Site icon MuslimahHTM News

CUKUP SATU SYARAT, ORANG KAYA-RAYA TIDAK WAJIB BAYAR ZAKAT!

CUKUP SATU SYARAT, ORANG KAYA-RAYA TIDAK WAJIB BAYAR ZAKAT!

 

Oleh: Ustaz Arief B. Iskandar

 

Selalu tidak pernah jemu mengulang-ulang serpihan seorang ulama besar sekaligus ahli perniagaan yang sangat kaya ini. Beliau ialah Imam Laits bin Saad rahimahulLaah. Sosok yang dikatakan oleh Imam Syafie lebih faqih daripada Imam Malik ini memang luar biasa. Bukan sekadar keilmuannya yang hebat, tetapi juga sifat kedermawanannya yang amat menakjubkan.

 

Diceritakan antara lain sebagai berikut:

*كان (اللَّيْث بن سعد) رقيق القلب، يطعم الصغار بيده ويمشي في خدمة المساكين. كان يتصدق كل يوم على 300 مسكين ويعطي لطلبة العلم دنانير الذهب! كَانَ دَخْلُه فِي كُلِّ سَنَةٍ ثَمَانِيْنَ أَلْفَ دِيْنَارٍ، مَا أَوْجَبَ اللهُ عَلَيْهِ زَكَاةَ دِرْهَمٍ قَطُّ؛ من كثرة إنفاقه في سبيل الله، فما حال حول على هذه الأموال، ولا حتى ما يبلغ النصاب منها.* (تاريخ دمشق لابن عساكر، ٥٠/٣٧٧؛ تاريخ بغداد للخطيب البغدادي، ١٤/٥٢٤؛ حلية الأولياء لأبي نعيم،٧/٣١٩؛ سير أعلام النبلاء،٧/٢١٣).

 

Imam Laits bin Saad adalah seorang ulama yang berhati lembut (dermawan). Dia selalu memberi makan orang-orang yang lemah (dhuafa) sendiri dengan tangannya. Dia juga selalu berkeliling untuk melayani keperluan orang-orang miskin. Setiap hari dia mampu bersedekah kepada 300 orang miskin. Setiap hari juga dia rutin membahagi-bahagikan kepada para pelajar (para pencari ilmu) beberapa keping dinar emas. Pendapatan Imam Laits bin Saad—hasil daripada perusahaannya–setiap tahun tidak kurang daripada 80,000 dinar (setara 340 kg emas). Namun begitu, beliau biasanya tidak terkena kewajipan zakat yang telah Allah SWT wajibkan walaupun hanya 1 dirham. Hal ini kerana, begitu banyaknya beliau berinfak di jalan Allah SWT sehingga tidak sampai setahun hartanya sudah habis dan tidak pernah mencapai nisab zakat. (Lihat: Ibnu ‘Asakir, Taariikh Dimasq, 50/377; Al-Khathib al-Baghdadi, Taarikh Baghdaad, 14/524; Abu Nu’aim, Hilyah al-Awliyaa’, 7/319; Adz-Dzahabi, Siyar A’laam an-Nubalaa’, 7/213).

 

Masya Allah. Luar biasa! Andai semua orang kaya-raya seperti Imam Laits bin Saad, tentu mereka semuanya tidak wajib mengeluarkan zakat. Dengan kata lain, jika orang-orang yang kaya enggan mengeluarkan zakat, cukup satu syaratnya: Jadilah seperti Imam Laits bin Sa’ad!

 

Semoga kita dapat meneladani sifat kedermawanan Imam Laits bin Saad yang amat luar biasa ini. Aamiin.

 

Wa maa tawfiiqii illaa bilLaah, ‘alayhi tawakkaltu wa ilayhi uniib.

 

#zakat #orangkayaberiman #dermawan #akhlak #infak

Exit mobile version