Site icon MuslimahHTM News

Penaklukan Sepanyol, Jejak Kemenangan Islam

Penaklukan Sepanyol, Jejak Kemenangan Islam

 

Penulis: Kholisoh Dzikri

 

Dalam sejarah peradaban Islam, banyak peristiwa penting yang berlaku pada bulan Ramadhan, di antaranya adalah penaklukan Andalusia, atau dikenali dengan Fathu Andalus. Ini merupakan salah satu peristiwa bersejarah yang berlaku pada bulan suci Ramadhan 92 H atau bertepatan dengan 711 M yang dipimpin panglima Muslim yang sangat masyhur, iaitu Thariq bin Ziyad dengan mengerahkan sekitar 7,000 pasukan. Penaklukan Sepanyol ini berlaku pada masa Kekhalifahan Umayyah. Khalifah saat itu adalah Al-Walid bin Abdul Malik yang berpusat di Damaskus.

 

Penaklukan Sepanyol

 

Setelah Andalusia (Sepanyol) berjaya ditakluki, dalam waktu singkat pasukan Muslim mampu menguasai kota-kota penting lainnya seperti Granada, Toledo, dan Cordoba. Penaklukan ini menjadi jalan bagi penyebaran Islam kaffah di Eropah Barat serta masuknya peradaban Islam ke tengah masyarakat Eropah. Dengan penaklukan tersebut, Sepanyol menjadi bahagian daripada kekuasaan Islam (711—1492 M). Hal ini mengubah semenanjung Iberia (Sepanyol) menjadi pusat ilmu pengetahuan, seni, dan budaya, serta memberikan sumbangan signifikan terhadap kebangkitan Eropah pada masa mendatang.

 

Penaklukan Sepanyol ini menjadi salah satu bukti sejarah yang menunjukkan bahawa Ramadhan bukan sekadar bulan untuk meningkatkan ibadah ritual, tetapi juga bulan perjuangan, kemenangan, dan kejayaan Islam. Allah SWT mewajibkan puasa pada bulan Ramadhan sekaligus mewajibkan jihad fi sabilillah. Keduanya merupakan kewajipan yang wajib ditunaikan. Allah Taala berfirman, “Wahai orang-orang yang beriman! Diwajibkan ke atas kamu berpuasa…” [TMQ Al-Baqarah (2): 183].

 

Beberapa ayat berikutnya pada surah yang sama, Allah SWT juga mewajibkan jihad, “Diwajibkan ke atas kamu berperang…” [TMQ Al-Baqarah (2): 216].

 

Dua ayat tersebut secara jelas menunjukkan bahawa Ramadhan adalah bulan puasa, solat, zakat, dan ibadah lainnya, serta bulan jihad, penaklukan, dan kemenangan. Ramadhan adalah mihrab untuk menyucikan jiwa melalui ibadah juga medan perjuangan untuk menjayakan Islam.

 

Bagaimana khabar Ramadhan tahun ini? Adakah kedua kesempatan tersebut—sebagai mihrab dan medan perjuangan—sudah terwujud? Sebagai mihrab, Ramadhan sangat mungkin diwujudkan oleh setiap Muslim. Namun, Ramadhan sebagai medan perjuangan untuk tegaknya kembali peradaban Islam menjadi tanggungjawab bersama untuk mewujudkannya.

 

Tegaknya kembali peradaban Islam merupakan sebuah kenescayaan ketika dunia ditata kembali dengan Islam kaffah oleh sebuah kekuasaan yang menyatukan kekuatan umat Islam di seluruh dunia, iaitu Khilafah Islamiyah. Khilafah Islamiyah inilah yang dahulu berjaya menakluki Andalusia dan berbagai wilayah lainnya serta menyatukannya di bawah satu payung kekuasaan Islam.

 

Oleh sebab itu, menjadi tanggungjawab bersama umat Islam di seluruh dunia untuk mewujudkan kembali Khilafah Islamiyah agar Ramadhan tidak hanya menjadi mihrab, tetapi juga menjadi medan perjuangan untuk membebaskan kaum Muslim yang hingga hari ini masih berada dalam cengkaman kekuatan Barat.

 

 

#muhasabahramadhan #sirah #sejarah #kisahramadhan #perjuangan #jihad #tegakkhilafah

Exit mobile version