedisi ketenteraan Islam seterusnya ke pulau-pulau lain di kawasan Laut Mediterranean. Para pedagang Muslim merasa lebih selamat ketika melintasi laluan laut tersebut kerana perlindungan armada perang Islam semakin kuat.

 

Rhodes menjadi simbol kebangkitan teknologi maritim umat Islam yang mampu menandingi kemajuan peradaban bangsa-bangsa Barat saat itu. Keberhasilan ini juga membuktikan bahawa umat Islam memiliki kemampuan adaptasi yang sangat tinggi terhadap medan pertempuran yang baru dan asing.

 

Muawiyah bin Abu Sufyan telah meletakkan asas yang kukuh bagi sejarah angkatan laut Islam yang gemilang pada masa hadapan. Demikian juga, semangat perjuangan Junadah bin Abu Umayyah memberi inspirasi kepada generasi pelaut Muslim seterusnya untuk terus menjaga kedaulatan perairan.

 

Penaklukan pulau Rhodes menjadi catatan emas yang sangat membanggakan. Umat Islam menunjukkan bahawa mereka mampu menguasai daratan mahupun lautan dengan nilai-nilai keadilan dan juga integriti yang tinggi.

 

Sumber rujukan:

  1. Sou’yb, Joesoef. Sejarah Daulat Umayyah I di Damaskus. 1977. Bulan Bintang. Jakarta.
  2. Maksudoglu, Mehmet Prof. Dr. The Untold History of Ottoman. 2023. Pustaka Al-Kautsar. Jakarta.
  3. Beik, Syekh Muhammad Khudhari. Ad-Daulatu al-Umawiyatu (Edisi Bahasa Indonesia). 1998. Pustaka Thariqul Izzah.
  4. Katsir, Ibnu. Al-Bidayah wa An-Nihayah (Terjemahan). 2008. Pustaka Azzam.

 

 

#kisahramadhan #pulaurhodes #maritimislam #sejarahumatislam #jihad #kemenanganislam

Exit mobile version